Wednesday, June 2, 2010

Dunia,Dunia.

Saya nak buat entry  yang panjang

.
Silalah minum Nescafu atau Alicafe kalau korang nak sebab takut korang tertido sambil baca entry ni.
Kalau nak baca sambil tido pon boleh, aku xmarah punya. Silalah


Kalau korang nak wat camni pon boleh, patah riuk laptop xleh claim insurans la tapi kan. Ngeh.Ngeh.Ngeh






Ok, Saya mula sekarang
 Ready?
Sedia?
TengTeReeeng
.
.
Korang ada ikut perkembangan semasa x?
Mesti la korang taw kan apa isu hangat membara sekarang.
Kalau korang xtaw, memang korang ni lebih terceruk daripada katak bawah tempurung la kan.
Sebab aku rasa katak bawah tempurung pun dah pasang astro taw and taw apa yang tengah jadi kat dunia sekarang ni.

Kalau korang xtaw silalah baca surat khabar ok, xpon bukak la kejap berita kat tv ke baca la Berita Harian ke Kosmo! online k.

Oklah, cukup.

Stret to the point

Aku nak komen la sikit atau lebih tepat meluahkan apa yang aku rasa pasal isu dunia yang sangat panas sekarang ni iaitu isu Israel yang sangat bodoh, kejam and segala bahasa yang paling teruk ah dalam dunia ni utk menggambarkan jahatnya dieorang ni.
Ish. Aku dah beremosi ni.Sangat vavi la kan Israel ni. Huh

Ok, masih beremosi, tapi xpe, Kita akan teruskan dengan perasaan yang segar dan sihat ya walaupun masih beremosi. =)

Kapal yang bawak sukarelawan dari Malaysia dan negara lain yang join  misi bantuan untuk Gaza telah diserang oleh Israel yang cam memang Haram tuh walaupun dieorang dah declare yang dieorg adalah volunteer yang cuma bawak barang makanan, selimut dan mainan untuk penduduk Gaza. Nampak sangat kan yang Israel ni memang saja nak carik pasal  and memang niat dieorang xnak ada bantuan untuk Gaza. Sangat2 la damn Bullshit kan mereka itu.

Kapal Mavi Marmara yang dinaiki 12 rakyat Malaysia tu diserang komando Israel masa misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dieorang semua kena tahan and baru disahkan selamat. Kalau korang dengar apa yang diceritakan mangsa tahanan Israel nikan, (aku tengok kat berita tv3 td) memang Israel yang haram tuh saja je xnak bagi dieorang masuk Gaza  and kalau boleh maybe  dioerang nak je letupkan kapal tuh sebenarnya kot kan. Dahlah serang kat perairan antarabangsa, pastu PBB and Amerika yang dulu dok sebok nak serang negara orang lain yang kononnya hebat sangat nak menentang pengganas tuh pon boleh buat xtaw and senyap jek. Gile cam haram ok!
Aku sangat la marah dan geram.Hishh

Hmm, kalau korang nak taw berita selanjutnya pasal isu nih, korang baca la kat paper ye. Karang aku dok cerita lebih2 salah info ke hape ke plak, and  nanti aku lebih beremosi dan terkeluar plak perkataan2 lain yang kena strikethrough plak nanti contohnya cam @#$^$^&%%.Ek'Eh.Ooopss.He.He.He.

 #$%%@#%. Erk. Ini bukan mencarut ye. Ni adalah rengekkan baby ni. Dia jadi @#$%^6 camni sebab aku pun xpaham dia cakap apa


Ok. aku sambung kesinambungan yang kat atas nun.Hmm.Bila pikir balik kan.Ini lah kan salah satu tanda akhir zaman, nampak sangat dunia dah nak kiamat. Dieorang sebenarnya tengah cuba nak jatuhkan Islam. Isu kutuk Nabi Muhammad s.a.w la, pasuh menda ni la. Nampak sangat orang Yahudi ni memang nak hancurkan Islam. Tapi yang lebih sedihnya, orang Islam sendiri xsedar and  boleh lagi terkinja-kinja nak ikut budaya barat.


Korang p la Times Square ke  Bukit Bintang ke, tengok la camane dress up budak2 sekarang. Bukan la aku nak kata yang aku ni baik sangat, aku pon kadang2 terlupa gak, tapi aku harap and nasihatkan diri sendiri supaya xjadi camtu. Hu.Hu.Hu
Kita ni sebenarnya dah banyak sangat ikut budaya barat yang memang ntah hape2 je tapi kita rasa itulah yang paling up-to-date. Sapa yang fesyen xala2 Miley Cyrus tuh memang xikut peredaran zaman la kiranya. Kepala hotak! Ingat hebat sangat ke Miley tuh kalau setakat pakai baju xcukup kain yang koyak sana sini. Tapi dia xpela kan. Dah memang sah2 lahir2 mak dia ajar pergi church. Tapi orang islam yang lahir2 dulu bapak korang iqamatkan kat telinga pon nak pakai camtu apa kes? Xsalah nak minat lagu dia or nak ikut perkembangan dia, tapi jangan la jadikan dieorang tuh idola pulak bagi mereka2 yang Islam.Pada aku, xsalah nak nyanyi lagu dia kat bilik air time mandi or nak carik lirik lagu dia pastuh nyanyi sampai hafal, cuma jangan la sampai benda tuh melekakan dan melalaikan kita daripada tanggungjawab kan. Islam xhalang kot if nak berhibur, tapi yang ikut syarat la. Hafal lagu, lagu gak, tapi jangan la sampai surah2 dalam Quran tuh dilupakan. [Ngee~Pesanan untuk diri sendiri juga ye]


Ok2. Aku bukan nak bagi tazkiranh ke hape2,. Xlayak kot, cume ni adalah apa yang aku rasa tentang perkembangan negara dan dunia sekarang dari segi sosialnya. Mengikut sudut kecik pandangan aku la kan. Korang yang baca jangan rase teroffended plak. Ini tidak merujuk kepada sape2 pon ok. Aku taw, aku pon kadang2 buat gak, leka gak ngan benda2 cmni kan, biasalah, setan2 dok pujuk2, aku ni dah la iman xkuat mana, kadang2 tersesat gak, tapi terima kasihlah kat mak ayah aku yang dah bagi aku and akak2 aku asas agama yang cukup. Sekarang ni kena pikir la sendiri mana yang betol and mana yang salah. Susah kan rupanya bila dah baligh and dewasa ni. And bila trend berkadar songsang dengan jalan yang sepatutnya. Aku pon dah tungang terbalik kadang2.He.He.He.Eh2, aku dah DEWASA ke ek? Ikut umur sepatutnya ye la kan, tapi perangai, hmmm. cam hampeh gak kadang2. Orang soh buat keje kat opis, dok melayan fesbuk sampai sembahyang zuhur pon tyme dah nak pukul 4. Nak jadik hape la ni.Ish.Ish.Ish. Mesti ada orang yang rasa cam nak sekeh je kepala aku tyme  ni kan? He.He. Kan aku dah cakap, aku pon manusia biasa gak yang ada fesbuk sampai kadang2 terlupa and leka. Tapi tuh la, aku tulis semua ni untuk nasihatkan diri sendiri gak and sapa2 la yang baca kalu korang rasa nak baca kan. Xnak sudah. I xkesah U. Ngee. (^__^")


Tapikan, sekarang saya dah xada fesbuk ye. Sebab saya dah deactivate account. He.He. Kenapa ntah, rasa serabut ngan benda alah tuh.Masuk hari ni dah semingu hidup aku tanpa fesbuk. Nampaknya xada la mati ke sesak nafas ke walaupun dah seminggu x bukak fesbuk tuh. Maknanya fesbuk memang x berkadar langsung dengan kemandirian spesis mahupun kesihatan dalaman dan luaran seseorang. Jadi, sesiapa yang rasa nak deactivate fesbuk korang tuh xyah la risau korang akan jatuh sakit atau diserang lemah jantung sebab dah xbukak fesbuk. Memang TIDAK ye.


Owh,pasal pengharaman fesbuk sebab fakta yang hasil dari fesbuk ni digunakan dalam dana membantu Israel tuh aku xnak komen apa2. Aku pon xtaw. Xleh nak sokong haram ke x. Pada aku, kalau xada bukti2 kukuh pasal tu and  korang masih boleh kawal diri dan menggunakan fesbuk tuh untuk tujuan kebaikan, Xsalah kot nak berfesbuk, tapi tuh la, jangan la sampai leka kat hal2 yang lain sebab dok sebok melayan komen, bercucuk tanam or memasak dalam fesbuk kan. Ha.Ha.Ha. [sila ingat untuk diri sendiri ye cik eja]


HUh..Ok lah, aku dah agak penat menekan2 papan kekunci ni, kesimpulanya, kita kenalah tahu asal usul jati diri and yang paling penting agama Islam yang kita junjung ni dalam apa2 hal pun. As long as kita berpegang pada Islam, InsyALLAH, kita memang xkan sesat. Kan Rasululah s.a.w dah bagitaw dalam sabda baginda:

“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu semua tidak akan sesat selepasku selagi kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitab Allah(Quran) dan juga Sunnahku"-maksud hadith 


Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri and sapa2 yang baca, mehla kita sama beramal dengan Al-Quran dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dilimpahkan rahmat oleh Allah. insyaALLAH.


Panjang ke karangan saya ini. Mungkin plot xberapa tersusun ye. Harap maaf. Saya dah lupa cara membuat karangan seperti yang diajarkan oleh chegu BM saya dulu, Cikgu Hanizah yang ajar BM ngan komsas BM Dihadapan Pulau.Saya rasa dia xkan taw. Heeeh. Nantilah, ada masa saya study balik cara membuat karangan. (@__*)


p/s: Camne la agaknya budak2 zaman akan datang ek. Risau ngan bakal anak2 daku plak nanti. Hmm, patutla h mak ayah aku selalu dok risau pasal aku kan. Untuk kebaikan. Saya dah FAHAM-



Comel.Dah plan nak masukkan bakal anak2 aku ke pre-school tahfiz. He.He.He. Pembentukkan peta minda untuk perancangan masa depan itu perlu ok?. =')

No comments:

Post a Comment