Tuesday, June 11, 2013

Kemaskini


Dah cukup setahun lebih tak menulis kat sini. Dulu-dulu rajin jugak aku melayan blog yang tak seberapa ni, tapi lama-lama rasa macam aku ni tak ada bakat nak menulis. Jadi dengan rendah hati, saya mengundurkanlah diri dari arena ini. Hahaha. Sebenarnya sekrang pun aku masih tak ada bakat menulis rasanya. Setakat nak tulis yang entah-apa-apa-mengarut tu bolehlah kot. Tapi nak jadi penulis novel, owh, mungkin bukan takdirku ke arah itu. Haha. Jadi sempena comeback aku ni, biar aku kemaskini perkembangan terbaru aku. Baaaaaanyaaakkklah sangat yang dah jadi, berubah dan berkembang sejak setahun lebih yang lepas. Tapi aku kemaskini ala-ala kadar je la rasanya, sebab aku malas nak pikir in detail apa yang terjadi sebab nanti aku terberangan melayan emosi pulak. Jadi aku rumuskan dalam bentuk tanda peluru dibawah (bullet point). Macam harem pulak buat direct translation (bullet point – Tanda peluru)

  • Status - Aku dah tak bergelar wanita single. Status aku dah naik taraf sikit kepada tunangan orang. Ye. Saya dah bertunang kepada seorang lelaki yang saya berdoa semoga dia adalah yang terbaik untuk saya. InsyaAllah, tunang saya dan saya bercadang untuk bernikah pada hujung tahun ini. Semoga segala urusan kami dipermudahkan.
  • Kerja – Masih bekerja di tempat lama. Di Shah Alam Bandar sejahtera ini.
  • Status mengundi – telah berjaya mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke 13 yang lepas.
  • Pendapatan – sedang berusaha meningkatkan pencapaian diri dan pendapatan. Saya sedang mencuba mengusahakan perniagaan kain English cotton.  Sesiapa nak beli sila beli dengan saya ye.

Itu je kot. Yang lain-lain perkembangan yang detail tu biarlah aku simpan dalam hati. Malaslah nak tulis panjang-panjang ni, sebab bukan ada orang nak tahu pun. Hahaha. 

1 comment:

  1. Casino Slot Machines - MapYRO
    View 서산 출장마사지 real-time driving directions to Casino Slot Machines, 1017 Canal 김천 출장마사지 Street, Hanover, based on 진주 출장샵 live traffic updates 과천 출장샵 and road conditions – 충청남도 출장샵 from

    ReplyDelete