Wednesday, June 2, 2010

lalalala

Hari ni aku baru masuk opis balek lepas cuti 5 hari yang penuh ketenangan.
Ya. Memang tenang je rase bila dok umah, tido atas katil empuk aku tuh, pastuh bangun pagi2 xyah pk pon nk pakai baju apa nak p keja. Fiuuhh. Memang syiok beb. Lebih2 lagi bila kalendar menunjukkan yg hari tuh adalah hari Isnin. Ha.Ha.Ha. pas semayang Subuh, p jalan kat depan umah, uuuhh. kembang kempis hidong aku menghirup udara segar kat kampung ni. xdek la cam kat bandar tuh. Segar gak udara kat bandar tuh sebenarnya pepagi, sesegar karbon monoksida yang kua dari enjin kete bapak aku. SEGAR sungguh!


 
Alam sekitar yang nyaman. Kan?


Aku ni memang pencinta alam atau orang putih kata apa ''Nature Lover" . Haa. Aku memang sangat suka pada alam sekitar ni. Tapi member aku dulu selalu gelakkan aku bila aku kata ak ni  nature lover.
Ceh, cam hampaeh je gelakkan aku ek. Yela, time2 jalan nak p kafe tuh angin kuat je sepoi2 bahasa, aku pon sebagai seorang yang linguistik konon2nya berkatalah kepada alam semesta;

''Wahh, seronoknya angin ni, Best nye" sepoi2 bahasa je'' sambil menghirup udara itu dengan penuh excited
Kawan aku pun mereply
''Eiihh, Ko ni, angin pon boleh seronok?? pelik la ko.Hahahahahaha''

Suka hati die je gelakkan aku.
Memang seronok la angin tuh, aku tau la die seronok ke x, kan die bertiup sepoi2 bahasa, aku paham owh bahasa die. Tuh aku taw die seronok. Ha.Ha.Ha

Tapi memang betullah, aku ni memang pencinta alam semula jadi, xcaya, p tanya mak aku.
Mesti mak aku pun xtaw nak jawab apa. Kah.Kah.Kah
Nak dijadikan bukti kecintaan aku yang tahap tinggi kepada alam sekitar ni, meh aku revealkan salah satu hobi aku.
Jeng.Jeng.Jeng. Haaa. Mesti korang xtaw kan yang aku ni suka tanam pokok a.k.a bercucuk tanam. Seyes weyh, aku suka tanam pokok bunga xpun apa2 pokok la yang hijau atau berbunga yang aku rasa lawa dan cantek dan segar dan seterusnya. Aku rasa seronok je tengok pokok tuh besar, berbunga, aku rasa hepy.
Xcaya mai datang umah aku. Pokok2 bunga kat keliling umah tuh semua hasil tanaman aku taw. Bangga sikit disitu ya. Lalala.  Cuma, aku ni x berapa nak sabar sangat, kalau boleh pagi tuh aku tanam, petang tuh jugak aku nak dia berbunga. Memang x la kan, unless  la aku tanam bijik kacang ajaib cam dalam citer Jack and the beanstalk tu kan. Tapi aku xjumpa lagi la bijik benih kacang tuh, kalau x mesti aku dah kaya raya ngan harta2 benda gergasi besar dalam citer tuh kan. Haihh, terberangan plak.

Hmmm.Nak dijadikan cerita la kan, dulu kecik2, adalah dalam sekolah rendah darjah 6. Kecik lagi ke?? kecik lagi la klau dalam kes aku zaman budak2 dulu kan, xcam darjah 6 sekarang ok. Dulu darjah tuh still naif lagi la. Budak2 tulus kan. Eh3, panjang plak citer pasal budak2 darjah 6 ni. Ok2, sambung balek tadi, haaa, tyme tuh aku baru first tyme  nak berjinak2 ngan aktiviti tanam2 pokok la ni kiranya, aku nak tanam pokok bunga ni, Bunga keembong. Korang taw ke? Ala yang biji benih die boleh letup2 tuh. Nanti aku tunjuk gambar ek.

Haa, nilah dia, orang putih panggil Balsam. Taw? Nak jugak bahasa omputih baru taw. Ishh. Ha.Ha
Nilah bunga yang memula aku tanam dulu. Hari2 aku siram dan belai dengan penuh kasih sayang sampailah dia besar, berbuah dan berbunga. Sebelum pergi sekolah, aku tengok dulu hasil tanaman aku ni, balek sekolah petang tuh, aku siram plak . Camtu la hari sebab nak makesure pokok first  hasil tanaman aku ni berjaya. Pastuhhh, satu hari yang aku x ingat hari apa la kan, tyme  tuh balek sekolah agama, Petang a camtu, aku nak p siram pokok bunga aku ni, tetibe, aku tengok pokok yang aku belai manja setiap hari tuh dah xada.. Owh. Aku dah cemas. aku pon p dapur carik mak aku, aku terus tanya kat mak aku.
''Mak mana pokok bunga yang kat tepi tuh, yang org tanam tuh?''
"Pokok bunga keembung tuh?" Tanya mak aku
"Haaa, pokok bunga keembung tuh la, mana mak? apsal dah xada?"
''Owh, mak buang dah, mak cabut pokok2 tuh pagi tadi, adik tanam ke?"
Mak aku bertanya dengan innocentnya
''Semak je mak tengok pokok2 tuh, kan banyak dah pokok bunga keembung tuh kat belakang rumah, wat apa adik tanam kat tepi tuh lagi?"
Aku diam je pasrah.
...................

Ha.Ha.Ha
Sebenarnya, pokok bunga keembung tuh dah cam pokok liar kat uma aku dulu, sebab ada je kat merata2, sebabnya dulu aku ngn anak jiran aku suka amek bijik benih die yang boleh letup2 tuh kiteorang maen letup2 tabur kat keliling umah aku, patut la mak aku kata semak je pokok tuh. Hu.Hu.Hu
And sekarang spesis pokok tuh dah lenyap dari rumah aku.

Nak tambah lagi bukti yang aku ni pencinta alam, masa balek umah hari tuh, pas subuh aku dok bersiar2 kat depan umah aku ni, sambil2 tuh aku jenguk2 la gak umah jiran aku dari jauh, pastuh, mak aku pon sound
''Dok jengah2 anak bujang cik Mis (Nama jiran aku) sebelah ke, baek p sidai baju ni hah"
Haish mak aku ni, potong line je. Pastuh sambil sidai baju aku pikir, eh, anak bujang cik Mis bukan baru form 2 ke. Yang besar tuh kan dah kawen. Ishh3. Ada ke mak aku kata macam tuh, padahal betullah tyme tuh aku tengah berseronok menikmati alam sekitar. Ha.Ha.Ha


p/s: Rasa nak p joging  sambil menikmati alam sekitar la petang ni. Jom
He.He.He. Pastu kan, aku rasa aku cam sengal je dan sangat la xmatang kan dulu. Kuang.Kuang.Kuang

No comments:

Post a Comment