Monday, November 29, 2010

Auchh. Sakit!

Tak tahu la kenapa. Kelmarin, semalam, hari ni rasa sangat nak balik rumah. Hu.Hu.Hu. Wahh. Saya sedang berpenyakit rumah. Sangat rindu kat semua orang-orang di rumah manis rumah saya itu. And of course I missssssssssssssssss my mom and my both sweety cutie pie nieces soooooooooooo much. Pada yang lain-lain pun mestilah sangat rinduuu juga

Haih. Padahal baru minggu lepas balek. Camne nih. Hmm.Silalah terus gigih cik Eja, sebab anda perlu bekerja mencari nafkah dan rezeki di perantauan ini. Ecehh. Hi.Hi.Hi. (Tapi duit gaji habes banyak buat membeli-belah untuk diri sendiri je) Ha.Ha.Ha.


Tak pelah. Dah! Nak sambung menghitung hari untuk tarikh pulang ke rumah yang berikutnya. Dan kena countdown untuk birthday CikNab si kakak jugak, one of my sweety-sweety cutie pie yang kat rumah tu. Hi.Hi.Hi

**CikNab, silalah tunggu hadiah birthday dari Makcu anda nih ye. Hi.Hi.Hi.

Sunday, November 28, 2010

RINDUUUUUUUUUUUU!!!

Rindu kat mak saya.
Sob.Sob.Sob.

Kan bagus kalau Muar-Shah Alam ni sebelah-sebelah je. Boleh balik rumah hari-hari.Hu.Hu.Hu
Rindu sangat! Dah. Itu je. R.I.N.D.U!

Saturday, November 27, 2010

Azam Baru. Ok?

Dah hujung tahun dan dah nak habes pun tahun 2010 nih. Tapi saya nak buat azam baru sekarang. Boleh? Boleh je. Apa kisah kan, hujung tahun ke awal tahun ke tengah tahun ke, bila-bila pun boleh je kan nak berazam. Hi.Hi.Hi.

Kenapakah saya tiba-tiba je nak berazam nih? Haaa, sebabnya termotivate by my SGM. We had a meeting yesterday and what he did said during the meeting really inspired me. Wahh. Bersemangat waja sekarang ni. Harap kewajaan semangat nih berkekalan pada hari-hari mendatang. Hari esok dan seterusnya.*Semoga*.

Everyday is a progress of yourself growth. So grow towards success and excellence.

Wednesday, November 24, 2010

Kamu!

Matahari pelita terang benderang
Menenggelamkan bulan dan bintang siang
Awan bergerak laju
Menurunkan hujan bila kelam pekat
Angin menerpa seperti mahu memberitahuku sesuatu

Aku
Menoleh laju
Lalu tertancap pandanganku
Pada sesuatu
Disitu
  Kamu !
Ya ! Kamu.

Kamu
Manis mengukir senyuman
Dan aku,
Cuma mampu tersenyum sepintas
Walaupun hati memberontak seperti mahu kupeluk kamu
Tapi aku masih berada di atas tunjang kewarasanku
Terpaku aku kaku seketika
Sebelum kaki melangkah dan terus berlalu
Walaupun sebenarnya aku masih mahu terus disitu
Bersama kamu


Tuesday, November 23, 2010

Kecik yang lama-lama jadi besar

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Itu peribahasa.
Ada tak peribahasa "Kecil-kecil, lama-lama jadi besar"?? Kalau tak ada, meh saya adakan satu ok. Nak kena patenkan ke?? Ha.Ha.Ha. Tak payahlah. Mengada-ngada betullah cik Senah nih. Tak senonoh tau cik Senah nih. Ha.Ha.Ha. ----> Entah hape-hape mengarut!
Oklah, Nak bagi maksud peribahasa baru tu. Maksudnya ialah:
1) Ada benda kecik yang remeh temeh tapi bila kita tak suka kita akan besar-besarkan. Padahal, tak ada apa pun. Haih!
2) Orang yang dulunya kecik tapi sebab dia makan banyak-banyak-banyak, akhirnya dia jadi besar. Ini maksud secara fizikal.
3) Perkara-perkara kecil yang dipendam dan terus disimpan dalam, lepas tu bila dikumpul jadi banyak dan membuak-buak.

Tapi rasanya maksud yang sesuai untuk peribahasa baru tu (peribahasa ke???) dalam konteks perbincangan ni mungkin yang pertama dan ketiga je kot. Lagipun yang kedua tu, menyentuh aspek fizikal.Sensitif. Ha.Ha.Ha


Sebenarnya saya cuma nak kata, yang bahawasanya, kadang-kadang bila kita dah tak suka, benda-benda remeh pun kita boleh jadikan isu yang besar. Padahal, ala, benda ciput je. Tapi sebab perasaan menguasai diri. Jadi ianya akan nampak besar di bijik mata kita. Jadi bila kita tak suka akan sesuatu, biarkan je lah benda tu dan jangan ambik peduli [untuk benda-benda yang tak bermanfaat la kan, yang elok-elok tu kenalah pedulikan]. ----> Nak praktikkan sekarang lah! Ki.Ki.Ki.

