Tuesday, November 23, 2010

Kecik yang lama-lama jadi besar

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Itu peribahasa.
Ada tak peribahasa "Kecil-kecil, lama-lama jadi besar"?? Kalau tak ada, meh saya adakan satu ok. Nak kena patenkan ke?? Ha.Ha.Ha. Tak payahlah. Mengada-ngada betullah cik Senah nih. Tak senonoh tau cik Senah nih. Ha.Ha.Ha. ----> Entah hape-hape mengarut!
Oklah, Nak bagi maksud peribahasa baru tu. Maksudnya ialah:
1) Ada benda kecik yang remeh temeh tapi bila kita tak suka kita akan besar-besarkan. Padahal, tak ada apa pun. Haih!
2) Orang yang dulunya kecik tapi sebab dia makan banyak-banyak-banyak, akhirnya dia jadi besar. Ini maksud secara fizikal.
3) Perkara-perkara kecil yang dipendam dan terus disimpan dalam, lepas tu bila dikumpul jadi banyak dan membuak-buak.

Tapi rasanya maksud yang sesuai untuk peribahasa baru tu (peribahasa ke???) dalam konteks perbincangan ni mungkin yang pertama dan ketiga je kot. Lagipun yang kedua tu, menyentuh aspek fizikal.Sensitif. Ha.Ha.Ha


Sebenarnya saya cuma nak kata, yang bahawasanya, kadang-kadang bila kita dah tak suka, benda-benda remeh pun kita boleh jadikan isu yang besar. Padahal, ala, benda ciput je. Tapi sebab perasaan menguasai diri. Jadi ianya akan nampak besar di bijik mata kita. Jadi bila kita tak suka akan sesuatu, biarkan je lah benda tu dan jangan ambik peduli [untuk benda-benda yang tak bermanfaat la kan, yang elok-elok tu kenalah pedulikan]. ----> Nak praktikkan sekarang lah! Ki.Ki.Ki.

Lagi satu, kalau ada benda-benda yang kita tak suka terjadi, tak payah nak simpan-simpan dalam hati atau pun ingatan. Lupakan je tapi ambil pengajaran daripadanya. Pengalaman jugak tu beb. Lupakan, bukanlah sampai jadi amnesia yang tak ingat terus tuh, cuma lupakan perasaan tak suka tu, supaya ia tidak menjadi isu besar yang akan kita ungkit-ungkitkan nanti. 

Errr. Apa la motif tulisan ni sebenarnya?? Sebenarnya motif tulisan ni cuma nak bagi luahan setelah melihat beberapa kejadian aneh dalam masa 4-5 hari ni. Inilah kesimpulan yang boleh saya buat sebagai iktibar daripada kejadian-kejadian aneh tersebut.

Itu sahaja. Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment