Sunday, September 25, 2011

...............

I search for you in my every view, but still i couldn't find you. (T_T)"

Thursday, August 11, 2011

bila TER...

Hi korang,

Heh, nak jugak ber 'Hai-hai' kan. Tapi tak pe. Okeh. kali ni nak share something pasal TER... Haaa. korang semua pun mesti pernah kan mengalami pengalaman manis ni. Pengalaman TER.. tapi kalau TERkencing dalam seluar ke, TERkentut dalam lif ke, yang tu mungkin tak manis sangatlah kan. HeHeHe. Tapi masih termasuk dalam topik perbincangan ni. Dun wory, segenap aspek tu akan dicover. Nyeh-Nyeh-Nyeh :p

Antara pengalaman TER saya yang paling diingati ialah pengalaman TERbaring. TERbaring depan pintu masuk panggung dengan berbaju kurung ala-ala ayu gitu. Ye. TERBARING serta TERPOSING. Inilah kejadian TER yang paling mashyur dalam sejarah hidup ai oke. :p. Nak tahu camne boleh jadi camtu? Nak? Nak? Tak nak pun saya nak cerita jugak. Tak kira!. Ha-Ha. Ni masa belajar dulul. Alkisahnya macam ni, pada suatu hari yang tenang, hari tu ada final exam. Lepas habes je paper pagi tu, saya dan rakan-rakan akrab pun seperti biasalah akan pergi berisar-siar ke KK. Ye, KK adalah Kota Kinabalu. Sesapa yang tak tahu, saya dulu belajar kat sana. Oke, sambung balik. Saya dan rakan-rakan akrab memang selalunya akan celebrate (kononnya) lepas habes paper. Walaupun baru habis satu paper kiteorang selalunya memang akan buat celebration party menghilangkan tekanan periksa. Katanya. Mengade tak? Agak jugak la kan. Ha-Ha. Jadi hari tu, kami pun dengan gembiranya dah decide nak tengok wayang. Cerita confession of a shopaholic. Jadi beratur la kiteorang nak beli tiket. Pastu ada satu sesi yang baru mula, jadi kiteorang pun amek je la sesi yang itu, malas nak tunggu next session sebab lama lagi. Masa tu cerita tu dah start, jadi kiteorang pun berlari la nak masuk dalam hall. berlari dengan baju kurung pulak tu. Yelah, kan baru balik dari exam.  Lepas tu, masa nak masuk dalam hall tu, bebetul kat depan pintu tu, entah kenapa, tak ada angin, tak ada ribut, saya dengan cunnya boleh pulak tergelincir dan akhirnya jatuh tergolek seraya terbaring. Bagi saya yang sedang dalam keadaan teruja nak tengok wayang+gembira dah lepas satu paper+penat sebab berlari lalu tiba-tiba terbaring sedemikian rupa amatlah membuatkan saya terkejut lalu terkesima. Terkejut noks sampai tak boleh buat apa. Sebabnya rakan-rakan akrab saya mengatakan bahawa saya berbaring sambil berposing ala-ala pose mangga tepi kolam renang agak lama jugak ye. Ye baring dan ala-ala posing, saya tak perasan la masa tu yang saya terbaring macam tu, tapi menurut saksi tempat kejadian, itulah yang terjadi. Dan rakan-rakan akrablah yang tolong kutip barang-barang dan beg saya, lepas tu baru dieorang tolong saya bangun. Adalah dalam 6-7 minit kot. Saya pun tak perasan yang saya macam tu sebab mungkin masa tu saya tak berperassaan sebab boleh pulak tergolek kat situ secara tiba-tiba. memang agak tiba-tiba lah sebabnya depan tu lantai berkarpet kot, camne saya boleh tergelincinr pun tak tahu. Sampai sekarang saya masih mencari jawapan yang pasti. Ha-Ha. Dan kejadian ni dah macam cerita epik di kalangan rakan-rakan akrab kerana misteri dan kepelikkannya. Lepas u barulah kiteorang masuk dan tengok cerita confession of a shopaholic tu. Masa tu dah start sikit. He-He. Masuk-masuk je gelak bukan sebab cerita tu kelakar tapi sebab kejadian dia ataslah.Heh.

