Monday, May 5, 2014

Sewa Baju Pengantin - SHAH ALAM

Oke ni post straight to the point.

Saya nak menyewakan baju pengantin saya. Sesiapa yang nak kahwin tapi masih blur-blur nak pakai baju kahwin apa, bolehlah singgah sini.

So here is the details apa yang ditawarkan:

1) Baju sanding (lelaki & Perempuan)
  Baju sanding perempuan: 
- Songket putih benang emas dengan manik dan mutiara putih
- bentuk baju kebaya moden (ala -ala baju scha masa resepsi die)
- saiz baju (S-M), ukuran : dada (36cm) pinggang (25cm) pinggul (40cm). Tinggi saya 155 cm. Tapi kain tu hari tu saya lipat sikit, sebab memang minta akak tu buat panjang sikit.
- veil dan tudung disertakan (kalau nak tudung or veil je pun boleh, nak guna tudung or veil sendiri pun boleh). Btw, tudung tu ratu shawl saya beli dekat Qamraa Butik (RM 150 masa tu). Veil pulak tempah sekali kat tukang jahit dengan baju. Veil tu warna whittish gold kot. err. tengoklah gambar kat bawah ni nanti.

Baju sanding lelaki:
- Baju melayu butang depan (ala-ala baju Raihan tu) dengan tampalan lace warna gold di bahu dan di bahagian tindihan luar kat area butang depan tu. (refer gambar)
- Warna whittish cream
- Kain jenis duchess satin (Kat Jakel kain ni RM 30 kot semeter kalau tak silap, sebab masa beli hari tu rasa tu la harga die)
- Saiz XL - XXL. Laki saya ni badan agak besar sikit tapi die tinggi, jadi baju die memang saiz besar. Ukuran badan saya tak pasti la pulak, tapi maybe boleh rujuk gambar la kot untuk menggambarkan saiz laki saya ni. Tinggi laki saya around 165cm
- Aksesori seperti sampin dan tanjak tak disediakan. Actually ada sampin die tu tapi laki saya guna plak pakai hari Jumaat, jadi tak best pulak la nak sewakan.

Owhh ye. Baju sanding ni kedua-duanya dipakai sekali je, masa kiteorang bersanding hari tu. 22 November 2013. Lepas tu hantar dobi dan simpan elok-elok je dalam almari. Jadi memang macam baju baru la. Bau pun wangi je. ;). Jadi sesapa nak sewa, harap sangatt korang jaga baju ni elok-elok. Buatlah macam baju sendiri oke. Jaga dengan penuh kasih sayang. Heee

HARGA SEWA:

Oke. Kalau nak sewa mesti nak tahu harga dia kan? Muraaah je. SERIUS. Sebab saya survey kat butik pengantin, kalau nak sewa baju sahaja pun dah dekat RM 600 - 700. Area Shah Alam ni la.  Jadi kerana memahami dilema bakal-bakal pengantin (sebab saya dulu pun dah rasa keperitan dan susahnya cari baju kahwin) maka saya tawarkan TIGA option untuk sewaan ni.

OPTION 1-
Sewa kedua-dua baju sandng lelaki dan perempuan, termasuk tudung dan veil saya cuma caj RM 400 sahaja.
Deposit sewa RM 50.
Kalau kena pos atau delivery caj extra RM 30 dikenakan. Kalau amek sendiri tak yah la yang tu.
Tempoh sewaan: seminggu (7 Hari)

OPTION 2-
Sewa baju perempuan sahaja termasuk tudung dan veil. RM 350
Kalau tak nak veil atau tudung RM 300
Deposit sewa RM 50.
Kalau kena pos atau delivery caj extra RM 30 dikenakan. Kalau amek sendiri tak yah la yang tu.
Tempoh sewaan: seminggu (7 Hari)

OPTION 3-
Sewa baju lelaki sahaja. Sampin dan aksesori lain tak disediakan. RM 100. Sampin dan aksesori tu korang boleh pinjam kat mak andam je, dorang bole je bagi free selalunya. Tapi kalau tak boleh tu saya tak tahulah, sebab mak andam saya dulu aksesori die tak caj dah. Hehe.
Deposit sewa RM 50.
Kalau kena pos atau delivery caj extra RM 30 dikenakan. Kalau amek sendiri tak yah la yang tu.
Tempoh sewaan: seminggu (7 Hari)

Oke. So now kite tengok gambar lah oke. Senang sikit.

Nak tunjuk kaki kain tu tapi blur puleks. Hee. Tapi kaki kain tu ada lace putih dan beads penuh.

Veil. Veil ni pun penuh beading dekat bahagian tepi dan atas kepala. Sedikit detail dekat bahagian dada.

Tudung (Ratu Shawl warna putih susu) dan veil.

Pandangan belakang.

Detail kaki kain. Tapi blurr jugeks la. Huu.

Detail hujung lengan.
Pandangan depan atas. Nampak tak beads kat bahagian dada tu.

Pandangan depan full. Kenkonon tengah betul-betul kan veil masa ni. ehe.

Gambar masa bersanding. Camtu la rupa penuh baju sanding ni. Tengah tu mak mertua saya. :)

Tampalan bunga lace di bahagian bahu dan bahagian butang depan.

Baju lelaki.

Abaikan muka pengantin comel tu. Ahaha

Masa sesi outdoor. Camtu la rupa full baju lelaki dan perempuan.

 Oke. Itulah dia. Kalau berminat nak sewa bolehlah contact saya melalui:
Email - eshadijah@gmail.com. Letak subject sewa baju kahwin dan nyatakanlah detail perkahwinan.
SMS/ Whatssap - 0127066270.
InsyaAllah, niat saya nak membantu anda-anda semua, bakal-bakal pengantin. Hee. So, Mailah sewa. :).




Monday, April 21, 2014

kemaskini #2

Salam.

Tiba tiba teringat yang aku pernah ada blog ni. Kesian ko blog. Dilupakan. 
Dan tiba tiba rasa nak menaip kat sini. Saja. Nak mencurah rasa hati kononnya. Sebelum tu aku bagi tahu la sikit kemaskini tentang diriku ini. Sebab tajuk letak kemaskini kan, so kemaskini la sikit. Sekarang dah tak single. Dah ada housemate, roommate, soulmate dan mate mate yang lain. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat kahwin dan ada suami yang baik, comel, hemsem dan terima aku seadanya. Alhamdulillah jugak Allah bagi rezeki lagi lepas kahwin, insyaAllah tak lama lagi ada baby comel pulak. Semoga sesape yang terbaca ni doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga kecil aku ni. Semoga yang baik baik jugak untuk korang. Part kerja pulak, dah tukar ke seksyen baru. buat kerja baru, tapi skop besar kerja tu masih same jugak la. Rasanye tu je la update paling besarnye. Yang lain lain Alhamdulillah biasa biasa je rasanya. tak yah la citer kot yang lelain tu. Sekarang ni aku rasa itu je idea aku nak tulis. dah tak ada idea lain nak tulis apa. Tadi kenkononya nak tulis panjang panjang, benda benda bermanfaat, tapi sekarang aku pun tak tahu mana ntah pergi idea aku yang mncurah curah tadi tu. oke la. bai.