Tuesday, February 21, 2012

Perempuan selalu perasan

Hai rakan-rakan.


Adakah anda setuju yang perempuan nih cepat perasan. Maknanya, kadang-kadang kita berkawan dengan lelaki dan lelaki itu melayan si gadis ini dengan baik dan kelihatan agak lebih daripada biasa. Haruslah kan jika si gadis ini perasan yang si lelaki ni mungkin suka pada si gadis. Hmm, mungkin tak semua, tapi sebab gadis-gadis nih kan berjiwa lembut lagi sensitif, itulah mungkin sebabnya cepat perasan.


Cuma nak bagitahu kepada si lelaki, kalau anda tak suka pada si gadis janganlah bagi harapan atau pun layan lebih-lebih atau memberi sepertinya layanan istimewa. Sebab bila si gadis dah mula suka pada anda, dan anda kata sebenarnya anda tiada apa-apa perasaan dan apa yang anda lakukan sebelum ini adalah perkara biasa, ia akan menghancurkan harapan si gadis. Sadis ok. Its not easy to build up the feeling and suddenly you demolish it. The heart will be broken. Into pieces. Serius sedih kalau perkara ini terjadi. Jadi kalau anda memang tiada apa-apa perasaan, tolonglah beritahu awal-awal bahawasanya layanan anda hanyalah sekadar kawan semata-mata dan jangan layan + ambil berat lebih-lebih. Lebih-lebih kat sini adalah dalam erti kata yang memang lebih-lebih. e.g : belikan makanan tanpa diminta, pastu buat muke ala-ala hensem sambil kate, "makanlah awak, saya belikan spesel kat awak ni, takut awak lapar nanti, susah hati saya" kan ke lebih tu. kalau buat sekali dua mungkin xpe, bila dah berkali-kali ditambah dengan perangai anda yang sweet je bila dengan si gadis itu, maka tidak mustahil dan normallah kiranya jika si gadis itu boleh tersuka pada anda. Bukan tak boleh ambil berat atau boleh je belikan makanan tu tapi toksahlah cakap ayat sweet camtu terlalu selalu. Ataupun, tak perlu jadi sweet, sekadar bersopan saja, boleh bukan? kan?  haha. Jadi janganlah salahkan si gadis kerana TERjatuh suka pada anda. kesian.kesian.kesian. kesian oke.


*serius aku kesian kat ko. hu-hu

Gedik tak?

Aku rasa macam gedik pulak bila baca tulisan sendiri kat bawah ni. Gedik tak? agak jugak la kot. hahaha