Oke, jadi itulah antara TER yang akan saya kenang sepanjang zaman. Korang? Camne? Pernah rasa TERbaring depan pintu panggung wayang? Tak kan? Haaa, mesti korang tak tahu yang karpet kat panggung wayang tu lembut oke. Ha-Ha-. Tu yang lama je kot saya landing kat situ. ;p

Maka tamatlah satu kisah TER...Banyak je lagi sebenarnya "ter-ter" yang lain. Rasanya hampir setiap hari ada je kejadian yang melibatkan imbuhan TER nikan. TERlupa, TERduduk, TERkentut dan sebagainya. Tapi ada jugak TER yang tak best. Contohnya TERtinggal. Barang yang kita nak sangat guna tapi masa tu la pulak TERtinggal, ataupun family korang TERtinggal korang, tak bawak pergi shopping. Sadis kot. Dan TERsuka pun sadis jugak. Pernah tak korang rasa macam korang dah TERsuka or TERjatuh hati kat seseorang??


He-He. Ini rupanya main topic budak ni. Ha-Ha. Boleh tak kalau saya cakap saya TERsuka kat someone. Tak tahulah macam mana boleh TERsuka pulak. Haisss. Susah la plak kan bila TERjatuh suka kat orang ni. Kalau barang bolehlah beli, kalau orang camne? Boleh kidnap? Hu-Hu. Mestilah tak boleh, kalau TERsuka kenalah bagitahu kat orang tu tapiiiii... saya kan pemalu. Huuuu~.Tak bolehlah nak bagitahu. Jadi Camne? Camne? Buat-buat TERlupa lah akan kesukaan itu. Boleh? Tak ada kegagahan lah nak revealkan keTERsukaan saya ni. Esok-esoklah, sebab sekarang kan bulan Ramadhan, mana boleh fikir benda-benda camni ni sangat kan. Hurrmm. Oke. Eh, macam dah TERmalu la plak dan TERhabes point nak tulis. Okelah Bai!Peace! (^___^)'v

** Kiteorang pergi tengok movie tu kat CP, sape pernah duduk KK mesti taw tempat ni. Dan masa saya tergolek seraya terbaring tu, nasib baik tak ada orang lain nampak, kalau tak mesti sangat termaluuuu. Huuu. 



Tuesday, June 21, 2011

my life is a "quote"



"Learn from the birds. It wont teach you to fly, but you can dream sky high.
Take lesson from the bees, You'll be acknowledged from the sweetness of the honey"  


"Living is like fishing, you need to be patient to get the biggest catch and sometimes you got trash"

shadijah.blogspot.com©


 lets live life. And remember live it WELL

Monday, June 20, 2011

New beginning for a Happy ending

Hi all, Assalamualaikum,

How was your day? Wish the greatest and happiest thing of all. For those happy single woman out there, have you found your Mr Right or your soul mate? HeHeHe. Perlu ke tanya soalan macam ni? Saja je anyway sebab bulan ni sahaja lebih dari 6 orang rakan-rakan saya kahwin, dan saya tambah lagi 3 orang kawan yang kahwin tak berapa lama dulu dapat good news. I nak dapat anak-anak sedarasss lagi weyh. Perghh. Terbaiklah macam ni. Tahniah-tahniah pada korang-korang semua. Turn kenduri saya nanti, bawaklah semua ahli-ahli keluarga baru tu ye. Meriaaahhhhh. =P

Sebenarnya, tengah nak menyiapkan kerja, sebab esok ada draft yang nak dimeetingkan, tapi, apa pun tak bolehhh. TERstuck sekejap kat sini. Ecehh. Alasan!


Jadiii...Now, nak ajak korang-korang semua memulakan kehidupan baru. Jooomm??! HeHe. Tiba-tiba tak? Tak la, bukan nak ajak korang kahwin lari ataupun tinggalkan kehidupan korang yang sekarang ni. Cuma nak ajak memulakan hidup yang lebih sihat, bermanfaat dan gembira. Haaa. A new beginning for a happy ending.

Dalam minggu lepas, saya tak berapa sihat, demam+sakit tekak+batuk+selsema+tak ada suara. Dalam seminggu demam dan 2 hari tak ada suara yang maksimum. Dua hari jugaklah jadi macam orang bisu berbahasa isyarat. Sakit tekak yang amat, sampai nak telan air pun mengais dulu. Dan minggu lepas jugak, dalam seminggu saya jumpa doktor 3 kali. Fuuhh. 

