Friday, October 22, 2010

L .I.F.E

Life is too short
grudges are waste of perfect happiness
apologize when you should
and let go of what you can't change
love deeply and forgive quickly
take chances, give everything
and take no regrets
Life is too short,
you have to take the good with the bad
smile when you sad
love what you got
and always remember what you had
always forgive but not forget
learn from your mistakes
but never regret
people change and things go wrong
but always remember..
Life goes on...

Friday, October 15, 2010

Ucapan

Entri sebelum pulang.

Dear all,

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin!

Halal makan minum dan semua-semuanya ok!

Love
♥♥♥
Siti Hadijah Bte Hassan~

Tuesday, October 12, 2010

- meditasi -

Nak pergi bertapa. Kat mana tempat best nak bertapa ek? Hu.Hu.Hu.

Baru hari tu (seminggu dua yang lepas) ada someone cakap kat saya. Dia kata hidup kita ni kadang-kadang jadi terbalik. Semalam lain, hari ni dia jadi terbalik pulak. Totally different, yang kita tak terpikir akan jadi. And when that happen, its to test our vulnerability and our inner strength. What should you do is to keep on going on the right path and do things that you feel the right things to do. Never loose hope or give up and slowly things will be on control and hopefully better.

Sangat tak sangka dan tak terfikir pun hari tu masa dia cakap macam tu. Betullah jugak, ada sebabnya kenapa saya jumpa akak tu dalam hidup saya beberapa bulan lepas. Things that happen now makes me rethink on myself. Thanks.

Nak bertapa kat sini ler. Macam seronok je.He.He.He

Monday, October 11, 2010

-Untuk diri sendiri sahaja-

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa - Hadith Sahih (At-Tarmizi)

Bila kita tengah susah, sakit, sedih, marah, dan sebagainya, pernah tak kita fikir yang itu adalah sebab Allah marah dengan kita. Kenapa Allah marah dengan kita? Sebab kita buat dosa and mungkin sebab mak bapak kita tak redha dengan kita. Maybe kita dah buat mak bapak kita rasa susah hati, marah dan sebagainya.

Jadi bila kita rasa susah ( in any sense, any mean) teruji, diuji dan sebagainya, What should we do is berdoa pada Allah, bertaubat. And check balik hubungan kita dengan mak bapak kita macam mana. Mintak maaf kat dieorang walaupun kita rasa kita dah jadi anak yang baik tapi mana la tahu kan kita dah buat dosa dengan mak bapak kita tapi kita  tak sedar and dieorang sakit hati or marah. Sebab bila mak bapak marah kat kita, Allah pun tak redha kat kita. So macam mana nak hidup dan mendapat keberkatan kan. Hu.Hu.Hu.


*Hari ni ada orang yang nasihatkan saya macam ni. Lepas tu tadi saya terus call mak saya, and...........
Mak saya macam tahu-tahu je. Saya selalu kata kat mak saya "Mi, doakan adik tau" everytime saya call. Hari ni saya tak cakap apa lagi pun, mak saya dah kata "Mak selalu doakan anak-anak mak yang baik-baik, yang terbaik. Mak pun hari-hari maafkan adik and semua anak-anak mak walaupun buat dosa yang mak tak tahu. Semua." Ok, sedih. Nak balik rumah sekarang! Hu.Hu.Hu. Selalunya bila saya nak mintak maaf kat mak saya or ayah saya, saya akan cakap selamat hari raya mak, maaf zahir batin. (tak kisah la  time raya ke tak) Pastu baru la bla..bla..bla. Pastu boleh plak gelak-gelak lagi. Ki.Ki.Ki.

Tadi orang tu cakap kat saya jugak yang Allah bagi ujian as kifarah, or penebus dosa-dosa kita sebab Allah maha penyayang. Jadi bila kita diuji, teruji ataupun yang sewaktu dengannya, anggap la itu kifarah untuk dosa-dosa kita.


