Tuesday, January 25, 2011

Housewife?


Tiba-tiba berperasaan nak menulis kat sini. Idea tiba-tiba ni kena dikeluarkan secara terus sebab kalau tunggu nanti-nanti, memang takkan tertulislah jawapnya.

Pagi ni bermood sentimental. Buat kerja sambil dengar lagu-lagu sentimental dan berentak perlahan atau juga lagu jiwang. Kih.Kih.Kih. Tapi tak adalah jiwang sangat, sekadar sedikit melankolik je. Hi.Hi.Hi. Selalunya bila nak buat kerja dan fokus, saya akan dengar lagu yang berentak laju dan membingitkan telinga, sebab saya akan rasa teruja dan lebih bersemangat tanpa dikacau oleh nguapan-nguapan yang membolehkan syaiton-syaiton berlumba-lumba nak cuba masuk mulut saya. Owh, kalau menguap, tutup mulut ok? Jangan bagi syaiton-syaiton masuk macam dijemput pergi rumah terbuka pulak.

Dan bersama-sama kemelankolikan saya hari ini, tiba-tiba saya terfikir, “Apa sebenarnya cita-cita saya di saat ini?” Dan, rupa-rupanya, cita-cita saya nak jadi Housewife. Boleh tak? Saya suka kemas rumah and recently realized that I really enjoy cooking and baking cakes. I love to do things yang ada kaitan dengan dan di rumah. And I love gardening. Boleh tak if saya nak ­­­­bercita-cita jadi seorang suri rumah sahaja. Tapi bukanlah suri rumah sekadar suri rumah. But an educated suri rumah. Kira macam manager la jugak, Cuma kat rumah. House management, ingat senang ke? Tak sesenang yang disangka kot.