Friday, May 21, 2010

::SELAMAT HARI raya::


Bila Tiba Hari Raya

Semua Insan Bergembira

Tetapi Bagiku Hanya Kesedihan

Yang Menyelubungi Hidup

 
Ayah dan Juga Ibuku

Telah Pergi Selamanya

Terbiarlah aku Ibarat Musafir

Yang Haus Di Padang Pasir

 
Siapakah Yang Sudi

Menghulurkan Simpati

Kepada Nasibku Ini

Agar Dapat Kurasa

Nikmat Di Hari Raya

Seperti Insan Yang Lain

 
ku Meminta dan Berdoa

Kepada Yang Maha Esa

Tabahkan Hati Berilah Pedoman

Cahaya Di Aidil fitri


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Korang Ingat aku dah buang tebiat ke wish Hari Raya hari ni.
X sebenarnya ye rakan2. Tidak. Aku sihat hari ni.Alhamdulillah.
Ye la..kan hari ni hari Jumaat. Hari Jumaat kan adalah hari raya bagi orang islam.
Tp mungkin ramai yang xtahu or xnak ambik tahu..hmm. -No Comment-

Tapi bila tiba je hari Jumaat ni..aku mesti rase gembira je..gembira lain macam.hahaha.
Bukan sebab hari ni jumaat aku yang terakhir (InsyaAllah, semoga aku dipanjangkan umur lagi),
tapi sebab bila Jumaat, esoknya adalah hari Sabtu. Bila hari Sabtu, maknanya, CUTI. Itu yang membuatkan hati aku berbunga riang je.. he.he.he. Biasalahkan bagi mereka2 yang bekerja Isnin-Jumaat, memang akan rasa seronok nak bekerja hari Jumaat ni, sebab kerja pon berapa jam je lah. Cuba bagitau aku sape yang x suka bila sampai hari Jumaat. Sape2 yang x gembira tu mungkin mereka kekurangan hormon endorphin yang mempengaruhi tahap kegembiraan kita. Mungkin dieorang2 ni gembira tahap kanak-kanak yang haus nak minum susu tetapi diberi lolipop. Xsama macam aku yang gembira tahap tinggi sikit sebab plan nak makan sarapan mihun kafe je tapi dapat pulak mee udang free habuan selepas meeting tadi. ngeh.ngeh.ngeh. Memang la aku gembira tahap tinggi kan.

Ok. aku rase aku dah agak merepek. Aku dah tinggalkan hari Jumaat ntah kat mana ntah. Meh2, kita berbalik kembali kepada cerita hari Jumaat aku tadi. Bila hari Jumaat, maka, waktu rehat di pejabat aku ni adalah 2 jam dan 15 minit. ye. Dan kadang2 boleh berlanjutan 2 jam setengah. he.he.he. Biasalah tu. Jadi disebabkan waktu rehat yang tidaklah lama sangat tu, aku selalulah berlegar2 disekitar shopping complex disekitar pejabat aku yang tidaklah perlu dinyatakan dimana kot kan.

Aku expect, sebab hari Jumaat, maka, lelaki2 Islam akan pergi sembahyang Jumaat, maka tiadalah aku akan berjumpa dengan mereka2 ini di shopping complex tersebut, tetapi, eh3, tiba2, aku tetap jumpa jugak mereka2 ini. Kadang2 aku yang xpaham, aku cuba nak tanya kat dioerg agak2 zuhur masuk pukul berapa ekh?? Bukan apa, sebab, aku dengar dah tok imam masjid negeri ni punya suara yang sedap laungkan azan, tapi mereka2 ni selamba je dok melantak lagi, oder makanan, dan dok berlegar2 lagi. Xreti2 ke nak pergi masjid negeri ke masjid mana2 yang cantik2 tu pergi sembahyang Jumaat??? hah?? Hmmm. mungkin mereka2 ni ada alasan2 tersendiri kot. mungkin mereka ada gastirk, jadi wajib jugak makan dulu walaupun khutbah dah nak mula. Ataupun mereka2 ni berlegar2 sebab nak menjaga keselamatan kaum2 wanita awek2 mereka yang sedang membeli belah kat shopping complex tu. Relevan kot alasan ni. Apa2pun, aku bukan la nak mengutuk mereka2 ini, cuma, aku pelik, curious, rasa nak tahu yang membuak2 je. KENAPA?
Ada sape2 nak jawab, angkat tangan. Ok. turun balik, jawab la ikut suka korang. Anda2 pikir la sendiri.
Owh, yang aku nak tahu ni bagi mereka2 yang tidak mempunyai alasan yang kukuh la. Bukan kepada mereka2 yang ada sebab2 tertentu yang xdapat dielakkan. Harap maklum.

Yang penting hari ni. aku tetap nak merayap ke shopping complex berdekatan aku ni. Bagi megisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah. he.he.he

p/s: Nanti aku kira berapa orang yang aku jumpa hari yang xjumpa jalan pergi masjid ye. ngee~

No comments:

Post a Comment