Monday, October 11, 2010

-Untuk diri sendiri sahaja-

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa - Hadith Sahih (At-Tarmizi)

Bila kita tengah susah, sakit, sedih, marah, dan sebagainya, pernah tak kita fikir yang itu adalah sebab Allah marah dengan kita. Kenapa Allah marah dengan kita? Sebab kita buat dosa and mungkin sebab mak bapak kita tak redha dengan kita. Maybe kita dah buat mak bapak kita rasa susah hati, marah dan sebagainya.

Jadi bila kita rasa susah ( in any sense, any mean) teruji, diuji dan sebagainya, What should we do is berdoa pada Allah, bertaubat. And check balik hubungan kita dengan mak bapak kita macam mana. Mintak maaf kat dieorang walaupun kita rasa kita dah jadi anak yang baik tapi mana la tahu kan kita dah buat dosa dengan mak bapak kita tapi kita  tak sedar and dieorang sakit hati or marah. Sebab bila mak bapak marah kat kita, Allah pun tak redha kat kita. So macam mana nak hidup dan mendapat keberkatan kan. Hu.Hu.Hu.


*Hari ni ada orang yang nasihatkan saya macam ni. Lepas tu tadi saya terus call mak saya, and...........
Mak saya macam tahu-tahu je. Saya selalu kata kat mak saya "Mi, doakan adik tau" everytime saya call. Hari ni saya tak cakap apa lagi pun, mak saya dah kata "Mak selalu doakan anak-anak mak yang baik-baik, yang terbaik. Mak pun hari-hari maafkan adik and semua anak-anak mak walaupun buat dosa yang mak tak tahu. Semua." Ok, sedih. Nak balik rumah sekarang! Hu.Hu.Hu. Selalunya bila saya nak mintak maaf kat mak saya or ayah saya, saya akan cakap selamat hari raya mak, maaf zahir batin. (tak kisah la  time raya ke tak) Pastu baru la bla..bla..bla. Pastu boleh plak gelak-gelak lagi. Ki.Ki.Ki.

Tadi orang tu cakap kat saya jugak yang Allah bagi ujian as kifarah, or penebus dosa-dosa kita sebab Allah maha penyayang. Jadi bila kita diuji, teruji ataupun yang sewaktu dengannya, anggap la itu kifarah untuk dosa-dosa kita.


Lagi satu, hari tu ustaz yang ajar arab tu ada cakap "Kita selalu takut kalau ada ujian. Nak amek ujian nak naik pangkat takut tak lulus, nak ujian percubaan peksa, takut tak dapat jawab, pastu fail exam, nak amek ujian memandu takut jpj garang nanti tak lulus, tapi ujian yang Allah bagi kita tak pulak takut kalau fail. Sedangkan ujian-ujian yang kita takut tu effect dia kat dunia je, boleh repeat plak tu kalau fail. Hmm. A'ah kan, kita selalu nampak benda yang kecik-kecik tu sampai kita  tak nampak yang besar and lagi penting. ~(*___*) ~

Dah. Nak pergi bertenang.


Nak pergi bercuti kat sini la sekarang.Bai!

No comments:

Post a Comment