Lagi satu, hari tu ustaz yang ajar arab tu ada cakap "Kita selalu takut kalau ada ujian. Nak amek ujian nak naik pangkat takut tak lulus, nak ujian percubaan peksa, takut tak dapat jawab, pastu fail exam, nak amek ujian memandu takut jpj garang nanti tak lulus, tapi ujian yang Allah bagi kita tak pulak takut kalau fail. Sedangkan ujian-ujian yang kita takut tu effect dia kat dunia je, boleh repeat plak tu kalau fail. Hmm. A'ah kan, kita selalu nampak benda yang kecik-kecik tu sampai kita  tak nampak yang besar and lagi penting. ~(*___*) ~

Dah. Nak pergi bertenang.


Nak pergi bercuti kat sini la sekarang.Bai!

Saturday, October 2, 2010

=)

Saya suka tengok cerita Phua Chu Kang---------> Yang pakai but kaler kuning and ada taik lalat kat muka dia tu.

Masa tengah tengok ada kakak dan mak saya.

Pastu akak saya kata " Suka sangat tengok cerita tu. Tak ada cerita laen ke?? (Plan nak rampas remot kontrol and alih cerita lain)
Mak saya jawap " Kan pakcik dia tu. Sama dah la tu."

Saya: "Ehhh. Mak tak pernah bagitahu pun dia adek beradek mak..! Ha.Ha.Ha."
Mak: Terdiam jap. Pastu gelak-gelak pergi dapur.
Kakak: "Ngekk.Ha.Ha.Ha." Gelak-gelak jugak pastu masuk bilik.

Saya: Yes! Boleh terus tengok Phua Chu Kang. ( Sambil sorok remot dalam sarung bantal) Ha.Ha.Ha

Justifikasi

Ada orang kata saya suka membebel. Iye ke? Eh? Ok.
Kadang-kadang memang la saya suka membebel, sebab...hmm. Sebab macam best je bila dapat cakap banyak-banyak pastu ada orang yang dengar pastu ikut apa yang kita cakap. Tapi kadang-kadang orang tak ikut pon apa yang aku cakap sebenarnya. Ha.Ha.Ha. Abaikan!

Saya memang suka membebel kot. Tujuan? Motifnya?

Tujuan; Nak memberikan sebab, nak bagi alasan untuk sesuatu perkara, nak menegaskan sesuatu benda, nak melepaskan geram, saja nak cakap banyak dan sebagainya.

Contohnya, bila ada orang tanya saya nak makan kat mana.
A: Nak makan kat mana hari ni?
Saya: Kat mana ek? Nak makan nasi ke fast fud ke laen2 ni? Kalau nak makan nasi, ok gak tapi tak nak makan kat kedai XXX sebab nasi dia sikit, kedai YYY ramai sangat orang, mesti lauk banyak dah tak ada. Kedai nasi ABC tu macam ok gak. So,  kita makan kat situ je lah. Nak? Tapi kalau nak makan fast fud tak nak makan beger, so tak maw a Mekdi. Kalau Kepsi ok la sebab ada nasi.

Hahh. Itulah contohnya yang orang kata saya ni cakap banyak / membebel.

Kalau nak pendekkan memang boleh, dia akan jadi macam ni.

A: Nak makan kat mana hari ni?
Saya: Kedai nasi ABC, Tak pun Kepsi.

Tapi yang panjang-panjang saya cakap tu sebab itu apa yang saya fikir, and nak bagi options kat A tu je. Bukan saja- saja nak cakap banyak-banyak. Saya bagi jawapan dengan sebab-sebab sekali kenapa saya nak and kenapa saya tak nak. Ikut cara-cara nak buat esei ok itu. Ha.Ha.Ha.