Lagi satu, kalau ada benda-benda yang kita tak suka terjadi, tak payah nak simpan-simpan dalam hati atau pun ingatan. Lupakan je tapi ambil pengajaran daripadanya. Pengalaman jugak tu beb. Lupakan, bukanlah sampai jadi amnesia yang tak ingat terus tuh, cuma lupakan perasaan tak suka tu, supaya ia tidak menjadi isu besar yang akan kita ungkit-ungkitkan nanti. 

Errr. Apa la motif tulisan ni sebenarnya?? Sebenarnya motif tulisan ni cuma nak bagi luahan setelah melihat beberapa kejadian aneh dalam masa 4-5 hari ni. Inilah kesimpulan yang boleh saya buat sebagai iktibar daripada kejadian-kejadian aneh tersebut.

Itu sahaja. Terima Kasih!

Dah Nak Habis Rupanya

Dah nak habis tahun 2010. Hari ni pon dah hujung bulan November 2010. Bulan depan dah masuk Disember. Bulan depan jugak ramai la kawan-kawan dan orang-orang yang saya kenali nak kahwin. Biasa lah musim cuti sekolah hujung tahun nih memang ramai yang tempah tarikh buat majlis. Kawan-kawan yang sebaya dengan saya ramai boleh dikira ramai jugak yang dah kahwin dan bakal kahwin bulan depan. Setakat ni dah 4 orang kawan masa sekolah dulu yang kecik-kecik dulu dok main sama dah pun kahwin. Tahniah lah pada mereka. Dah maju selangkah lagi dalam fasa hidup. Dari budak sekolah hingusan dulu sekarang dah jadi bini orang weyh. Perghh, Tak sangka I. At their age of 22 and 23 years old, they are now someone's wifey and soon become moms. I feel like it was yesterday that we played together and yet now, all of them is no longer a 'miss'. Should I miss those moments? And yes, I miss those moments now. Dulu or tahun lepas to be exact, saya pernah kata nak kahwin tahun ni. Sebab bila orang tanya bila saya nak ada boifren, saya selalu kata, tak payah tunggu saya ada boifren, tunggu je saya kahwin tahun depan, (tahun ni lah kan). Tulah jawapan klise saya tahun lepas sebab saya memang plan nak kahwin je terus when i found my other half tu. Eceh, camtu plak kan. Ha.Ha.Ha. Tapi memang macam tu lah, tapi nampaknya tak tercapai la hajat korang nak tengok I kawen tahun nih, memandangkan dah hujung tahun pun dan tak jumpa lagi pun bakal laki I tu. So, saya postpone tahun depan dan seterusnya lah ek. Hik.Hik.Hik. Tapi rasa cam muda lagi kot nak kahwin pun. Kan. Kita enjoy hidup single dulu lah. Tapi kan, tahun ni saya rasa saya dah berada dalam fasa baru dalam kehidupan. One stage further of my life. Hmmm.

At the age of 22, am I now entering adult phase of my life??? Owh, I guess so. I'm saying good bye to those happy moments of a teenage girls life. Become no longer a teenage girls, sometime frightening me. I now realise that to be an adult is not as simple as you would think when you are a kid and hoping so much to be an adult soon. You may think that as you grow older, you would become prettier, you would be having your own money, own assets, and gain trust from your parent and people around you. No more examinations, no more homeworks or assignments, no more curfew, you don't have to ask permission from your parents to have fun with your friends, you are getting your key of freedom. Yes, it sounds like heaven, but, it also comes in package with RESPONSIBILITY. You are now responsible for everything that you do. And that RESPONSIBILITY is something BIG. Responsibility to yourself, your family, your works, your bos, your colleagues, your friends, your bankers, responsibility to the society, to the world, to the universe and the most important is your responsibility to ALLAH and Islam. Hah, Camne, Best ke?

Tak adalah best sangat jadi orang dewasa nih. Sekarang kena pikir pasal kerja, pasal nak bayar semua bil-bil setiap bulan, dan macam-macam lagi, kahwin la, itu la, ini la dan bla, bla, bla. Jadi kanak-kanak sekalian, bersyukur la anda masih lagi kanak-kanak sekarang, sebab nanti dah semakin membesar anda tahulah betapa bertuahnya anda menjadi kanak-kanak suatu ketika dulu. Eceh, bercakap dah macam nenek-nenek tua pulak nih. Ha.Ha.Ha. Tapi bukanlah teruk dan tak best sangat jadi orang dewasa nih, best je sebenarnya, walaupun banyak tanggungjawab, tapi dari sudut positifnya, memang best bila anda dapat duit dari hasil titik peluh sendiri, beli barang yang anda nak, pergi tempat-tempat best dalam dunia nih atas hasil usaha sendiri, bagi mak bapak kita dari hasil kerja kita dan sebagainya, apa yang kita akan dapat adalah KEPUASAN HIDUP. Semua orang akan lalui jugak all these phase in life. So, live it, and live it well. Oklah, ada tanggungjawasb yang nak diselesaikan nih.

***Life is about choice, we choose, and we live in it, So, choose the best, and do it your bestess. Ok? 



Monday, November 22, 2010

Pelik

Ada macam-macam kepelikkan manusia dalam dunia ni rupanya. Isk.Isk.Isk. Pelik-pelik sungguh. Tak pelah. Entah-entah orang lain pun ada cakap saya ni pelik jugak. Pelik tu normal kot sekarang. Kita terima jelah seadanya. Jangan buat benda yang "pelik-pelik" sudah lah ok.

Pelik-pelik.

Ishhh, peliknya!. Ha.Ha.Ha

Thursday, November 11, 2010

Kenapa macam tu dan bukan macam ni

Kenapa huruf a dalam komputer ataupun alat-alat elektronik rupa dia macam ni ---> a
Tapi kalau kita tulis guna tangan, kita buat a yang macam ni ke? Kalau saya tak sebab a saya tak macam ni. Saya buat a yang macam ni ------>

Dulu masa pra sekolah, saya dapat 3 bintang dan kena puji depan kelas sebab buat huruf  a yang macam kat atas tu pastu ada ekor sikit. Jadi macam ni:

Dah. Itu je sebenarnya. Cau~

12.11.10 ---->DuaPuluhDua

.REVOLUSI.

Hish.

Update blog kat office.
Ye, aku sedang menulis melalui medium komputer di meja pejabat ku ini.
Ahaha. Skema dol.

Aku memang ada kerja lain yang boleh nak dibuat sebenarnya, tapi kenapa entah, dok gatal nak tulis kat blog ni plak. Dush3* Dah tumbuk perut sendiri tapi masih belum sedar diri. Ha.Ha.Ha.


Saja nak meluahkan perassan sebelum memasuki umur 22 esok. ----> Nak bagitahu Birthday dia esok la tuh. Huh. Ha.Ha.Ha

Yer. Birthday saya esok bersamaan 12 November 2010. Jadi sila bagi hadiah ok. Hadiah yang gempak-gempak je. Yang biasa-biasa I tak nak ok.*macam mintak kena sepak* Ha.Ha.Ha


Sebenarnya tak ada la excited sangat nak masuk umur 22 nih, tapi agak teruja jugak la sebab birthday kan setahun sekali. Di kalangan kawan-kawan rapat dan yang kat office ni, aku boleh dikira agak paling muda. Bajet hebat la konon kan. Perasan la anda cik Eja. Ha.Ha.Ha 

Antara perkara-perkara yang saya rasa boleh dikira sebagai hadiah birthday saya tahun ni:

- Saya dapat anak sedara baru -->Nur Amani yang sangat la comel itu. *Owh, rindu kamu*
- Saya dah dapat my own car
- Gaji saya masuk malam ni. Jadi saya akan tunggu jam 12 malam ni sebab nak tunggu gaji masuk, bukan tunggu birthday. Ha.Ha.Ha *Apa-apa tak cakap pasal gaji ni kat blog? Ngeee~
- This is the most important thing, Saya masih berpeluang hidup sehingga berumur 22 tahun dengan family yang tersayang, kawan-kawan dan dah mempunyai kerjaya. Jadi sangat bersyukur. Alhamdullillah.
- Rasanya saya dah semakin jumpa apa yang saya cari selama ni. Ngeh.He.He. Apa ekk??


Tapi saya ada banyak lagi benda yang saya nak buat dan capai untuk umur 22 tahun lepas ni. Salah satunya ialah nak sambung belajar. Saya nak belajar dan buat benda yang saya minat dan suka. And of course lah saya nak kahwin dengan lelaki yang beriman, hemsem, kacak, tampan, tinggi, dan sekufu la kan.*Gatal lagi demanding betol la budak nih. Iskk* Ha.Ha.Ha. Itu yang diharapkan la kan, tapi jodoh, kita tak tahu. Dan macam-macam lagilah yang saya nak buat dan capai. Tapi semoga umur 22 menjadikan saya lebih matang, lebih baik dalam semua perkara yang baik-baik, lebih bertambah amalan dan boleh kahwin lepas tu. Ha.Ha.Ha

*Start esok, dah umur 22 tak nak bukak blog time office. He.He.He. Boleh ke ek?? Ha.Ha.Ha ***Maybe boleh dikecualikan masa tengah tak ada kerja yang urgent - macam sekarang. Ngeh.He.He

** 12.11.10, sempat tak nak kawen esok?? (tarikh cantik dah 121110) Ngah.Ha.Ha

Thursday, November 4, 2010

umum- sekadar tulisan umum.

