Wednesday, June 30, 2010

KOMSAS SEHIJAU WARNA DAUN

Aku telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta puisi bagi mengisi slot Puisi Pendek untuk buku teks sastera Sehijau Warna Daun terbitan  semula 2011.

Wow. What an acknowledgement to me (Cam xbetul je bunyi ayat ni. Abaikan.)

Ok. Jadi ini adalah hasilnya.

BICARA ALAM ©™

Cicip burung pagi itu
Berbunyi riang
Desah angin tika itu
Menderu girang
Seakan cuba memberitahu seluruh makhluk tuhan
Telah muncul hari baru

Gelap malam beransur pergi
Matahari keluar dari takuknya
Menerjah alam dengan segenap cahaya silaunya
Seolah berkata
Bangunlah seluruh pendiam bumi
Dongakkan kepalamu
Lajukan langkahmu
Mulakan hari ini
Dengan alam mengiringmu

© shadijah 2010
Tulisan ini telah di Copyrightkan dan digazetkan dibawah akta hidupan eksotik liar 1911. Aktiviti plagiat dan yang lebih kurang dengannya adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran bertulis surat cinta tidak rasmi daripada penerbit

Nantikan kemunculannya dalam buku teks KOMSAS Sehijau Warna Daun anda di pasaran dan di Koperasi sekolah2 memandu terpilih.
Jangan lupa dapatkan SEGERA!!!!!!!

(^______*)

Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha

3 comments: