I search for you in my every view, but still i couldn't find you. (T_T)"
Showing posts with label beremosi. Show all posts
Showing posts with label beremosi. Show all posts
Sunday, September 25, 2011
Wednesday, March 23, 2011
GERAM!!!!
Kenapa la ada makhluk yang tak paham bahasa atas muka bumi nih ek. Dan kenapa la aku kena jumpa dengan makhluk sebegini rupa. Haihhh. Hmm. Tapi nak buat macam mana, jodoh pertemuan Allah yang dah tentukan, jadi mesti ada sebab hikmah yang kita tak tahu. Ok. Fiuuh~
Pernah tak jumpa dengan orang yang sangat menjengkelkan. Annoying. SANGAT!. Sampai dengar suara dia gelak-gelak pun rasa macam nak buang dia dalam tong sampah dan lupuskan terus. Pernah?? Sebabnya, saya berhadapan dengan dugaan sebegini.
Tak tahan la camni. Serius rasa sangat geram. Dah tahu aku tak suka kat ko tu, jangan la nak buat muka tak tahu malu ko tu menempek kat depan mata aku. PAHAM TAK???! Blah la. Blah terus. Berambus. Boleh??!! Aku dah cakap, aku tak suka kat kau, aku tak nak. Tak paham bahasa manusia ke hape yang ko dok tak tahu malu nak menyemak depan bijik mata aku ni?? Tolonglah berambus terus. Tolonglah. Jangan sampai lepas nih aku siram ko dengan nescafe panas yang aku tengah buat nih. **Kalau la boleh buat macam ni betul-betul.**
Semoga saya masih waras dan bersabar. Amin~
Semoga saya masih waras dan bersabar. Amin~
Tuesday, November 23, 2010
Kecik yang lama-lama jadi besar
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Itu peribahasa.
Ada tak peribahasa "Kecil-kecil, lama-lama jadi besar"?? Kalau tak ada, meh saya adakan satu ok. Nak kena patenkan ke?? Ha.Ha.Ha. Tak payahlah. Mengada-ngada betullah cik Senah nih. Tak senonoh tau cik Senah nih. Ha.Ha.Ha. ----> Entah hape-hape mengarut!
Oklah, Nak bagi maksud peribahasa baru tu. Maksudnya ialah:
1) Ada benda kecik yang remeh temeh tapi bila kita tak suka kita akan besar-besarkan. Padahal, tak ada apa pun. Haih!
2) Orang yang dulunya kecik tapi sebab dia makan banyak-banyak-banyak, akhirnya dia jadi besar. Ini maksud secara fizikal.
3) Perkara-perkara kecil yang dipendam dan terus disimpan dalam, lepas tu bila dikumpul jadi banyak dan membuak-buak.
Tapi rasanya maksud yang sesuai untuk peribahasa baru tu (peribahasa ke???) dalam konteks perbincangan ni mungkin yang pertama dan ketiga je kot. Lagipun yang kedua tu, menyentuh aspek fizikal.Sensitif. Ha.Ha.Ha
Sebenarnya saya cuma nak kata, yang bahawasanya, kadang-kadang bila kita dah tak suka, benda-benda remeh pun kita boleh jadikan isu yang besar. Padahal, ala, benda ciput je. Tapi sebab perasaan menguasai diri. Jadi ianya akan nampak besar di bijik mata kita. Jadi bila kita tak suka akan sesuatu, biarkan je lah benda tu dan jangan ambik peduli [untuk benda-benda yang tak bermanfaat la kan, yang elok-elok tu kenalah pedulikan]. ----> Nak praktikkan sekarang lah! Ki.Ki.Ki.
Lagi satu, kalau ada benda-benda yang kita tak suka terjadi, tak payah nak simpan-simpan dalam hati atau pun ingatan. Lupakan je tapi ambil pengajaran daripadanya. Pengalaman jugak tu beb. Lupakan, bukanlah sampai jadi amnesia yang tak ingat terus tuh, cuma lupakan perasaan tak suka tu, supaya ia tidak menjadi isu besar yang akan kita ungkit-ungkitkan nanti.
Errr. Apa la motif tulisan ni sebenarnya?? Sebenarnya motif tulisan ni cuma nak bagi luahan setelah melihat beberapa kejadian aneh dalam masa 4-5 hari ni. Inilah kesimpulan yang boleh saya buat sebagai iktibar daripada kejadian-kejadian aneh tersebut.
Itu sahaja. Terima Kasih!
Saturday, October 2, 2010
Tercari-cari
Kadang-kadang kita rasa susah
Fikir la yang ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
Orang yang makannya tak tentu bila, duduknya entah kat mana.
Budak-budak kecik yang mak bapaknya dah tak ada, hidup sorang-sorang dalam dunia.
Orang Palestin yang negaranya diperangi Israel tak guna, durjana!
Orang yang setiap hari hidup mempertahankan negara dengan nyawanya.
Pernah fikir macam mana susahnya mereka? Pernah ke?
Orang yang cacat anggota, orang yang kurang upaya.
Bolah je hidup macam biasa, macam kita, tak ada pun diorang mengeluh sini, mengeluh sana.
Kita? Baru rasa susah sikit dah macam orang hilang punca.Tak tentu hala. Gila.
Bila kita rasa kita la orang yang paling susah dalam dunia
Cuba la fikir pasal mereka yang lebih payah kesusahannya.
InsyaAllah, Kita akan rasa kuat dan mudah je, sebab susah kita tak adalah sesusah mana.
Jangan nak merungut je, bersyukurnya tak tahu entah bila.
Yang susah itulah nanti yang akan bawak bahagia
Kalau kita tahu itu ujian dari Allah, tuhan yang maha esa.
Jadi, kalau susah sekarang, bersabarlah ye.
* Entry ini untuk diri sendiri!*
Fikir la yang ada orang lain yang lebih susah daripada kita.
Orang yang makannya tak tentu bila, duduknya entah kat mana.
Budak-budak kecik yang mak bapaknya dah tak ada, hidup sorang-sorang dalam dunia.
Orang Palestin yang negaranya diperangi Israel tak guna, durjana!
Orang yang setiap hari hidup mempertahankan negara dengan nyawanya.
Pernah fikir macam mana susahnya mereka? Pernah ke?
Orang yang cacat anggota, orang yang kurang upaya.
Bolah je hidup macam biasa, macam kita, tak ada pun diorang mengeluh sini, mengeluh sana.
Kita? Baru rasa susah sikit dah macam orang hilang punca.Tak tentu hala. Gila.
Bila kita rasa kita la orang yang paling susah dalam dunia
Cuba la fikir pasal mereka yang lebih payah kesusahannya.
InsyaAllah, Kita akan rasa kuat dan mudah je, sebab susah kita tak adalah sesusah mana.
Jangan nak merungut je, bersyukurnya tak tahu entah bila.
Yang susah itulah nanti yang akan bawak bahagia
Kalau kita tahu itu ujian dari Allah, tuhan yang maha esa.
Jadi, kalau susah sekarang, bersabarlah ye.
********************************************************************************
Jadi jangan ler asyik nak merungut, mengeluh and mengadu kau susah sini, susah sana, susah situ, sebab aku yang penat, sampai rasa macam susah je nak dengar apa kau cakap tu. Kadang-kadang boleh BOSAN. Faham? Macam la kau ingat tiap-tiap hari aku senang and smooth je. Orang lain pun sama je dengan kau, ada problems+++ jugak tapi tak ada la pulak nak sentiasa mengeluh macam kau. Jadi daripada kau mengeluh susah+penat+payah, baik kau sabar and doa banyak-banyak. Haisss~ Ok dah!
* Entry ini untuk diri sendiri!*
" What u want is not always what u need...God never fails to grant our petitions,so keep on going for Him without doubting or murmuring...TODAY'S THORN IS TOMORROW'S FLOWER ..."
Monday, July 26, 2010
Sidang ParLemon Berjadual
Ahli-ahli dewan dipersilakan duduk. Nak terbaring pon ikut suka la ye. Ini adalah aktiviti bebas daripada cengkaman penjajah. Dan penjaja juga dilarang menjaja disini. Kerana sekarang adalah waktu rehat. Ok. Dah!
Kita mulakan rancangan kita dengan membaca Bismillah dan doa ok.
Baiklah, anak2. Hari ini topik yang akan dibincangkan adalah...
