Monday, June 14, 2010

Ada apa dengan hujung jari telunjuk ??


Ini bukan post berunsur pembebelan secara melulu mahupun tidak bertempat. Percayelah. Kih.Kih.Kih.

Pernah x korang rasa cam yang aku tengah rasa sekarang ni?? Pernah?Pernah? Apa la yang korang rasa? Boleh tolong bagitaw aku? Sebab aku pon xtaw perasaan deria rasa aku sekarang. Ouh. Rasa cam nak lempang diri sendiri nyamuk yang berkeliaran ni kerana bertanya begitu.Hu.Hu.Hu.

Oppss.   [Ni la jawapan kat surprise yang aku buat kat tajuk tadi. Ada apa dengan hujung jari telunjuk?? Ada nyamuk.] Ha.Ha.Ha. Sorry la ya nyamuk yang berkeliaran sebab ko dah termati di hujung jari telunjukku. Sape suruh ko ajak aku maen Sep2 Tom2, kan dah tersepit kat 2 jari telunjuk aku malam2 ni. Ishh. Tapi xpe, sebab kat hujung jari aku tu banyak informasi berguna. Info's at you finger tips kan. Kira ko bertuah la. Tapi bertuah ke?? Hmmm. Xsangat kot. Ko dah mati, jadi apa la function all the info's tu kan. Haihh. Aku dah mula bersimpati ngan ko nyamuk. Apa la nasib anak bini ko kan. Eh2, tapi ak xtaw pon ko jantan ke betina, aku x sempat nak cek, ko dah terpenyek layu. Sekali lagi Sorry ye en/cik/pn nyamuk. Jangan risau aku akan tetap doakan kau. Terima kaseh sebab sudi maen Sep2 Tom2 ngan aku walaupun cuma satu round. And terima kaseh sebab bagi aku menang. Cayalah. Aku memang selalu je menjuarai acara Sep2 Tom2 ni kalau maen dengan nyamuk2 sekitar kawasan perumahan ni. Yes2.Ha.Ha.Ha

Korang xyah la rasa pelik, aku memang bergaul mesra ngan nyamuk2 kat area ni. Owh, tapi nyamuk Aedes or nyamuk laen yang terkenal ngan kejahatan mereka mnyebarkan virus2 tu aku xkawan a. Lagipun dieorang ni selalu dah terkorban dalam acara menyedut asap fogging berjadual kat sini. Kalau ada yang selamat pon aku xnak kawan ngan dieorang. Jadi nyamuk2 jahat diluar sana, sila jauhkan diri anda daripada saya ok.

Ok2. Aku bukan nak buat iklan ubat nyamuk ke Ridsect or Shiedltox.

Jangan salahkan aku kalau korang rasa masa korang terbuang begitu saja baca kisah menyayat hati sang nyamuk atas ni. Sapa suruh korang baca pun. Ha.Ha.Ha.

Aku sebenarnya, sepatutnya, seharusnya, dah tido pada waktu ini, tapi, mungkin ada butir2, zarah2 kafein yang tertusuk kat celah2 neuron aku hasil pengambilan sihat Nescafu tadi. Jadi mata aku xdapat signal yang sepatutnya bagi membolehkan ia merasa bahawa ia perlu berehat sekarang. Mata aku dah jadi cam kapal terbang yang xdapat signal untuk mendarat dan terus berlegar2 diruang udara walaupun dah sampai landasan yang sepatutnye ia mendarat. Tapi sebab orang yang keje kat landasan and sepatutnya bagi signal suruh kapal terbang tu mendarat saket perut dan pergi-toilet-pastu-sesat-mencari-jalan-pulang-, maka terpaksa lah kapal terbang tu berlegar2 lagi di angkasa raya sampai kehabisan minyak dan akhirnya terpaksa mendarat. Ada ke orang yang boleh faham penjelasan saintifik aku ni. Ha.Ha.Ha. Aku bukan chegu Sains, jadi kalau korang nak taw fakta sebenar silalah cari sendiri ye. Ngeh.Ngeh.Ngeh. Kalau chegu Sains aku baca ini mungkin dia akan suruh aku duduk diam2 je dalam autoclave. Tapi aku yakin dia xkan tahu. Ha.Ha.Ha.

Mungkin aku dah mula merepek pada baris terakhir perenggan di atas. (Perenggan atas2 yang laen tu aku maseh xsedar diri ketika menulisnya. Aku cuma sedar bila dah sampai sini)

Ok.Aku kembali ke segiempat 1 (Back to Square 1).

Sebelum itu. Maaf diatas penggunaan bahasa yang mungkin kalau ada chegu bahasa terbaca menyebabkan mereka rasa nak bersara awal. Maaf Ye (*____*)


Point pertama ni yang sebenarnya ada kaitan ngn nyamuk yang aku cerita kat atas tu tadi. Haa, kan xsia-sia aku cerita pasal nyamuk tu kan. Ok2. Nyamuk tadi kan mati kat hujung jari telunjuk aku yang penoh dengan informasi kan, tapi xguna gak la info2 tu semua kat nyamuk tu sebab dia dah mati. Haa, lebih kurang gak la ngan manusia ni kan. Xguna dah korang punya alasan nak cover salah korang kalau dah terang2 kantoi buat salah, Xyah la nak guna dah korang punya gosip2 ke cerita2 yang korang buat sendiri tu kalau semua orang dah tahu fakta yang sebenarnya. Sama la cam xgunanya bila mati xsempat taubat. Iskk. Opps. Ngeee~

Kalau dah buat salah, apa la salahnya mengaku je. Kan senang. Xyah susah2 pikir and menyusahkan orang laen pikir and tambah dosa nak kaver bagi pihak korang. Ishh2. Semua orang pun buat salah, jadi xada la salahnya dengan buat salah tu if ianya adalah secara xsengaja kan. Tapi ada gak orang2 yang xnak mnengaku pernah buat salah pastu buat salah lagi dengan menipu yang konon2nya xpernah buat salah. (Sape2 pening baca, sorry la a. Hik.Hik.Hik)

Hee. Bukan apa cuma pengajarannya ialah, jangan la takut sangat ngan salah. Sebab, takde sape yang xpernah buat salah. Confront it, accept it but never repeat the same mistake again if possible. Xyah la nak mengcomplicatedkan lagi hidup yang penuh sesak dengan kenderaan dan laluan trafik ni. Kalau buat salah, sila terima dan bertaubat segera ye. Kalau nak kaver2 pun nanti the truth will reveal itself, if not here, in the hereafter.

Owh. Kapal terbang tadi dah kehabisan minyak. Jadi rasanya, dan akhirnya ia akan mendarat bagi membolehkan penumpang2 menuju ke destinasinya. Dan destinasi yang sepatutnya sekarang utk aku adalah ke tempat tido sebab esok perlu menuju puncak ke tempat kerja. Ouchhh..Mungkin aku akan sambung cerekarama ini esok ye.

-------------------------------------
Lalala  ♫♫♫.


Owh. Hari adalah hari isnin yang segar. Sesegar sayur organik yang ditanam oleh petani sayuran organik yang makan panadol bila die rase sakit. Cam dalam iklan panadol tu. Ha.Ha.Ha.

Hari seperti xberapa percaya yang aku boleh sampai sangat awal ke opis setelah melihat Podolski, Klose and sape sorang lagi ntah name dia memasukkan bola ke dalam gol. I suka ok, walaupun Ballack aku xada. Ki.Ki.Ki.Sape xcaya aku boleh tengok bola tu xyah la berusaha nak pecaya ye. Ha.Ha.Ha. Tapi sebenarnya aku dah tertido lepas Jerman dapat 3rd gol tu. Pastu bangun baru taw skor sebenarnya adalah 4. Ok2. Aku sedar diri sekarang ni yang aku bukan pengulas sukan, so ak nak tukar topik. Ha.Ha.Ha. Owh, tapi sebelum tu, dari malam tadi sampai pagi ni ak masih tertanya2, xmelecet ke kaki en Klose tu bila die seret lutut dia atas rumput lepas dia meletakkan bola dalam gol semalam. Mungkin xkot. Ha.Ha.Ha.

........................preview on welkap end here.....................

Ok. Mungkin bukanlah preview kot yang atas tu. Ki.Ki.Ki

To be cont...

No comments:

Post a Comment