Monday, July 26, 2010

Sidang ParLemon Berjadual

Ahli-ahli dewan dipersilakan duduk. Nak terbaring pon ikut suka la ye. Ini adalah aktiviti bebas daripada cengkaman penjajah. Dan penjaja juga dilarang menjaja disini. Kerana sekarang adalah waktu rehat. Ok. Dah! 


Kita mulakan rancangan kita dengan membaca Bismillah dan doa ok. 

Baiklah, anak2. Hari ini topik yang akan dibincangkan adalah...

Jeng
 JJengg
    JJJeng

Patutkah KinderJoy terus dijual dengan harga RM 3.90 sebutir walaupun permainan misteri didalamnya seakan tidak bervariasi???
Xpatut. Ok!. Usul diterima.
Kita hentikan je pengeluaran KinderJoy. Yeayy. xyah aku nak kena beli sebutir untuk CikNab setiap kali pergi kedai. Nice ♥ Ha.Ha.Ha

Ok2, lets continue to the main topic which is = Susah ke tidak bergantung pada nak ke taknak? =

Betul x? Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu, susah ke xsusah ke benda yang kita nak buat tu bergantung kepada kita nak ke xnak sebenarnya buat benda tu. 
Boleh faham?

Camni la kirenye, Contohnya Mutu suruh anak2 dia Amat dan Loli makan nasi + sambal belacan.

Amat memang tengah lapar, dan dah memang plan  nak makan nasi. Dan pula dia memang suka makan sambal belacan cicah Oreo. Tapi, Loli dah kenyang, sebab dia baru habiskan sebalang lolipop pelbagai perisa yang dibeli oleh Mutu untuk stok setahun. Bahkan, Loli memang xsuka sambal belacan mahupu cincaluk.

Jadi, pada Amat benda yang disuruh oleh ayahnya itu sangatlah mudah untuk dilaksanakan. Tapi sebaliknya pada Loli. Mungkin dia rasa makan nasi + sambal belacan tu sama la macam suruh dia pergi baca surat khabar bahasa Azerbaijani sedangkan dia baru belajar baca ABC mengikut sukatan pelajaran silibus baru. Amat rasa senang je nak makan nasi + sambal belacan tu sebab dia memang NAK. Manakala Loli pulak rasa yang benda yang sama yang Amat buat tu iaitu makan nasi + sambal belacan tu sangat lah susah nak dibuat sebab dia XNAK. And bagi orang lain benda tu pon simple je. Pejam mata pon boleh buat, tapi, tetap pada Loli benda tu susah, sebab dia memang XNAK.

Ok? Ha.Ha.Ha. hiperbola x contoh ni. Abaikan je kehiperbolaan nya. Bacalah dengan penuh kemetaforaan mahupun kemelankolikkan ye. Sapa suruh xmaw belajar sastera dulu kecik2. Ha.Ha.Ha. Dushh. Kena belasah dengan cikgu sastera aku je kalau dia tau ni. Weee~

Faham sudahkah?

Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu kita akan rasa benda tu sangat susah bila kita memang xada niat atau kemahuan atau kehendak atau keinginan untuk buat benda tu. Kita x akan ada kesungguhan untuk buat sebab kita xnak buat pun sebenarnya. Pastu bila jadi sesuatu or ada apa2 halangan, kita akan rasa, "owh, this is the sign from god that i shouldn't continue doing this, I should knew it from the beginning." Macam tu kan? Kita akan sentiasa cari alasan untk berhenti, kita akan melengahkan2 buat benda yang sebenarnya xperlu nak dilengah2kan and kita akan salahkan orang lain kenapa kita xboleh nak buat benda tu. Tapi sebenarnya, semua masalah tu datang dari diri kita sendiri. Dari attitude kita yang xberapa betul. Tapi kita x akan sedar sebab kita cuma nampak, fikir and rasa yang semua tu adalah salah orang lain, benda lain, tempat dan keadaan. Boleh ke macam tu? Sebenarnya kita xnampak yang kita sendiri x ada kesungguhan, keinginan untuk buat benda tu. kita memang XNAK. Sebab tu kita xboleh buat, sebab tu kita rasa ada je masalah.

On the other hand, kalau kita memang dah berniat untuk buat sesuatu tu, berkehendak, berkemahuan, berkeinginan, benda yang orang lain kata susah and mustahil pun kita akan rasa senang je. Sebabnya kita memang nak buat benda tu. Bila kita memang nak buat sesuatu tu, apa2 cabaran, halangan, susah cam mana pun kita still akan rasa seronok buat benda tu, and rasa semua halangan menyebabkan kita jadi lebih bersemangat nak habiskan apa yang kita nak buat tu. Kita xakan fikir yang semua kesusahan tu adalah petanda supaya kita xbuat benda tu or supaya kita stop buat benda tu. Sebab kita memang NAK buat, NAK siapkan, NAK. 

Attitude make difference in the way we think. Either positive or negative thoughts that we have, produced different result on things that we work on.

Anyway, yang kat atas2 tu teraplikasi untuk benda2 yang tidak menyalahi hukum syarak, mahupun undang2 negara, mahupun hukum karma manusia. Maknenya, xbley la ianya diaplikasikan oleh seorang perompak yang nak merompak bank atau pun perogol bersiri. XBOLEH. Itu xtermasuk ok. Itu dah sah2 salah and xpayah la nak dibuat ataupun difikirkan untuk dibuat. XPAYAH. Ok?


= Sila pentingkan diri sendiri dan salahkan orang lain kalau anda buat silap, jangan mengaku, xpayah minta maaf =

Ini adalah perkara yang saya belajar setiap hari. Ada je orang yang ajar saya buat benda ni. Bagus kan. Seronok! Huh.

Pentingkan diri sendiri tu perlu, tapi jangan la sampai xpeduli pasal orang lain langsung, And jangan la xpentingkan diri sendiri sampai diri sendiri pon tertunggang-langgang, terbalik, tergolek sebab nak jaga kepentingan orang lain, sebab nak mementingkan orang lain.

Tapi kalau buat salah, jangan la salahkan orang lain. Xbaik ok. Mengaku je bukan luak apa pun. Minta maaf je la. Susah ke? Hu.Hu.Hu.

***Ha.Ha.Ha. Ntah apa2 je la aku dok membebel tu kan. =) Abaikan je la ek. Tengah pening memikirkan masalah dunia ni. Hiyahh. Xmaw pening2.***


Samy Velu ni pon nak dok pening gak ke? aiyark. Apa la dia buat kat sini.

*Makin pening. Pengsan

5 comments:

  1. hoi..ko ngah pening ke time mengarang nih,,,/..hahaa

    ReplyDelete
  2. ye. haha. so ko baca pon dapat merasai kepeningannye kan? haha. hebat.

    ReplyDelete
  3. salam..


    point ni yang duk fikir sekarang...

    bila cek balik, attitude maybe gak...
    minat memang ada je, tapi banyak mende lain kena buat gak menyebabkan hilang semangat dah untuk minat tu..

    ditambah pula dengan tohmahan2 dan sangkaan2 yang menyebabkan kita jadi jatuh semangat dah takde keyakinan, maka minat itu makin pudar..

    minat tetap ada, tapi sudah bercabang2 kepada hal lain gak...

    kecualilah ada 7-8 tangan untuk buat semua mende dalam masa yang singkat, dalam masa yang sama otak tak perlu tensen dan badan tak perlu rehat, maka mungkin leh uruskan semua mende..

    kadang2 kena korbankan kebolehan kita walaupun kita betul2 minat kat situ, since there's no other options..maybe ada, tapi 10%

    penin2...leceh kan bila masalah banyak...kui3..

    wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam

    Ouuwh
    En QZ
    Attitude maybe 40%-50% kot. Sebab selalunya kita akan bertindak ikut situasi and kesesuaian. Attitude tu either positive or negative, as for me la sebab dia influence cara kita tengok sesuatu tu, our prespektif, our judgement. Sebab kita hidup pun bukan atas dasar attitude semata2, for me kena ada 2-2 positif n negatif for balance. Ada benda yang kita boleh fikir positif n ada benda yang x. Tapi bila kita tengok somethnig in a positve way, we will think posive, act positive, wise and accept whtever comes as the result positively. Even benda yang kita nak buat tu kita xminat. Langsung. Tapi sebab kepositifan yg ada utk melihat benda tu, still gak kita akan boleh buat.

    And minat ngan tanggungjawab tu xsama kot. Tanggungjawab = amanah. So, kalau dah benda tu tanggungjawab kita, xminat/xsuka pon we still need to hv a positive attitude in doing it. Full heartedly. And kena ada priority. Walaupun ada saaaangat bnyk benda yg kita kena buat, minat tanggungjawab and etc etc etc kena la susun ikut turutan Which shud come first. Tanggungjawab yg memang wajib kat Allah, diri sendiri, family, kawan2 and masyarakat. It shud come in order as for me. Do first thing first. Boleh sebenarnya nak buat semua benda bnyk2 dalam satu masa, tapi ikut propotion yg betul. Ikut priority, mane yg penting, kena dapat peruntukan masa and fokus yg lebih sikit. Priority kt diri sndri, family and masyarakat tu maybe boleh berubah ikut la keadaan dan tempat dan masa kan.