Jeng
JJengg
JJJeng
Patutkah KinderJoy terus dijual dengan harga RM 3.90 sebutir walaupun permainan misteri didalamnya seakan tidak bervariasi???
Xpatut. Ok!. Usul diterima.
Kita hentikan je pengeluaran KinderJoy. Yeayy. xyah aku nak kena beli sebutir untuk CikNab setiap kali pergi kedai. Nice ♥ Ha.Ha.Ha
Kita hentikan je pengeluaran KinderJoy. Yeayy. xyah aku nak kena beli sebutir untuk CikNab setiap kali pergi kedai. Nice ♥ Ha.Ha.Ha
Ok2, lets continue to the main topic which is = Susah ke tidak bergantung pada nak ke taknak? =
Betul x? Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu, susah ke xsusah ke benda yang kita nak buat tu bergantung kepada kita nak ke xnak sebenarnya buat benda tu.
Boleh faham?
Camni la kirenye, Contohnya Mutu suruh anak2 dia Amat dan Loli makan nasi + sambal belacan.
Amat memang tengah lapar, dan dah memang plan nak makan nasi. Dan pula dia memang suka makan sambal belacan cicah Oreo. Tapi, Loli dah kenyang, sebab dia baru habiskan sebalang lolipop pelbagai perisa yang dibeli oleh Mutu untuk stok setahun. Bahkan, Loli memang xsuka sambal belacan mahupu cincaluk.
Jadi, pada Amat benda yang disuruh oleh ayahnya itu sangatlah mudah untuk dilaksanakan. Tapi sebaliknya pada Loli. Mungkin dia rasa makan nasi + sambal belacan tu sama la macam suruh dia pergi baca surat khabar bahasa Azerbaijani sedangkan dia baru belajar baca ABC mengikut sukatan pelajaran silibus baru. Amat rasa senang je nak makan nasi + sambal belacan tu sebab dia memang NAK. Manakala Loli pulak rasa yang benda yang sama yang Amat buat tu iaitu makan nasi + sambal belacan tu sangat lah susah nak dibuat sebab dia XNAK. And bagi orang lain benda tu pon simple je. Pejam mata pon boleh buat, tapi, tetap pada Loli benda tu susah, sebab dia memang XNAK.
Ok? Ha.Ha.Ha. hiperbola x contoh ni. Abaikan je kehiperbolaan nya. Bacalah dengan penuh kemetaforaan mahupun kemelankolikkan ye. Sapa suruh xmaw belajar sastera dulu kecik2. Ha.Ha.Ha. Dushh. Kena belasah dengan cikgu sastera aku je kalau dia tau ni. Weee~
Faham sudahkah?
Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu kita akan rasa benda tu sangat susah bila kita memang xada niat atau kemahuan atau kehendak atau keinginan untuk buat benda tu. Kita x akan ada kesungguhan untuk buat sebab kita xnak buat pun sebenarnya. Pastu bila jadi sesuatu or ada apa2 halangan, kita akan rasa, "owh, this is the sign from god that i shouldn't continue doing this, I should knew it from the beginning." Macam tu kan? Kita akan sentiasa cari alasan untk berhenti, kita akan melengahkan2 buat benda yang sebenarnya xperlu nak dilengah2kan and kita akan salahkan orang lain kenapa kita xboleh nak buat benda tu. Tapi sebenarnya, semua masalah tu datang dari diri kita sendiri. Dari attitude kita yang xberapa betul. Tapi kita x akan sedar sebab kita cuma nampak, fikir and rasa yang semua tu adalah salah orang lain, benda lain, tempat dan keadaan. Boleh ke macam tu? Sebenarnya kita xnampak yang kita sendiri x ada kesungguhan, keinginan untuk buat benda tu. kita memang XNAK. Sebab tu kita xboleh buat, sebab tu kita rasa ada je masalah.
On the other hand, kalau kita memang dah berniat untuk buat sesuatu tu, berkehendak, berkemahuan, berkeinginan, benda yang orang lain kata susah and mustahil pun kita akan rasa senang je. Sebabnya kita memang nak buat benda tu. Bila kita memang nak buat sesuatu tu, apa2 cabaran, halangan, susah cam mana pun kita still akan rasa seronok buat benda tu, and rasa semua halangan menyebabkan kita jadi lebih bersemangat nak habiskan apa yang kita nak buat tu. Kita xakan fikir yang semua kesusahan tu adalah petanda supaya kita xbuat benda tu or supaya kita stop buat benda tu. Sebab kita memang NAK buat, NAK siapkan, NAK.
Attitude make difference in the way we think. Either positive or negative thoughts that we have, produced different result on things that we work on.
Anyway, yang kat atas2 tu teraplikasi untuk benda2 yang tidak menyalahi hukum syarak, mahupun undang2 negara, mahupun hukum karma manusia. Maknenya, xbley la ianya diaplikasikan oleh seorang perompak yang nak merompak bank atau pun perogol bersiri. XBOLEH. Itu xtermasuk ok. Itu dah sah2 salah and xpayah la nak dibuat ataupun difikirkan untuk dibuat. XPAYAH. Ok?
= Sila pentingkan diri sendiri dan salahkan orang lain kalau anda buat silap, jangan mengaku, xpayah minta maaf =
Ini adalah perkara yang saya belajar setiap hari. Ada je orang yang ajar saya buat benda ni. Bagus kan. Seronok! Huh.
Pentingkan diri sendiri tu perlu, tapi jangan la sampai xpeduli pasal orang lain langsung, And jangan la xpentingkan diri sendiri sampai diri sendiri pon tertunggang-langgang, terbalik, tergolek sebab nak jaga kepentingan orang lain, sebab nak mementingkan orang lain.
Tapi kalau buat salah, jangan la salahkan orang lain. Xbaik ok. Mengaku je bukan luak apa pun. Minta maaf je la. Susah ke? Hu.Hu.Hu.
***Ha.Ha.Ha. Ntah apa2 je la aku dok membebel tu kan. =) Abaikan je la ek. Tengah pening memikirkan masalah dunia ni. Hiyahh. Xmaw pening2.***
*Makin pening. Pengsan
Maknanya, kalau kita buat sesuatu tu kita akan rasa benda tu sangat susah bila kita memang xada niat atau kemahuan atau kehendak atau keinginan untuk buat benda tu. Kita x akan ada kesungguhan untuk buat sebab kita xnak buat pun sebenarnya. Pastu bila jadi sesuatu or ada apa2 halangan, kita akan rasa, "owh, this is the sign from god that i shouldn't continue doing this, I should knew it from the beginning." Macam tu kan? Kita akan sentiasa cari alasan untk berhenti, kita akan melengahkan2 buat benda yang sebenarnya xperlu nak dilengah2kan and kita akan salahkan orang lain kenapa kita xboleh nak buat benda tu. Tapi sebenarnya, semua masalah tu datang dari diri kita sendiri. Dari attitude kita yang xberapa betul. Tapi kita x akan sedar sebab kita cuma nampak, fikir and rasa yang semua tu adalah salah orang lain, benda lain, tempat dan keadaan. Boleh ke macam tu? Sebenarnya kita xnampak yang kita sendiri x ada kesungguhan, keinginan untuk buat benda tu. kita memang XNAK. Sebab tu kita xboleh buat, sebab tu kita rasa ada je masalah.
On the other hand, kalau kita memang dah berniat untuk buat sesuatu tu, berkehendak, berkemahuan, berkeinginan, benda yang orang lain kata susah and mustahil pun kita akan rasa senang je. Sebabnya kita memang nak buat benda tu. Bila kita memang nak buat sesuatu tu, apa2 cabaran, halangan, susah cam mana pun kita still akan rasa seronok buat benda tu, and rasa semua halangan menyebabkan kita jadi lebih bersemangat nak habiskan apa yang kita nak buat tu. Kita xakan fikir yang semua kesusahan tu adalah petanda supaya kita xbuat benda tu or supaya kita stop buat benda tu. Sebab kita memang NAK buat, NAK siapkan, NAK.
Attitude make difference in the way we think. Either positive or negative thoughts that we have, produced different result on things that we work on.
Anyway, yang kat atas2 tu teraplikasi untuk benda2 yang tidak menyalahi hukum syarak, mahupun undang2 negara, mahupun hukum karma manusia. Maknenya, xbley la ianya diaplikasikan oleh seorang perompak yang nak merompak bank atau pun perogol bersiri. XBOLEH. Itu xtermasuk ok. Itu dah sah2 salah and xpayah la nak dibuat ataupun difikirkan untuk dibuat. XPAYAH. Ok?
= Sila pentingkan diri sendiri dan salahkan orang lain kalau anda buat silap, jangan mengaku, xpayah minta maaf =
Ini adalah perkara yang saya belajar setiap hari. Ada je orang yang ajar saya buat benda ni. Bagus kan. Seronok! Huh.
Pentingkan diri sendiri tu perlu, tapi jangan la sampai xpeduli pasal orang lain langsung, And jangan la xpentingkan diri sendiri sampai diri sendiri pon tertunggang-langgang, terbalik, tergolek sebab nak jaga kepentingan orang lain, sebab nak mementingkan orang lain.
Tapi kalau buat salah, jangan la salahkan orang lain. Xbaik ok. Mengaku je bukan luak apa pun. Minta maaf je la. Susah ke? Hu.Hu.Hu.
***Ha.Ha.Ha. Ntah apa2 je la aku dok membebel tu kan. =) Abaikan je la ek. Tengah pening memikirkan masalah dunia ni. Hiyahh. Xmaw pening2.***
Samy Velu ni pon nak dok pening gak ke? aiyark. Apa la dia buat kat sini.
*Makin pening. Pengsan
Friday, July 2, 2010
Anda Xperlu Baca Ini. Akhir Yang Tidak Tahu Macam Mana Nak Berakhir Atau Diakhirkan
Akhirnya, Finally.
Ini bukanlah akhir kehidupan ataupun cerita pasal Akhir-cucu tok imam seksyen 18. Bukan. Jadi apalah yang dah berakhir ni? (3 Markah)Jawapan: Akhirnya, hari adalah hari terakhir aku akan berada di tempat aku berada sekarang ni. Kat mana? Kat mana2 ikut suka aku la. Sebok buat apa? Ha.Ha.Ha. Kat office aku la. Today is my final day of my GEMS training here in SIRIM Berhad Shah Alam. Ok. (Markah penuh diperolehi 5 Markah)
Standard Research and Mangement Centre SIRIM Berhad to be exact is where I have been working for the past 6 month. I have been offered a post here, and i'll be back soon tapi......
Tapi, aku rasa sangat malu kepada diri sendiri, rasa bersalah kat Puan Saleha, and En Aziz gak, sebab aku rasa aku dah mengecewakan dieorang. Semalam Puan Saleha bgtaw kat aku yang aku nampak macam kurang ready masa interview hari tu. Owh. sangat down secara moralnya sebab aku aku rasa aku xmencapai apa yang Puan Saleha harap aku buat. Dia dah bagitaw kat aku yang aku kena prepared untuk interview tu, and bila aku dengar Puan Saleha cakap macam tu semalam, Owh, aku sangat sedih. Sooorrrryyyy sangat Puan Saleha. Saya janji yang lepas ni saya akan make sure my performance will impress you. Puan Saleha sangatlah bos yang baik. Kadang2 aku rasa dia macam mak aku je. Rasa cam nak salam cium tangan dia. Wahhh. Sebenarnya aku taw yang aku memang xberapa confident tyme interview hari tu. Mungkin aku sangat nervous. Sebab kedownnan aku tu, malam tadi aku tido awal pastu siap mimpi Puan Saleha. Owh. Xpatut. Ok. Cukuplah. Cuma nak mereleasekan tekanan dalaman ni. Xsuka rasa bersalah macam ni. Xsuka!
Ok. Xpe. Take it positively. Sila berusaha gigih pada hari2 akan datang ye Cik Eja. Ganbateh!!Mari bergembira di hari ni dan hari2. Yeaa!
Dah berakhir. Xpayah baca. Ok?
Thursday, June 3, 2010
Craccckkk
(T_______T)
Xtaw nak describe apa my feeling right now.
Sedih? Sedih ke ni?
Offended? Ntah la.
Putus asa? Xbaek putus asa. Xboleh sebenarnya. Jadi bukan putus asa. Semoga sesekali xkan. Huh.
Dah tu. Apa yang aku rasa sekarang??
Yang pasti bukan GEMBIRA.
Sangat pasti.....................
Beku, Sejuk, Kaku
Berduyun-duyun manusia dikeliling aku
Tapi.
Aku masih membatu
Terpaku dua tapak kakiku
Tak berganjak
Terpacak
Aku pun tak punya jawapannya
Masih teraba-raba
Labels:
beremosi,
puisi kah yg dnamakan ini?
Wednesday, June 2, 2010
Dunia,Dunia.
Saya nak buat entry yang panjang
.
Silalah minum Nescafu atau Alicafe kalau korang nak sebab takut korang tertido sambil baca entry ni.
Kalau nak baca sambil tido pon boleh, aku xmarah punya. Silalah.
Kalau korang nak wat camni pon boleh, patah riuk laptop xleh claim insurans la tapi kan. Ngeh.Ngeh.Ngeh
Ok, Saya mula sekarang
Ready?
Sedia?
TengTeReeeng
.
.
Korang ada ikut perkembangan semasa x?
Mesti la korang taw kan apa isu hangat membara sekarang.
Kalau korang xtaw, memang korang ni lebih terceruk daripada katak bawah tempurung la kan.
Sebab aku rasa katak bawah tempurung pun dah pasang astro taw and taw apa yang tengah jadi kat dunia sekarang ni.
Kalau korang xtaw silalah baca surat khabar ok, xpon bukak la kejap berita kat tv ke baca la Berita Harian ke Kosmo! online k.
Oklah, cukup.
Stret to the point
Aku nak komen la sikit atau lebih tepat meluahkan apa yang aku rasa pasal isu dunia yang sangat panas sekarang ni iaitu isu Israel yang sangat bodoh, kejam and segala bahasa yang paling teruk ah dalam dunia ni utk menggambarkan jahatnya dieorang ni.
Ish. Aku dah beremosi ni.Sangat vavi la kan Israel ni. Huh
Ok, masih beremosi, tapi xpe, Kita akan teruskan dengan perasaan yang segar dan sihat ya walaupun masih beremosi. =)
Kapal yang bawak sukarelawan dari Malaysia dan negara lain yang join misi bantuan untuk Gaza telah diserang oleh Israel yang cam memang Haram tuh walaupun dieorang dah declare yang dieorg adalah volunteer yang cuma bawak barang makanan, selimut dan mainan untuk penduduk Gaza. Nampak sangat kan yang Israel ni memang saja nak carik pasal and memang niat dieorang xnak ada bantuan untuk Gaza. Sangat2 la damn Bullshit kan mereka itu.
Kapal Mavi Marmara yang dinaiki 12 rakyat Malaysia tu diserang komando Israel masa misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dieorang semua kena tahan and baru disahkan selamat. Kalau korang dengar apa yang diceritakan mangsa tahanan Israel nikan, (aku tengok kat berita tv3 td) memang Israel yang haram tuh saja je xnak bagi dieorang masuk Gaza and kalau boleh maybe dioerang nak je letupkan kapal tuh sebenarnya kot kan. Dahlah serang kat perairan antarabangsa, pastu PBB and Amerika yang dulu dok sebok nak serang negara orang lain yang kononnya hebat sangat nak menentang pengganas tuh pon boleh buat xtaw and senyap jek. Gile cam haram ok!
Aku sangat la marah dan geram.Hishh
Hmm, kalau korang nak taw berita selanjutnya pasal isu nih, korang baca la kat paper ye. Karang aku dok cerita lebih2 salah info ke hape ke plak, and nanti aku lebih beremosi dan terkeluar plak perkataan2 lain yang kena strikethrough plak nanti contohnya cam
#$%%@#%. Erk. Ini bukan mencarut ye. Ni adalah rengekkan baby ni. Dia jadi @#$%^6 camni sebab aku pun xpaham dia cakap apa
Ok. aku sambung kesinambungan yang kat atas nun.Hmm.Bila pikir balik kan.Ini lah kan salah satu tanda akhir zaman, nampak sangat dunia dah nak kiamat. Dieorang sebenarnya tengah cuba nak jatuhkan Islam. Isu kutuk Nabi Muhammad s.a.w la, pasuh menda ni la. Nampak sangat orang Yahudi ni memang nak hancurkan Islam. Tapi yang lebih sedihnya, orang Islam sendiri xsedar and boleh lagi terkinja-kinja nak ikut budaya barat.
