Friday, July 30, 2010

SERABUT. Boleh tak? HUeHEuHuE

Ok. Hari dah rasa macam hari yang paling serabut yang pernah dilalui, walaupun sebenarnya tak.. Rasa nak je duduk bawah meja minum air Milo. Boleh?

Nak harap hari ni cepat habis. Tolonglah jarum jam tu pusing orbit dia laju sikit.

Macam mana nak susun balik hari ni jadi xserabut. Ada ke cara nak buat macam tu??

Oklah, ini mungkin bukan caranya. Perlu BERTINDAK segera, mungkin barulah keserabutan ni hilang. Dah.

*Saya tidak menaip karangan ini dibawah meja sambil minum air Milo. Tak!

Nak pergi Kutub Selatan. Minum air Milo kat sana. Mungkin lebih tenang.

Thursday, July 29, 2010

!@#$%^ campur aduk pak kaduk&^%$

ggu9q8929eiohdjsvch0!@#$%^&*()_+_)(TREWQWERTYOXCVBIUTTFVB ytyhdvx bxiqyfhasvxb adgsbxhsbncxchjshdincbvhajso;iiuewcnfhygfuidiosidskdhsdgwuyxncchsudyiudknnbxcgafywyiudknxzhxu
bbshdjsdowdxsncjkhiduow8quiasduwq7dt8w7!!!

Ok. Sudah!. Jangan sampai aku translate dalam bahasa yang korang boleh paham. Ok?! Huh

Wednesday, July 28, 2010

Dah Lama...

Ok. Waktu sekarang menunjukkan jam 1:06 am. Wahh. Saya tidak boleh tidur sekarang walaupun sepatutnya saya dah tido dengan bermimpi indah dan lena. Tapi, TIDAK. Tidurku sudah terdelay. Ini mesti sebab minum Nescafu dengan penuh berjaya tadi. En. Caffeine masih menemani sisa-sisa malam gelapku. Terima kasihlah En.Caffeine ye. Hu.Hu.Hu.

Tetiba teringat.
Eh. Dah lama kan...
Dah lama rupanya sejak aku abes belajar kat pra-sekolah
Dah lama rupanya sejak kali terakhir aku pakai uniform sekolah rendah yang skirt warna biru gelap tu
Dah lama tak jumpa dengan kawan2 masa pra-sekolah, kawan2 sekolah rendah
Dah lama jugak aku tak kayuh basikal pergi sekolah agama petang.
Dah lama xbeli jeruk and jajan kat kedai depan sekolah agama tu.
Dan dah lama xmakan mee siput dengan sambal tumis yang pedas lagi sedap buatan makcik kantin sekolah agama tu!! Heee. Mee siput+sambal tumis ni sangat femes waktu itu dan of kos makanan feveret aku dan rakan2 dulu2.

Dah 6 tahun rupenya aku dah abes sekolah menengah.
Dah xnaik bas sekolah pagi2 yang aku selalu tertinggal tu.
Dah xpakai uniform pustakawan. Wahh. Lame rupanya.

Dah lama xdengar berita cikgu2 sekolah dulu, 

Cikgu Norzila, cikgu pra-sekolah yang mula2 ajar aku baca ABC, ajar aku tengok jam, ajar aku tulis huruf a kecik pastu ada ekor sikit kat belakang, ajar aku kaler cantik sampai dapat 3 bintang, dan ajar aku macam2 lagi. Ouh. Kat mane ntah cikgu tu sekarang. Terima kasih ye cikgu, sebab cikgu ajar saya macam2 dulu. Hari ni baru saya dapat digest semua tu. Lama kan? Hu.Hu.Hu. Dan sorang lagi co-cikgu kat pra sekolah tu. Kak Ween. Akak pembantu kat situ. Kiteorang pernah nyanyikan lagu bertemu dan berpisah kat Kak Ween ni sambil teresak2 masa dia nak pindah. Ntah apa la khabar dia sekarang. Heee~

Cikgu Muisah, yang sangat2 supportive. Aku suka sangat cikgu ni, Cikgu kelas aku sejak darjah 1 sampai darjah 3. Walaupun aku pindah sekolah, tapi cikgu Muisah still bagi semangat kat aku. Cikgu ni belikan aku buku kerja darjah 4, masa aku mula2 masuk darjah 5, Dia kata dia belikan buku tu so that aku boleh study kat rumah. Masa tu aku baru nak belajar sains selepas tiba2 masuk darjah 5 dan aku sekelas dengan budak2 kelas yg dah terer sains darjah 5. Cikgu Muisah, saya rindu kat cikgu!

Cikgu Latiff yang ajar matematik, walaupun time tu aku sangat lemah matematik. Darab pecahan pon tunggang langgang. Ha.Ha.Ha. Tapi dulu aku xgemar sangat cikgu ni sebab dia penah kondem aku bila aku xdapat A matematik. Kih.Kih.Kih. Tapi Sekarang ok dah just math is seriously not my passion.

Ustaz ngan ustazah sekolah agama. Cikgu Mahmud yang hensem tapi garang sikit2, Cikgu Halimah yang ajar Faraid yang aku sangat suke, Cikgu Mukinah dan lain2.

Cikgu sekolah menengah lagi la ramai, xmasuk lagi cikgu2 praktikal yang mude2 and hemsem2. Ha.Ha.Ha.
Tapi baru2 ni dapat tahu yang kaunselor aku mase sekolah dulu dah meninggal. Cikgu Ahmad Izir. Dia sangat best dan rapat ngan aku and kawan2 aku. Sedih sangat sebab baru plan nak pergi umah dia raya nanti. Tapi xsempat. Dapat sedekahkan Fatihah je. Semoga dia selamat di kubur dan di akhirat. Hu.Hu.Hu

Banyak lagi cikgu2 aku sekolah dulu. Terima Kasih sangat3 cikgu saya semua ya. If only thanks is enough for all yours uncounted deed~

Xmasuk lagi lecturer2 matrik + lecturer2 universiti. Panjang la plak list nanti.
Tapi mereka2 ni dah sangat banyak berjasa sampai lah aku jadi apa hari ni.
Tetibe nak baca sajak Usman Awang (Guru o Guru). Bacalah senndiri. Ha.Ha.Ha

Dah lama gak abes zaman universiti, zaman buat aktiviti menggila, gila2 dan sebagainya. . Ishhh banyak sungguh. Kionsom, Pantai Tanjung Aru, 1Borneo, KK, Pasar Filipin, Kudat, Labuan, dalam bilik, bilik tutor, lab dan serata alam.

Dan rupa2nya pada saat ni dah 21 tahun 8 bulan 20 hari aku hidup atas bumi ni bersamaan 190200 jam atau juga 11412000 minit bererti 684720000 saat. Kalau ikut kitar hidup berudu mungkin dah sampai keturunan ke 70. Iya ke? Tak tahu.

Lama dah tu. Ntah dah berapa juta kali mata berkelip, mulut bernafas. Tak sempat nak kira. Tapi, apa yang aku dah buat ek untuk masa yang selama tu???

Nanti aku pikir...

Hmm...


Monday, July 26, 2010

Sidang ParLemon Berjadual

Ahli-ahli dewan dipersilakan duduk. Nak terbaring pon ikut suka la ye. Ini adalah aktiviti bebas daripada cengkaman penjajah. Dan penjaja juga dilarang menjaja disini. Kerana sekarang adalah waktu rehat. Ok. Dah! 


Kita mulakan rancangan kita dengan membaca Bismillah dan doa ok. 

Baiklah, anak2. Hari ini topik yang akan dibincangkan adalah...

Jeng
 JJengg
    JJJeng

Patutkah KinderJoy terus dijual dengan harga RM 3.90 sebutir walaupun permainan misteri didalamnya seakan tidak bervariasi???
Xpatut. Ok!. Usul diterima.
Kita hentikan je pengeluaran KinderJoy. Yeayy. xyah aku nak kena beli sebutir untuk CikNab setiap kali pergi kedai. Nice ♥ Ha.Ha.Ha

Ok2, lets continue to the main topic which is = Susah ke tidak bergantung pada nak ke taknak? =

Betul x? Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu, susah ke xsusah ke benda yang kita nak buat tu bergantung kepada kita nak ke xnak sebenarnya buat benda tu. 
Boleh faham?

Camni la kirenye, Contohnya Mutu suruh anak2 dia Amat dan Loli makan nasi + sambal belacan.

Amat memang tengah lapar, dan dah memang plan  nak makan nasi. Dan pula dia memang suka makan sambal belacan cicah Oreo. Tapi, Loli dah kenyang, sebab dia baru habiskan sebalang lolipop pelbagai perisa yang dibeli oleh Mutu untuk stok setahun. Bahkan, Loli memang xsuka sambal belacan mahupu cincaluk.

Jadi, pada Amat benda yang disuruh oleh ayahnya itu sangatlah mudah untuk dilaksanakan. Tapi sebaliknya pada Loli. Mungkin dia rasa makan nasi + sambal belacan tu sama la macam suruh dia pergi baca surat khabar bahasa Azerbaijani sedangkan dia baru belajar baca ABC mengikut sukatan pelajaran silibus baru. Amat rasa senang je nak makan nasi + sambal belacan tu sebab dia memang NAK. Manakala Loli pulak rasa yang benda yang sama yang Amat buat tu iaitu makan nasi + sambal belacan tu sangat lah susah nak dibuat sebab dia XNAK. And bagi orang lain benda tu pon simple je. Pejam mata pon boleh buat, tapi, tetap pada Loli benda tu susah, sebab dia memang XNAK.

Ok? Ha.Ha.Ha. hiperbola x contoh ni. Abaikan je kehiperbolaan nya. Bacalah dengan penuh kemetaforaan mahupun kemelankolikkan ye. Sapa suruh xmaw belajar sastera dulu kecik2. Ha.Ha.Ha. Dushh. Kena belasah dengan cikgu sastera aku je kalau dia tau ni. Weee~

Faham sudahkah?

Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu kita akan rasa benda tu sangat susah bila kita memang xada niat atau kemahuan atau kehendak atau keinginan untuk buat benda tu. Kita x akan ada kesungguhan untuk buat sebab kita xnak buat pun sebenarnya. Pastu bila jadi sesuatu or ada apa2 halangan, kita akan rasa, "owh, this is the sign from god that i shouldn't continue doing this, I should knew it from the beginning." Macam tu kan? Kita akan sentiasa cari alasan untk berhenti, kita akan melengahkan2 buat benda yang sebenarnya xperlu nak dilengah2kan and kita akan salahkan orang lain kenapa kita xboleh nak buat benda tu. Tapi sebenarnya, semua masalah tu datang dari diri kita sendiri. Dari attitude kita yang xberapa betul. Tapi kita x akan sedar sebab kita cuma nampak, fikir and rasa yang semua tu adalah salah orang lain, benda lain, tempat dan keadaan. Boleh ke macam tu? Sebenarnya kita xnampak yang kita sendiri x ada kesungguhan, keinginan untuk buat benda tu. kita memang XNAK. Sebab tu kita xboleh buat, sebab tu kita rasa ada je masalah.

On the other hand, kalau kita memang dah berniat untuk buat sesuatu tu, berkehendak, berkemahuan, berkeinginan, benda yang orang lain kata susah and mustahil pun kita akan rasa senang je. Sebabnya kita memang nak buat benda tu. Bila kita memang nak buat sesuatu tu, apa2 cabaran, halangan, susah cam mana pun kita still akan rasa seronok buat benda tu, and rasa semua halangan menyebabkan kita jadi lebih bersemangat nak habiskan apa yang kita nak buat tu. Kita xakan fikir yang semua kesusahan tu adalah petanda supaya kita xbuat benda tu or supaya kita stop buat benda tu. Sebab kita memang NAK buat, NAK siapkan, NAK. 

Attitude make difference in the way we think. Either positive or negative thoughts that we have, produced different result on things that we work on.

Anyway, yang kat atas2 tu teraplikasi untuk benda2 yang tidak menyalahi hukum syarak, mahupun undang2 negara, mahupun hukum karma manusia. Maknenya, xbley la ianya diaplikasikan oleh seorang perompak yang nak merompak bank atau pun perogol bersiri. XBOLEH. Itu xtermasuk ok. Itu dah sah2 salah and xpayah la nak dibuat ataupun difikirkan untuk dibuat. XPAYAH. Ok?


= Sila pentingkan diri sendiri dan salahkan orang lain kalau anda buat silap, jangan mengaku, xpayah minta maaf =

Ini adalah perkara yang saya belajar setiap hari. Ada je orang yang ajar saya buat benda ni. Bagus kan. Seronok! Huh.

Pentingkan diri sendiri tu perlu, tapi jangan la sampai xpeduli pasal orang lain langsung, And jangan la xpentingkan diri sendiri sampai diri sendiri pon tertunggang-langgang, terbalik, tergolek sebab nak jaga kepentingan orang lain, sebab nak mementingkan orang lain.

Tapi kalau buat salah, jangan la salahkan orang lain. Xbaik ok. Mengaku je bukan luak apa pun. Minta maaf je la. Susah ke? Hu.Hu.Hu.

***Ha.Ha.Ha. Ntah apa2 je la aku dok membebel tu kan. =) Abaikan je la ek. Tengah pening memikirkan masalah dunia ni. Hiyahh. Xmaw pening2.***


Samy Velu ni pon nak dok pening gak ke? aiyark. Apa la dia buat kat sini.

*Makin pening. Pengsan

Monday, July 19, 2010

SERIUS

Mula

Baru nak bermula

Bermula baru

Ok, macam tajuk post ni. Ini adalah perkara serius. (#_#)

Serius ni memang perkara serius.


Perkara serius pertama:
Adakah kita patut amek serius tentang apa yang akan terjadi esok, lusa, tulat dan hari2 seterusnya. Maknenya, perlu ke kita sentiasa berfikir, tertanya2, and keep planning on what we should be doing tomorrow, thinking what we should wear the day after tomorrow and always wondering where should we go on next monday morning at 11 am. Should we??

People said that yesterday is history, tommorow is mystery and today is a gift. Thats why they call it present. If that so that Tommorow is mystery, so why dont we just wait for what surprise will tommorrow bring us. Why we have to think so hard about what will happen tommorow until we forget to live today. Live means make used of ur every second worth it. Do good things and love doing it. Make each breath that we take as the sweetest moments in our life as we dont know if we are still have the opportunity to breath the next second. Can we really do this?? Hmm. Theoritically YES, but practically, its up to us. Saying something is easy, but to make it into action is the hardest part. Kan?

This is what i got after reading this book The worry cure; Robert L.Leahy - Life if full of uncertainty, You cannot control everything, even you cant control ur heartbeat, so why bother and keep worriyng about everything. Just live. With faith and patient of course. Maknanya, hidup dengan mempergunakan setiap saat sepenuhnya, xyah pikir banyak2 sangat pasal apa yang kita sendiri xtaw nak pikir camne, tapi buatla yang paling baik dan bertawakal. Ok?


