Wednesday, July 28, 2010

Dah Lama...

Ok. Waktu sekarang menunjukkan jam 1:06 am. Wahh. Saya tidak boleh tidur sekarang walaupun sepatutnya saya dah tido dengan bermimpi indah dan lena. Tapi, TIDAK. Tidurku sudah terdelay. Ini mesti sebab minum Nescafu dengan penuh berjaya tadi. En. Caffeine masih menemani sisa-sisa malam gelapku. Terima kasihlah En.Caffeine ye. Hu.Hu.Hu.

Tetiba teringat.
Eh. Dah lama kan...
Dah lama rupanya sejak aku abes belajar kat pra-sekolah
Dah lama rupanya sejak kali terakhir aku pakai uniform sekolah rendah yang skirt warna biru gelap tu
Dah lama tak jumpa dengan kawan2 masa pra-sekolah, kawan2 sekolah rendah
Dah lama jugak aku tak kayuh basikal pergi sekolah agama petang.
Dah lama xbeli jeruk and jajan kat kedai depan sekolah agama tu.
Dan dah lama xmakan mee siput dengan sambal tumis yang pedas lagi sedap buatan makcik kantin sekolah agama tu!! Heee. Mee siput+sambal tumis ni sangat femes waktu itu dan of kos makanan feveret aku dan rakan2 dulu2.

Dah 6 tahun rupenya aku dah abes sekolah menengah.
Dah xnaik bas sekolah pagi2 yang aku selalu tertinggal tu.
Dah xpakai uniform pustakawan. Wahh. Lame rupanya.

Dah lama xdengar berita cikgu2 sekolah dulu, 

Cikgu Norzila, cikgu pra-sekolah yang mula2 ajar aku baca ABC, ajar aku tengok jam, ajar aku tulis huruf a kecik pastu ada ekor sikit kat belakang, ajar aku kaler cantik sampai dapat 3 bintang, dan ajar aku macam2 lagi. Ouh. Kat mane ntah cikgu tu sekarang. Terima kasih ye cikgu, sebab cikgu ajar saya macam2 dulu. Hari ni baru saya dapat digest semua tu. Lama kan? Hu.Hu.Hu. Dan sorang lagi co-cikgu kat pra sekolah tu. Kak Ween. Akak pembantu kat situ. Kiteorang pernah nyanyikan lagu bertemu dan berpisah kat Kak Ween ni sambil teresak2 masa dia nak pindah. Ntah apa la khabar dia sekarang. Heee~

Cikgu Muisah, yang sangat2 supportive. Aku suka sangat cikgu ni, Cikgu kelas aku sejak darjah 1 sampai darjah 3. Walaupun aku pindah sekolah, tapi cikgu Muisah still bagi semangat kat aku. Cikgu ni belikan aku buku kerja darjah 4, masa aku mula2 masuk darjah 5, Dia kata dia belikan buku tu so that aku boleh study kat rumah. Masa tu aku baru nak belajar sains selepas tiba2 masuk darjah 5 dan aku sekelas dengan budak2 kelas yg dah terer sains darjah 5. Cikgu Muisah, saya rindu kat cikgu!

Cikgu Latiff yang ajar matematik, walaupun time tu aku sangat lemah matematik. Darab pecahan pon tunggang langgang. Ha.Ha.Ha. Tapi dulu aku xgemar sangat cikgu ni sebab dia penah kondem aku bila aku xdapat A matematik. Kih.Kih.Kih. Tapi Sekarang ok dah just math is seriously not my passion.

Ustaz ngan ustazah sekolah agama. Cikgu Mahmud yang hensem tapi garang sikit2, Cikgu Halimah yang ajar Faraid yang aku sangat suke, Cikgu Mukinah dan lain2.

Cikgu sekolah menengah lagi la ramai, xmasuk lagi cikgu2 praktikal yang mude2 and hemsem2. Ha.Ha.Ha.
Tapi baru2 ni dapat tahu yang kaunselor aku mase sekolah dulu dah meninggal. Cikgu Ahmad Izir. Dia sangat best dan rapat ngan aku and kawan2 aku. Sedih sangat sebab baru plan nak pergi umah dia raya nanti. Tapi xsempat. Dapat sedekahkan Fatihah je. Semoga dia selamat di kubur dan di akhirat. Hu.Hu.Hu

Banyak lagi cikgu2 aku sekolah dulu. Terima Kasih sangat3 cikgu saya semua ya. If only thanks is enough for all yours uncounted deed~

Xmasuk lagi lecturer2 matrik + lecturer2 universiti. Panjang la plak list nanti.
Tapi mereka2 ni dah sangat banyak berjasa sampai lah aku jadi apa hari ni.
Tetibe nak baca sajak Usman Awang (Guru o Guru). Bacalah senndiri. Ha.Ha.Ha

Dah lama gak abes zaman universiti, zaman buat aktiviti menggila, gila2 dan sebagainya. . Ishhh banyak sungguh. Kionsom, Pantai Tanjung Aru, 1Borneo, KK, Pasar Filipin, Kudat, Labuan, dalam bilik, bilik tutor, lab dan serata alam.

Dan rupa2nya pada saat ni dah 21 tahun 8 bulan 20 hari aku hidup atas bumi ni bersamaan 190200 jam atau juga 11412000 minit bererti 684720000 saat. Kalau ikut kitar hidup berudu mungkin dah sampai keturunan ke 70. Iya ke? Tak tahu.

Lama dah tu. Ntah dah berapa juta kali mata berkelip, mulut bernafas. Tak sempat nak kira. Tapi, apa yang aku dah buat ek untuk masa yang selama tu???

Nanti aku pikir...

Hmm...


No comments:

Post a Comment