Thursday, November 11, 2010

12.11.10 ---->DuaPuluhDua

.REVOLUSI.

Hish.

Update blog kat office.
Ye, aku sedang menulis melalui medium komputer di meja pejabat ku ini.
Ahaha. Skema dol.

Aku memang ada kerja lain yang boleh nak dibuat sebenarnya, tapi kenapa entah, dok gatal nak tulis kat blog ni plak. Dush3* Dah tumbuk perut sendiri tapi masih belum sedar diri. Ha.Ha.Ha.


Saja nak meluahkan perassan sebelum memasuki umur 22 esok. ----> Nak bagitahu Birthday dia esok la tuh. Huh. Ha.Ha.Ha

Yer. Birthday saya esok bersamaan 12 November 2010. Jadi sila bagi hadiah ok. Hadiah yang gempak-gempak je. Yang biasa-biasa I tak nak ok.*macam mintak kena sepak* Ha.Ha.Ha


Sebenarnya tak ada la excited sangat nak masuk umur 22 nih, tapi agak teruja jugak la sebab birthday kan setahun sekali. Di kalangan kawan-kawan rapat dan yang kat office ni, aku boleh dikira agak paling muda. Bajet hebat la konon kan. Perasan la anda cik Eja. Ha.Ha.Ha 

Antara perkara-perkara yang saya rasa boleh dikira sebagai hadiah birthday saya tahun ni:

- Saya dapat anak sedara baru -->Nur Amani yang sangat la comel itu. *Owh, rindu kamu*
- Saya dah dapat my own car
- Gaji saya masuk malam ni. Jadi saya akan tunggu jam 12 malam ni sebab nak tunggu gaji masuk, bukan tunggu birthday. Ha.Ha.Ha *Apa-apa tak cakap pasal gaji ni kat blog? Ngeee~
- This is the most important thing, Saya masih berpeluang hidup sehingga berumur 22 tahun dengan family yang tersayang, kawan-kawan dan dah mempunyai kerjaya. Jadi sangat bersyukur. Alhamdullillah.
- Rasanya saya dah semakin jumpa apa yang saya cari selama ni. Ngeh.He.He. Apa ekk??


Tapi saya ada banyak lagi benda yang saya nak buat dan capai untuk umur 22 tahun lepas ni. Salah satunya ialah nak sambung belajar. Saya nak belajar dan buat benda yang saya minat dan suka. And of course lah saya nak kahwin dengan lelaki yang beriman, hemsem, kacak, tampan, tinggi, dan sekufu la kan.*Gatal lagi demanding betol la budak nih. Iskk* Ha.Ha.Ha. Itu yang diharapkan la kan, tapi jodoh, kita tak tahu. Dan macam-macam lagilah yang saya nak buat dan capai. Tapi semoga umur 22 menjadikan saya lebih matang, lebih baik dalam semua perkara yang baik-baik, lebih bertambah amalan dan boleh kahwin lepas tu. Ha.Ha.Ha

*Start esok, dah umur 22 tak nak bukak blog time office. He.He.He. Boleh ke ek?? Ha.Ha.Ha ***Maybe boleh dikecualikan masa tengah tak ada kerja yang urgent - macam sekarang. Ngeh.He.He

** 12.11.10, sempat tak nak kawen esok?? (tarikh cantik dah 121110) Ngah.Ha.Ha

No comments:

Post a Comment