Monday, June 7, 2010

Saya Nak Menyatakan Bahawa...

Saya memang adalah seorang yang pemalu sebenarnya. Hah.

                                       
Saya pemalu. wink3* 

Ye. Janganlah pertikaikan statement aku ni. Ha.ha. Kalau korang rasa nak muntah, lantak korang la. aku tetap nak mempertahankan kenyataan yang sahih ini bahawa aku adalah seorang yang pemalu. Ye.Silalah percaya. Walaupun korang tengok aku ni macam xmalu sangat and kadang2 mengeluarkan kata2 atau ayat yang boleh berunsur xtahu malu sangat, tapi jauh di sudut hati aku ni, aku amatlah pemalu. Xnak pecaya gak lg, xnak caya sudah.
Xpe.Meh aku buktikan yang aku ni memang pemalu. Xtipu. Okey, jom aku cerita satu2 kenapa aku cakap aku ni pemalu. Haih.. Nak mulakan pon aku dah malu nih. Lagi korang masih xnak caye. Xpaham sungguh.



 Gambar hiasan.Malunyeeee  (sapa cakap ni macam aku memang mintak nak kena sekeh ye)


  1. Aku akan jadi pendiam bila aku jumpa orang yang aku xkenal sangat. Kenapa? Sebabnya aku MALU. Aku akan amek masa sikit then dalam 20-30 minit aku akan okey. Tapi selama mana masa yang aku amek untuk jadi kurang malu tu bergantung gak kat jenis orang yang aku jumpa tuh. X dengan semua orang kot aku akan jadi malu sangat2 camtu. Ada certain2 orang je. Ok, mungkin korang akan rasa, ni xcukup sifat lagi nak bg aku kata aku ni pemalu kan, and sume orang pon camtu kan, jap, aku xabes storyline lagi. Jom kita tengok next point.

  2. Aku jarang nak tegur orang kadang2, sebabnya aku malu, tapi maybe ada orang akan kata aku sombong, tapi sebenarnya aku bukan sombong, aku malu jek. Lagi satu aku kadang2 susah sikit nak approach orang dulu, tapi bila orang tuh da approach aku, aku akan ok je. Hu.Hu. Selalunya aku akan senyum and kalau sapa pon maybe just untuk greet je. Aku MALU ok. Bukan sebab aku xcukup sifat ke hape nak malu2, tapi dah memang aku camtu, aku pon xtaw kenapa la aku malu sangat, tapi nak wat camane, aku memang PEMALU. kekadang aku dah try dah nak cuba kurangkan malu yang xberapa nak bertempat sangat tuh, tapi xkurang2 jugak, tapi, maybe ada kurang sikit la kadang2.

  3. Aku malu ngan lelaki. Haaa. sape2 yang baca and rasa cam nak muntah ke terkua bijik mata baca statement ni, jap, sabar dulu yerp. Aku memang malu tapi kadang2 aku akan buat2 cam biasa jek, tapi korang xtaw yang sebenarnya aku sangat2 la malu ketika itu, and kadang2 aku akan jadi pelik, aneh dan jadi cam awkward je. Tapi aku cuba berlagak macam xada apa2. Wahh, tapi sebenarnya, aku je taw cammane tawww, sampai kadang2 tuh aku saja xnak join or lari daripada join. Kenapa ek agaknya?? Huh. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam suasana makhluk spesis lelaki yang xbanyak populasinya. Sebabnya, dalam family aku ayah aku sorang je ahli lelaki asal sebelum ditambah dengan abang2 ipar and my nephews. Kekadang aku rasa pelik gak, sebabnya, aku perasan yang aku ni malu cam xberapa bersesuaian je tempat dia. Ntah la, susah nak describe camne. Haihh

  4. Mungkin kat point ni aku xkan pertahankan hujah yang aku ni pemalu, tapi maybe aku jadi malu sebab aku selalu akan fikir pasal orang lain, aku akan sentiasa pikir apa reaksi orang kat aku, sebab tuh aku akan jadi malu. Adakah ini masuk dalam kategori PEMALU??? Sekarang aku pon dah konfius adakah aku masih layak menjadi ahli dalam istilah pemalu ini. Korang rasa??? Huh.

  5. Kadang2 aku rasa aku ni cuma xmatang, xberapa nak betul, agak senget gak, matang kadang2 ikut masa, unpredictable, dan aku manja kot sebab aku sangat manja kat mak aku, and aku pon xpaham ngan diri aku sendiri kadang2. Hish. Mungkin aku sangat penuh komplikasi. Ya. Aku memang sangat COMPLETECATED. Jadi saya memerlukan my soulmate; bakal husband utk mengcompletekan saya. Owh, maaf. Lari tajuk. Tapi biarlah tajuk tuh nak berlari bebas ke mana saja. Jangan disekat perjalanannya.Ia juga sama seperti kita yang tidak suka disekat, ditahan, dikongkong, kerana akhirnya nanti akan memberontak, membelantak. Ya. Membelantak, perkataan yang aku pon xtaw wujudkah atau tidak, tapi biarkan je. Dia pon nak bebas jugak. Ok. Aku dah sangat xterkawal dari segi penulisan yang agak merepek ni. Mungkin aku terpaksa pergi dulu. Selamat kepada semua ya?.Ha.Ha

 Ni masuk x dalam kategori PEMALU???. Ahaks.

p/s:boleh ke terima yang aku ni pemalu? Aku terima. korang xnak terima? xpe, xada paksaan dalam beragama di sini. Islam tetap pilihan ok?.
(*_=)



No comments:

Post a Comment