Lagi satu, kalau saya rasa tak puas hati ke, geram ke, saya selalunya akan cerita pada orang-orang tertentu yang boleh dipercayai. Kalau bukan benda-benda sulit or P & C la. Saya akan cerita sekali, pastu saya akan kata, ''Ok, dah ok dah sekarang, tak nak pk dah!". Tapi 10-15 minit pastu nanti, saya akan ulang gak lagi and cakap balik macam tu ''Ok, dah ok dah sekarang, tak nak pk dah!". Ha.Ha.Ha. Tak tahulah kenapa kan. Tapi sebenarnya, saya cakap je tak nak pikir, tapi sebenarnya saya masih terpikir, and saya cakap lagi so that saya ingatkan diri saya supaya tak pikir lagi. Kira macam monolog dalaman la. Tapi monolog dalaman tu terkeluar. Bukan ulang 2-3 kali je, tapi kadang-kadang memang banyak kali.Ki.Ki.Ki.


Family saya pun kata saya memang banyak cakap pastu suka membebel sorang-sorang sebab dieorang malas nak dengar dah. Saya yang membebel bila rumah bersepah, bila anak sedara saya mintak lipstik, mak dia akan kata ok, nanti mama belikan, tapi saya akan membebel macam-macam kat budak kecik tu. Haih. Mak saya pun dah tak membebel banyak sangat, saya pulak yang membebel lebih nih. Tak pe, sebenarnya normal je tuh, saya cakap bila saya rasa ok dan perlu je, and dengan orang-orang tertentu je, saya banyak cakap. Heh!

Bila saya senyap, nanti ada je orang tanya, saya ok ke tak? Kenapa senyap je? Bad mud eh? Tapi bila saya banyak cakap, saya kata saya ni pendiam, semua tak nak percaya. Huh. Ha. Ha.Ha.



*Owh, hari ni saya rindu sangat kat mak saya, ayah saya and semualah family saya, anak sedara saya yang dua orang tuh and rindu nak duduk kat rumah. Pastu mak saya kol kejap tadi, saya pun cakap..cakap dan terus cakap dengan mak and  CikNab saya tuh. Macam taw-taw je la mak saya ni, saya rindu ngan dieorang semua. Hu.Hu.Hu.Bila nak dapat dok rumah ni eh? Hmmm~

Dah la. Bai!

Tercari-cari

Kadang-kadang kita rasa susah
Fikir la yang ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
Orang yang makannya tak tentu bila, duduknya entah kat mana.
Budak-budak kecik yang mak bapaknya dah tak ada, hidup sorang-sorang dalam dunia.
Orang Palestin yang negaranya diperangi Israel tak guna, durjana!
Orang yang setiap hari hidup mempertahankan negara dengan nyawanya.
Pernah fikir macam mana susahnya mereka? Pernah ke?
Orang yang cacat anggota, orang yang kurang upaya.
Bolah je hidup macam biasa, macam kita, tak ada pun diorang mengeluh sini, mengeluh sana.
Kita? Baru rasa susah sikit dah macam orang hilang punca.Tak tentu hala. Gila.
Bila kita rasa kita la orang yang paling susah dalam dunia
Cuba la fikir pasal mereka yang lebih payah kesusahannya.
InsyaAllah, Kita akan rasa kuat dan mudah je, sebab susah kita tak adalah sesusah mana.
Jangan nak merungut je, bersyukurnya tak tahu entah bila.
Yang susah itulah nanti yang akan bawak bahagia
Kalau kita tahu itu ujian dari Allah, tuhan yang maha esa.
Jadi, kalau susah sekarang, bersabarlah ye.

********************************************************************************

Jadi jangan ler asyik nak merungut, mengeluh and  mengadu kau susah sini, susah sana, susah situ, sebab aku yang penat, sampai rasa macam susah je nak dengar apa kau cakap tu. Kadang-kadang boleh BOSAN. Faham? Macam la kau ingat tiap-tiap hari aku senang and smooth je. Orang lain pun sama je dengan kau, ada problems+++ jugak tapi tak ada la pulak nak sentiasa mengeluh macam kau. Jadi daripada kau mengeluh susah+penat+payah, baik kau sabar and doa banyak-banyak. Haisss~ Ok dah!


* Entry ini untuk diri sendiri!*

" What u want is not always what u need...God never fails to grant our petitions,so keep on going for Him without doubting or murmuring...TODAY'S THORN IS TOMORROW'S FLOWER ..."