Thursday, August 11, 2011

bila TER...

Hi korang,

Heh, nak jugak ber 'Hai-hai' kan. Tapi tak pe. Okeh. kali ni nak share something pasal TER... Haaa. korang semua pun mesti pernah kan mengalami pengalaman manis ni. Pengalaman TER.. tapi kalau TERkencing dalam seluar ke, TERkentut dalam lif ke, yang tu mungkin tak manis sangatlah kan. HeHeHe. Tapi masih termasuk dalam topik perbincangan ni. Dun wory, segenap aspek tu akan dicover. Nyeh-Nyeh-Nyeh :p

Antara pengalaman TER saya yang paling diingati ialah pengalaman TERbaring. TERbaring depan pintu masuk panggung dengan berbaju kurung ala-ala ayu gitu. Ye. TERBARING serta TERPOSING. Inilah kejadian TER yang paling mashyur dalam sejarah hidup ai oke. :p. Nak tahu camne boleh jadi camtu? Nak? Nak? Tak nak pun saya nak cerita jugak. Tak kira!. Ha-Ha. Ni masa belajar dulul. Alkisahnya macam ni, pada suatu hari yang tenang, hari tu ada final exam. Lepas habes je paper pagi tu, saya dan rakan-rakan akrab pun seperti biasalah akan pergi berisar-siar ke KK. Ye, KK adalah Kota Kinabalu. Sesapa yang tak tahu, saya dulu belajar kat sana. Oke, sambung balik. Saya dan rakan-rakan akrab memang selalunya akan celebrate (kononnya) lepas habes paper. Walaupun baru habis satu paper kiteorang selalunya memang akan buat celebration party menghilangkan tekanan periksa. Katanya. Mengade tak? Agak jugak la kan. Ha-Ha. Jadi hari tu, kami pun dengan gembiranya dah decide nak tengok wayang. Cerita confession of a shopaholic. Jadi beratur la kiteorang nak beli tiket. Pastu ada satu sesi yang baru mula, jadi kiteorang pun amek je la sesi yang itu, malas nak tunggu next session sebab lama lagi. Masa tu cerita tu dah start, jadi kiteorang pun berlari la nak masuk dalam hall. berlari dengan baju kurung pulak tu. Yelah, kan baru balik dari exam.  Lepas tu, masa nak masuk dalam hall tu, bebetul kat depan pintu tu, entah kenapa, tak ada angin, tak ada ribut, saya dengan cunnya boleh pulak tergelincir dan akhirnya jatuh tergolek seraya terbaring. Bagi saya yang sedang dalam keadaan teruja nak tengok wayang+gembira dah lepas satu paper+penat sebab berlari lalu tiba-tiba terbaring sedemikian rupa amatlah membuatkan saya terkejut lalu terkesima. Terkejut noks sampai tak boleh buat apa. Sebabnya rakan-rakan akrab saya mengatakan bahawa saya berbaring sambil berposing ala-ala pose mangga tepi kolam renang agak lama jugak ye. Ye baring dan ala-ala posing, saya tak perasan la masa tu yang saya terbaring macam tu, tapi menurut saksi tempat kejadian, itulah yang terjadi. Dan rakan-rakan akrablah yang tolong kutip barang-barang dan beg saya, lepas tu baru dieorang tolong saya bangun. Adalah dalam 6-7 minit kot. Saya pun tak perasan yang saya macam tu sebab mungkin masa tu saya tak berperassaan sebab boleh pulak tergolek kat situ secara tiba-tiba. memang agak tiba-tiba lah sebabnya depan tu lantai berkarpet kot, camne saya boleh tergelincinr pun tak tahu. Sampai sekarang saya masih mencari jawapan yang pasti. Ha-Ha. Dan kejadian ni dah macam cerita epik di kalangan rakan-rakan akrab kerana misteri dan kepelikkannya. Lepas u barulah kiteorang masuk dan tengok cerita confession of a shopaholic tu. Masa tu dah start sikit. He-He. Masuk-masuk je gelak bukan sebab cerita tu kelakar tapi sebab kejadian dia ataslah.Heh.

Oke, jadi itulah antara TER yang akan saya kenang sepanjang zaman. Korang? Camne? Pernah rasa TERbaring depan pintu panggung wayang? Tak kan? Haaa, mesti korang tak tahu yang karpet kat panggung wayang tu lembut oke. Ha-Ha-. Tu yang lama je kot saya landing kat situ. ;p

Maka tamatlah satu kisah TER...Banyak je lagi sebenarnya "ter-ter" yang lain. Rasanya hampir setiap hari ada je kejadian yang melibatkan imbuhan TER nikan. TERlupa, TERduduk, TERkentut dan sebagainya. Tapi ada jugak TER yang tak best. Contohnya TERtinggal. Barang yang kita nak sangat guna tapi masa tu la pulak TERtinggal, ataupun family korang TERtinggal korang, tak bawak pergi shopping. Sadis kot. Dan TERsuka pun sadis jugak. Pernah tak korang rasa macam korang dah TERsuka or TERjatuh hati kat seseorang??


He-He. Ini rupanya main topic budak ni. Ha-Ha. Boleh tak kalau saya cakap saya TERsuka kat someone. Tak tahulah macam mana boleh TERsuka pulak. Haisss. Susah la plak kan bila TERjatuh suka kat orang ni. Kalau barang bolehlah beli, kalau orang camne? Boleh kidnap? Hu-Hu. Mestilah tak boleh, kalau TERsuka kenalah bagitahu kat orang tu tapiiiii... saya kan pemalu. Huuuu~.Tak bolehlah nak bagitahu. Jadi Camne? Camne? Buat-buat TERlupa lah akan kesukaan itu. Boleh? Tak ada kegagahan lah nak revealkan keTERsukaan saya ni. Esok-esoklah, sebab sekarang kan bulan Ramadhan, mana boleh fikir benda-benda camni ni sangat kan. Hurrmm. Oke. Eh, macam dah TERmalu la plak dan TERhabes point nak tulis. Okelah Bai!Peace! (^___^)'v

** Kiteorang pergi tengok movie tu kat CP, sape pernah duduk KK mesti taw tempat ni. Dan masa saya tergolek seraya terbaring tu, nasib baik tak ada orang lain nampak, kalau tak mesti sangat termaluuuu. Huuu.