    Tapi tu la kan, kadang2 kita rasa dah buat sungguh2, betul2, benar2, rajin2, kuat2, tapi stil gak xberjaya2, pastu kena condemn and rasa dah xlalu nak buat benda tu lagi, tapi, masih jugak kita perlu/harus/mesti buat sebab xboleh putus asa. Cuma kalau dah memang kita dah buat sungguh2, cuba segala method penyelesaian yg ada,dah doa bnyk2, still gak xberjaya, then its ok to let go n will be no regret sebab we’ve tried the very best.

    Nak tggu ad 7-8 tangan, nak xyah rehat, xyah tido memang XKAN dapat la. Even ada 2 tangan je, kena tido at least 4 jam sehari, rehat bila penat, still kita boleh settlekan semua tu, walaupun bukan semua sekali, dalam satu masa. sebab semua tu Allah bg dalam lingkungan kemampuan kita yg bertangan 2, perlu tido n rehat.Kan? Ngee~

    Masalah memang ad je bersepah2, merata2. So, kena la gak ada masalah. Contohnye masalah yg sedang anda hadapi membaca komen ini yg ntah ap2 ni kan. Ha.Ha.

    Wahhh. TERRRpanjang plak komen or bnda yg nmpk macam membebel ntah hape2 ni kan. Sorry la yerp. Its only my little point of view. Haaa. Ok2. Will STOP!
    Nway, when there is a will, there will always way/s.

    Sorry, thank u and best wishes~
    Dussshh~

    ReplyDelete
  5. salam respon..

    ha, yang part amanah tu la jadi ralat...bila masing2 lari dari laksanakan amanah sendiri, tu lari balance kepada orang lain...contoh mudah:

    seorang tender syarikat telah menutup satu ruang gerai makan seorang tauke. Hal ni menyebabkan periuk nasi tauke terjejas. oleh kerana tensen, tauke kedai terus melupakan kebajikan anak2 buah dia, dan anak2 buah dia kena push keje OT sampai lewat malam. Bila jadi camtu, anak2 kepada anak buah tu turut menjadi mangsa, kerana anak2 kepada anak buah tu mungkin tak cukup makan, tak cukup nafkah etc kerana anak buah itu telah dicuaikan oleh tauke. Bila jadi camtu, anak2 kepada anak buah yang ramai telah buat mende2 leceh kerana anak buah takde kesempatan melihat perkembangan anaknya.

    ataupun
    konsep central dogma genetik, template DNA takde masalah, tetapi bila masuk part splicing, ada satu enzim entah apa nama dia telah silap potong RNA tu. Bila jadi camtu, nanti transcribe kepada DNA pun silap, akhirnya menghasilkan protein yang mungkin ada mutasi silent/major, ataupun, in worst case, protein langsung tak terhasil.

    Untuk konsep tauke tadi, orang hanya melihat kesan yang berlaku, tapi orang tak sedar masalah utamanya adalah dari perubahan tender yang menyebabkan tauke hilang arah, yang akhirnya anak2 kepada anak buah tauke gak merana.

    Konsep DNA tadi lak, orang hanya maki protein yang cacat, orang marahkan ribosom tak buat protin bagus2, sedangkan orang tak sedar bahawa masalah sebenarnya ialah di peringkat awal2 proses, iaitu masa splicing.

    Konsep amanah tu dah betul. Tapi apabila ada orang slack dalam handle amanah, telah menarik orang lain untuk handle banyak amanah 'major' dalam masa yang singkat, leceh gak camtu kan..

    Lagi kesian, orang yang handle amanah 'major' ni masih ada yang goyang kaki, hanya mengarah dan kritik orang yang dah exhausted, dalam masa yang sama takde sokongan moral malahan hanya menambahkan penderitaan orang kronik itu.

    Hahaha..paham ke teori ni? Buat2 ja paham..

    Konklusinya, jangan kita jadi salah sorang yang mengganggu 'rantai amanah' ni, kelak akan ada orang yang terbeban teruk dek kezaliman kita sendiri..

    Apa2 pun, semua ni ujian dari Dia gak..

    Wow..leh masuk blog ni..ada isi dah..yes!

    Wassalam

    ReplyDelete