Tuesday, June 21, 2011

my life is a "quote"



"Learn from the birds. It wont teach you to fly, but you can dream sky high.
Take lesson from the bees, You'll be acknowledged from the sweetness of the honey"  


"Living is like fishing, you need to be patient to get the biggest catch and sometimes you got trash"

shadijah.blogspot.com©


 lets live life. And remember live it WELL

Monday, June 20, 2011

New beginning for a Happy ending

Hi all, Assalamualaikum,

How was your day? Wish the greatest and happiest thing of all. For those happy single woman out there, have you found your Mr Right or your soul mate? HeHeHe. Perlu ke tanya soalan macam ni? Saja je anyway sebab bulan ni sahaja lebih dari 6 orang rakan-rakan saya kahwin, dan saya tambah lagi 3 orang kawan yang kahwin tak berapa lama dulu dapat good news. I nak dapat anak-anak sedarasss lagi weyh. Perghh. Terbaiklah macam ni. Tahniah-tahniah pada korang-korang semua. Turn kenduri saya nanti, bawaklah semua ahli-ahli keluarga baru tu ye. Meriaaahhhhh. =P

Sebenarnya, tengah nak menyiapkan kerja, sebab esok ada draft yang nak dimeetingkan, tapi, apa pun tak bolehhh. TERstuck sekejap kat sini. Ecehh. Alasan!


Jadiii...Now, nak ajak korang-korang semua memulakan kehidupan baru. Jooomm??! HeHe. Tiba-tiba tak? Tak la, bukan nak ajak korang kahwin lari ataupun tinggalkan kehidupan korang yang sekarang ni. Cuma nak ajak memulakan hidup yang lebih sihat, bermanfaat dan gembira. Haaa. A new beginning for a happy ending.

Dalam minggu lepas, saya tak berapa sihat, demam+sakit tekak+batuk+selsema+tak ada suara. Dalam seminggu demam dan 2 hari tak ada suara yang maksimum. Dua hari jugaklah jadi macam orang bisu berbahasa isyarat. Sakit tekak yang amat, sampai nak telan air pun mengais dulu. Dan minggu lepas jugak, dalam seminggu saya jumpa doktor 3 kali. Fuuhh. 

Tapi dalam masa tengah sakit-sakit dan tak ada suara tu, barulah sedar, yang bahawsanya nikmat suara yang Allah bagi ni sangatlah besar. Selama ni macam tak berapa sedar, tapi bila dah ditarik sikit nikmat tu, dalam masa 2 hari tu, saya fikir, memang sangatlah bersyukur sebab diberikan segala nikmat yang kadang-kadang kita tak sedar, contohnya suara. Bersyukur sangat sebab kita tak bisu kan. Macam mana agaknya kalau orang-orang yang lahir-lahir dah bisu. sedangkan saya baru agak bisu untuk 2 hari pun dah macam nak menangis je. HuHuHu. Alhamdulillah, sekarang dah sihat kembali. 

Sebab tu bila dah sihat, saya berazam nak memulakan pembaharuan dalam hidup. Saya nak menggunakan semua nikmat yang Allah bagi ni dengan sebaik-baiknya. menggunakannya untuk perkara yang baik dan kearah kebaikkan. Memang itu pun tujuannya Allah bagi kita nikmat, untuk kita bersyukur dan memanfaatkannya, tapi kita yang selalu lupa. Kan? Sayalah tu yang selalu lupa. Manusia memang selalu lupa. Bukan melayu je yang mudah lupa. HeHeHe.

Dan, saya nak ajak anda-anda semua jugak untuk sentiasa ingat dan bersykur dengan segala kurnia dan nikmat yang diberikan pada kita. Contohnya, nikmat kasih sayang ibu bapa, nikmat beriman dan macam-macam lagi la. Sebab bila kita rasa bersyukur, kita akan rasa cukup dan gembira tapi pada yang sama kita akan cuba mengoptimumkan usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik dan tak berputus asa. Betul tak? Betul tak? Nilah yang akan berikan kita happy ending. So, jom start a new beginning.   New beginning by saying "Alhamdulillah" in every breath that we were given, .for a happy ending. Hapily ever after di dunia dan akhirat.

** Hi All atas tuh- macam ada pulak orang baca "blog" ni kan?? HaHaHa