Owh.Petang Jumaat lepas saya dengar ceramah dr Shahabudin, tajuk die Tawakal. Maybe we should apply this theory of tawakal in our daily live, and actually. YES. we really should. Tapi orang selalu salah guna konsep ni. Asyik bertawakal je padahal x usaha ap2. Wrong Concept dear.
Ustaz tu kate tawakal tu letak dia kat no 4, maknenye lepas kita usaha, ikhtiar and doa. Then only the tawakal. Bukan tetibe je terus tawakal. Sebab kadang2 i get annoyed with people whom do things just for the sake of doing it, then said live it to God. Memang la kita cuma boleh merancang pastu Allah yg menentukan semuanya, TAPI, boleh x berusaha betul2 sikit. Ni, setakat buat je pastu nak kata kite tawakal je. Owhh. saya agak xbole terima. Nak tawakal terus, pergi Klinik Tawakal la. Haisshh

And lagi satu, Dr tu kata, Kalau kita ada sifat tawakal ni, ia akan mendatangkan hikmah2 yang sepertinya ialah Kesungguhan, Kekuatan, Sabar, Redha. Owh. See, Maknanya kalau anda adalah org yang bertawakal, maka anda akan buat sesuatu tu dgn bersungguh2. Ataupun at least x menyusahkan org lain. BOLEH?

Owhh, mungkin agak terbebel sedikit ye disitu. Ha.Ha.Ha. Just wanna say live our every second fully, happily and do things with ur heart enjoying it, dont worry too much, because if we have do the best for our part, then Allah will give the best result out of it as we have been destined for whats the very best for us.

Mungkin saya nak apply jadi pakar motivasi. Ha.Ha.Ha.


Cukup serius tak? Ha.Ha.Ha.


Ok, Perkara serius kedua:
Perlukah? Kita jeles2 bila orang lain heppy, or bila orang lain dapat apa yang dia nak, bila orang lain dapat lebih dari kita, bila orang lain lebih baik dari kita sebab dia memang dah buat yg paling baik and dah memang rezeki dia la weyh. Perlu ke??? Perlu jeles tapi ikut keperluan boleh x. Jeles in a positive way. Maknanye bukan jeles sebab anda dengki. Memang Jahat budak Jahat ok kalau macam tu. Hu.Hu.Hu. Tapi susah kot nak jeles dengan penuh kepositifan ni. Mungkin jodoh jeles dengan positif xberapa kuat. Atau mungkin dieorg cume membuat ikatan ion dengan satu elektron diterima atau didermakan pada petala paling luar. Ke diorg cuma ada ikatan Vaan der Waals yang xberapa kuat?? Ha.Ha.Ha.

Lagi satu, kenapa kan, orang Melayu yang Islam ni selalunya yang macam tu, Yang xboleh terima kalau ada orang lebih daripada dia, yang xdapat terima hakikat kalau orang lain lagi berjaya. Sukaaaaa sangat nak menjatuhkan orang lain bila dia rasa nak terjatuh. Iskkk. Instead of  melemahkan semangat orang lain, memperkecik2 kan org lain, x boleh ke kalau bagi semangat, Xpon, Xyah kata apa2. lagi senang. Senyap! Faham! Jadi Kak Liya, bersyukur kot anak anda nanti adalah bergenerasi Bajau. He. He.He. Tetibe tersebut Kak Liya. Ha.Ha.Ha

Tapi xpela, maybe thats what colours the world. Tv skang kan dah berwarne warni, ada astro yang macam2 ada. So, kena la ikut perkembangan kot kan. Sebab kalau tyme tv kaler hitam putih dulu mungkin agak kurang orang2 yang berkaler 2 camni kot. Ha.Ha.Ha. Abaikan

Owh, adakah saya membebel. Xpela, jangan jeles and dengki2 ye. Sila bagi semangat yang positif2 saja. Lepas tu silalah berusaha bersungguh2 untuk menanganni masalah pembebelan ini dan bertawakal ok? Dont worry too much about it. Ha.Ha.Ha.


Lagi satu, jangan jeles sebab saya xdek keje lagi sekarang, sebab saya memang ditakdirkan untuk belum mendapat kerja yang banyak sekarang, jadi saya memenuhi ruang waktu saya ini dengan menarik nafas dengan sepenuh hati gembira. Ha.Ha.Ha.

Thursday, July 15, 2010

Pertama

Hari ni adalah hari pertama. Pertama- 7396

Ok?

.
.
.
.
.

Itu saja. Terima kasih.
Hopefully I can do my very best. Ganbatte cik Eja
Do not hope for the other side of me. This is ME! Sorry if u dont like it.
I'm what i am and not what others think of me. Get it?

Friday, July 2, 2010

Anda Xperlu Baca Ini. Akhir Yang Tidak Tahu Macam Mana Nak Berakhir Atau Diakhirkan

Akhirnya, Finally.

Ini bukanlah akhir kehidupan ataupun cerita pasal Akhir-cucu tok imam seksyen 18. Bukan.
Jadi apalah yang dah berakhir ni? (3 Markah)
Jawapan:
Akhirnya, hari adalah hari terakhir aku akan berada di tempat aku berada sekarang ni. Kat mana? Kat mana2 ikut suka aku la. Sebok buat apa? Ha.Ha.Ha. Kat office aku la. Today is my final day of my GEMS training here in SIRIM Berhad Shah Alam. Ok.
(Markah penuh diperolehi 5 Markah)

Standard Research and Mangement Centre SIRIM Berhad to be exact is where I have been working for the past 6 month.  I have been offered a post here, and i'll be back soon tapi......

Tapi, aku rasa sangat malu kepada diri sendiri, rasa bersalah kat Puan Saleha, and En Aziz gak, sebab aku rasa aku dah mengecewakan dieorang. Semalam Puan Saleha bgtaw kat aku yang aku nampak macam kurang ready masa interview hari tu. Owh. sangat down secara moralnya sebab aku aku rasa aku xmencapai apa yang Puan Saleha harap aku buat. Dia dah bagitaw kat aku yang aku kena prepared untuk interview tu, and bila aku dengar Puan Saleha cakap macam tu semalam, Owh, aku sangat sedih. Sooorrrryyyy sangat Puan Saleha. Saya janji yang lepas ni saya akan make sure my performance will impress you. Puan Saleha sangatlah bos yang baik. Kadang2 aku rasa dia macam mak aku je. Rasa cam nak salam cium tangan dia. Wahhh. Sebenarnya aku taw yang aku memang xberapa confident tyme interview hari tu. Mungkin aku sangat nervous. Sebab kedownnan aku tu, malam tadi aku tido awal pastu siap mimpi Puan Saleha. Owh. Xpatut. Ok. Cukuplah. Cuma nak mereleasekan tekanan dalaman ni. Xsuka rasa bersalah macam ni. Xsuka!

Ok. Xpe. Take it positively. Sila berusaha gigih pada hari2 akan datang ye Cik Eja. Ganbateh!!
Mari bergembira di hari ni dan hari2. Yeaa!


Dah berakhir. Xpayah baca. Ok?

Thursday, July 1, 2010

New Template

Bila masa agak percuma
::::::::

Diam
Diam itu patuh
Diam
Bodoh.
Ya
Diam itu juga bodoh


Kenapa?
Kau tahu kenapa?
Kenapa kau diam?
Diam
Apa makna diam kau itu
Patuh??
Atau bodoh?!


Diam itu juga boleh membunuh
Kau terbunuh
Kerana diam kau itu
Kau di anggap bodoh
Diam lah kau!
Ya! Diam!
Diam di situ










Sun above the cloud
Beyond your sight
Could you see?
It’s hiding away its light

Can you tell?
What is there beneath the darkness night?
Feel the coldness spread outside?
While others still sleep tight


© S.Hadijah 2010