Keburukan tulisan. Kadang-kadang tulisan ni boleh jadi satu yang menarik. Orang baca apa yang kita tulis. Boleh jadi satu motivasi, boleh jadi pembakar semangat. Tapi kadang-kadang tulisan pun boleh bawak masalah. Boleh menyebabkan pergaduhan, boleh memecahbelahkan, boleh menyebabkan orang kena tangkap masuk penjara, and paling dasyat boleh kene bunuh sebab tulisan. Isk3. Tak percaya. Pergi la baca berita-berita kat surat khabar. Banyak dah berita-berita macam ni. Even sebab tulisan pun boleh masuk ISA beb. sshhhhyuuh. Tak nak la citer pasal ni. Hi.Hi.Hi


Kenapa agaknya ek? Sebab tulisan ni cuma sekadar tulisan (kecualilah tulisan-tulisan, buku-buku yang memang tak payah nak dipertikaikan, yang boleh diterima seperti adanya.) Yang diceriterakan kat sini ni adalah tulisan-tulisan rambang dan umum, lebih-lebih lagi Blog, Status Facebook, komen-komen kat laman-laman sosial dan sebagainya. Sebabnya kita tak tahu sejauh mana kebenaranya, tak tahu situasi sebenarnya, perasaan tulisan, intonasi yang perlu digunakan untuk baca tulisan tu and tak tahu ditujukan untuk siapa. Contohnya macam ni, ada seseorang tulis dalam blog dia pasal seseorang yang lain, " Hey, klau ko rasa ko baik sangat, tak ada la ko nak buat macam tu, bla..bla..bla.. dan bla.." Dia meluahkan rasa tak puas hati kat orang tu tapi dia tak state nama untuk siapa, pastu orang ramai-ramai baca. Dalam ramai-ramai orang yang baca tu, tiap-tiap orang mesti ada deskripsi masing-masing dalam nak mentafsirkan tulisan tu. Anyway, as for me, tulisan-tulisan yang macam ni, lebih baik buruk dari baiknya. Sebab bila kita rasa tak puas hati kat seseorang dan luahkan kat laman-laman sosial macam ni, semua orang boleh baca, walaupun niat si penulis tu tadi cuma nak meluahkan perasaan dan dengan alasan yang "tak pe, bukan ada state nama sesapa pun, so orang tak tahu pun sebenarnya ianya menceritakan tentang siapa." Dan kalaupun orang yang kita ceritakan tentang ketidakpuashatian kita pada dia tu sendiri yang baca, dia boleh tahu ke yang tulisan tu ditujukan untuk dia? Memang la ada peribahasa "Siapa makan cili dia la yang rasa pedasnya" tapi sebaiknya dari pandangan saya, kalau ada rasa tak puas hati, marah, terasa, bengang dengan seseorang yang kita rasa dia dah melampau, silalah tegur secara berhemah. Bagitahu sendiri kat dia yang anda rasa dia dah melampau, dan anda tak suka dengan apa yang dia buat tu. Bagitahu secara terang dan jelas dan cara yang baik lah kan. Pada saya itu lebih mudah dan terpulang lah pada orang tu sama ada dia nak terima atau tak teguran kita tu, tapi InsyaAllah kita dah buat apa yang patut kita buat which is tegur orang tu. Dan kalau nak kutuk sekalipun, kutuklah depan-depan. Sebab macam tu lebih jelas dan terang-terangan.
Face to face la bro, baru gentle kot. -------> Eh. Tak memasal.


Memang la kita ada kebebasan menulis, menyatakan pendapat dan hak-hak peribadi dan sebagainya, tapi kadang-kadang sebab hak-hak dan nak kebebasan ni la orang pun bebas je buat sesuka hati tanpa berfikir akibatnya. BEBAS dan BOLEH sangat kan. Eh2. Terkeluar topik la plak.



Dan kepada orang yang baca jugak, tak payah la terus terima bulat-bulat, dan percaya. Sebab kadang-kadang tulisan-tulisan macam ni bukan boleh percaya sangat pun. ----> teraplikasi jugak untuk tulisan ini. He.He.He.

***Ini adalah entry BEBAS dan bersifat UMUM. Harap Maklum. Terima Kasih