Tapi dalam masa tengah sakit-sakit dan tak ada suara tu, barulah sedar, yang bahawsanya nikmat suara yang Allah bagi ni sangatlah besar. Selama ni macam tak berapa sedar, tapi bila dah ditarik sikit nikmat tu, dalam masa 2 hari tu, saya fikir, memang sangatlah bersyukur sebab diberikan segala nikmat yang kadang-kadang kita tak sedar, contohnya suara. Bersyukur sangat sebab kita tak bisu kan. Macam mana agaknya kalau orang-orang yang lahir-lahir dah bisu. sedangkan saya baru agak bisu untuk 2 hari pun dah macam nak menangis je. HuHuHu. Alhamdulillah, sekarang dah sihat kembali. 

Sebab tu bila dah sihat, saya berazam nak memulakan pembaharuan dalam hidup. Saya nak menggunakan semua nikmat yang Allah bagi ni dengan sebaik-baiknya. menggunakannya untuk perkara yang baik dan kearah kebaikkan. Memang itu pun tujuannya Allah bagi kita nikmat, untuk kita bersyukur dan memanfaatkannya, tapi kita yang selalu lupa. Kan? Sayalah tu yang selalu lupa. Manusia memang selalu lupa. Bukan melayu je yang mudah lupa. HeHeHe.

Dan, saya nak ajak anda-anda semua jugak untuk sentiasa ingat dan bersykur dengan segala kurnia dan nikmat yang diberikan pada kita. Contohnya, nikmat kasih sayang ibu bapa, nikmat beriman dan macam-macam lagi la. Sebab bila kita rasa bersyukur, kita akan rasa cukup dan gembira tapi pada yang sama kita akan cuba mengoptimumkan usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik dan tak berputus asa. Betul tak? Betul tak? Nilah yang akan berikan kita happy ending. So, jom start a new beginning.   New beginning by saying "Alhamdulillah" in every breath that we were given, .for a happy ending. Hapily ever after di dunia dan akhirat.

** Hi All atas tuh- macam ada pulak orang baca "blog" ni kan?? HaHaHa

Wednesday, March 23, 2011

GERAM!!!!

Kenapa la ada makhluk yang tak paham bahasa atas muka bumi nih ek. Dan kenapa la aku kena jumpa dengan makhluk sebegini rupa. Haihhh. Hmm. Tapi nak buat macam mana, jodoh pertemuan Allah yang dah tentukan, jadi mesti ada sebab hikmah yang kita tak tahu. Ok. Fiuuh~

Pernah tak jumpa dengan orang yang sangat menjengkelkan. Annoying. SANGAT!. Sampai dengar suara dia gelak-gelak pun rasa macam nak buang dia dalam tong sampah dan lupuskan terus. Pernah?? Sebabnya, saya berhadapan dengan dugaan sebegini. Ada seorang yang sangat mengannoyingkan yang terpaksa dihadap setiap hari. Dah la sungguh mengannoyingkan secara semulajadi, pastu buat perangai yang lagi, lagi, lagi, lagi sangat menyakitkan hati dan sungguh-sungguh lah meluat melihatnya.  Dah tu, tak reti malu. BENCIIIIIIIIIIII !!!!. Hu.Hu.Hu. Memang la orang kata jangan benci sangat kat sesuatu tu sebab mana tahu, yang kita benci dan sangat tak suka tuh la yang akan kita cari dan sangat suka dan cinta nanti. Tapi sekarang nih dah tak tahu la tahap tak suka takat mana ntah. Sebab memang TAK SUKA yang amat. AMAT! Bukan tak suka pada orangnya, tapi pada perangai dia yang sungguh menjengkelkan. Ye, jengkel, bukan Jakel kedai kain tu.

Tak tahan la camni. Serius rasa sangat geram. Dah tahu aku tak suka kat ko tu, jangan la nak buat muka tak tahu malu ko tu menempek kat depan mata aku. PAHAM TAK???! Blah la. Blah terus. Berambus. Boleh??!! Aku dah cakap, aku tak suka kat kau, aku tak nak. Tak paham bahasa manusia ke hape yang ko dok tak tahu malu nak menyemak depan bijik mata aku ni?? Tolonglah berambus terus. Tolonglah. Jangan sampai lepas nih aku siram ko dengan nescafe panas yang aku tengah buat nih. **Kalau la boleh buat macam ni betul-betul.**


Semoga saya masih waras dan bersabar. Amin~

Tuesday, March 15, 2011

Forgive or forget?

Just forget it. And forgive me. You wouldn't dare to know more. You wouldn't want to. 

*****************************************************

1 . 4 . 3 

whom?

YOU!

YES, YOU!!

Thursday, March 3, 2011

(T_T)

Sedih (T_______T). Nak balik rumah. Nak duduk kat rumah je. Boleh? Boleh lah. Sob.Sob.Sob

Tuesday, March 1, 2011

MALU. AMAT MALU!!!!!!!!!!!

HuHuHu.

Camne nak buat bila dilanda perasaan malu. Malu yang amat. Rasa nak menyorok bawah meja. Aaarrgghhh.. Malu sebab apa? Sebab terjadi peristiwa di luar jangkaan dan kawalan. Dan kejadian tersebut agak samar-samar dalam ingatan akan butir-butirannya yang jelas. Jadi bila difikirkan dan diingat kembali, terasa malu yang amat. Dan  bila terjumpa orang yang terlibat dalam situsi kejadian tersebut, tak tahu apa sebenarnya reaksi dan preskripsi mereka tentang apa yang terjadi itu. Jadi perasaan malu itu mencanak naik sehingga rasa macam nak jalan sambil tutup muka. Miaha.Ha.Ha. Jadi bagaimanakah ini? Hmmm. Mungkin masa dapat menyembuhkan semuanya. Cepat-cepat la sikit masa ye. Hu.Hu.Hu

Wednesday, February 9, 2011

macam-macam la pulak

Dah tak tahu macam mana nak react bila berhadapan dengan perkara dan situasi macam ni. Dah beberapa kali macam ni. Excited? Dulu masa mula-mula, masa yang awal-awal, yang pertama, ye la kot excited. Tapi, kali ni, tak. Dah macam tak ada perasaan. Haih. Kenapa eh? Entah lah. Malas nak pikir, malas nak layan. Heh!


Macam mana nak bagitahu kat orang something yang akan mengecewakan. Huh! Rasa yang baik itu dihargai tapi mungkin tak sesuai dengan tempat, subjek dan keadaan semasa. Tak nak komen apa-apa. Nak diam dan buat tak tahu saja. Maaflah. Harap Maklum.

****************

Kecelaruan personaliti? Mungkin kot. Tapi tak apa lah. Yang penting niat yang baik dan ikhlas. Siapa yang tahu? Tak ada siapa tahu pun. Tapi kita tahu ada yang memang pasti tahu.

*****************

"I was a fantasy. Unreachable by hand. Unthinkable in mind. And far far away from reality"

Tak sangka pulak macam tu rupanya. HuHu

Tuesday, January 25, 2011

Housewife?


Tiba-tiba berperasaan nak menulis kat sini. Idea tiba-tiba ni kena dikeluarkan secara terus sebab kalau tunggu nanti-nanti, memang takkan tertulislah jawapnya.

Pagi ni bermood sentimental. Buat kerja sambil dengar lagu-lagu sentimental dan berentak perlahan atau juga lagu jiwang. Kih.Kih.Kih. Tapi tak adalah jiwang sangat, sekadar sedikit melankolik je. Hi.Hi.Hi. Selalunya bila nak buat kerja dan fokus, saya akan dengar lagu yang berentak laju dan membingitkan telinga, sebab saya akan rasa teruja dan lebih bersemangat tanpa dikacau oleh nguapan-nguapan yang membolehkan syaiton-syaiton berlumba-lumba nak cuba masuk mulut saya. Owh, kalau menguap, tutup mulut ok? Jangan bagi syaiton-syaiton masuk macam dijemput pergi rumah terbuka pulak.

Dan bersama-sama kemelankolikan saya hari ini, tiba-tiba saya terfikir, “Apa sebenarnya cita-cita saya di saat ini?” Dan, rupa-rupanya, cita-cita saya nak jadi Housewife. Boleh tak? Saya suka kemas rumah and recently realized that I really enjoy cooking and baking cakes. I love to do things yang ada kaitan dengan dan di rumah. And I love gardening. Boleh tak if saya nak ­­­­bercita-cita jadi seorang suri rumah sahaja. Tapi bukanlah suri rumah sekadar suri rumah. But an educated suri rumah. Kira macam manager la jugak, Cuma kat rumah. House management, ingat senang ke? Tak sesenang yang disangka kot.