Korang p la Times Square ke Bukit Bintang ke, tengok la camane dress up budak2 sekarang. Bukan la aku nak kata yang aku ni baik sangat, aku pon kadang2 terlupa gak, tapi aku harap and nasihatkan diri sendiri supaya xjadi camtu. Hu.Hu.Hu
Kita ni sebenarnya dah banyak sangat ikut budaya barat yang memang ntah hape2 je tapi kita rasa itulah yang paling up-to-date. Sapa yang fesyen xala2 Miley Cyrus tuh memang xikut peredaran zaman la kiranya. Kepala hotak! Ingat hebat sangat ke Miley tuh kalau setakat pakai baju xcukup kain yang koyak sana sini. Tapi dia xpela kan. Dah memang sah2 lahir2 mak dia ajar pergi church. Tapi orang islam yang lahir2 dulu bapak korang iqamatkan kat telinga pon nak pakai camtu apa kes? Xsalah nak minat lagu dia or nak ikut perkembangan dia, tapi jangan la jadikan dieorang tuh idola pulak bagi mereka2 yang Islam.Pada aku, xsalah nak nyanyi lagu dia kat bilik air time mandi or nak carik lirik lagu dia pastuh nyanyi sampai hafal, cuma jangan la sampai benda tuh melekakan dan melalaikan kita daripada tanggungjawab kan. Islam xhalang kot if nak berhibur, tapi yang ikut syarat la. Hafal lagu, lagu gak, tapi jangan la sampai surah2 dalam Quran tuh dilupakan. [Ngee~Pesanan untuk diri sendiri juga ye]
Ok2. Aku bukan nak bagi tazkiranh ke hape2,. Xlayak kot, cume ni adalah apa yang aku rasa tentang perkembangan negara dan dunia sekarang dari segi sosialnya. Mengikut sudut kecik pandangan aku la kan. Korang yang baca jangan rase teroffended plak. Ini tidak merujuk kepada sape2 pon ok. Aku taw, aku pon kadang2 buat gak, leka gak ngan benda2 cmni kan, biasalah, setan2 dok pujuk2, aku ni dah la iman xkuat mana, kadang2 tersesat gak, tapi terima kasihlah kat mak ayah aku yang dah bagi aku and akak2 aku asas agama yang cukup. Sekarang ni kena pikir la sendiri mana yang betol and mana yang salah. Susah kan rupanya bila dah baligh and dewasa ni. And bila trend berkadar songsang dengan jalan yang sepatutnya. Aku pon dah tungang terbalik kadang2.He.He.He.Eh2, aku dah DEWASA ke ek? Ikut umur sepatutnya ye la kan, tapi perangai, hmmm. cam hampeh gak kadang2. Orang soh buat keje kat opis, dok melayan fesbuk sampai sembahyang zuhur pon tyme dah nak pukul 4. Nak jadik hape la ni.Ish.Ish.Ish. Mesti ada orang yang rasa cam nak sekeh je kepala aku tyme ni kan? He.He. Kan aku dah cakap, aku pon manusia biasa gak yang ada fesbuk sampai kadang2 terlupa and leka. Tapi tuh la, aku tulis semua ni untuk nasihatkan diri sendiri gak and sapa2 la yang baca kalu korang rasa nak baca kan. Xnak sudah. I xkesah U. Ngee. (^__^")
Tapikan, sekarang saya dah xada fesbuk ye. Sebab saya dah deactivate account. He.He. Kenapa ntah, rasa serabut ngan benda alah tuh.Masuk hari ni dah semingu hidup aku tanpa fesbuk. Nampaknya xada la mati ke sesak nafas ke walaupun dah seminggu x bukak fesbuk tuh. Maknanya fesbuk memang x berkadar langsung dengan kemandirian spesis mahupun kesihatan dalaman dan luaran seseorang. Jadi, sesiapa yang rasa nak deactivate fesbuk korang tuh xyah la risau korang akan jatuh sakit atau diserang lemah jantung sebab dah xbukak fesbuk. Memang TIDAK ye.
Owh,pasal pengharaman fesbuk sebab fakta yang hasil dari fesbuk ni digunakan dalam dana membantu Israel tuh aku xnak komen apa2. Aku pon xtaw. Xleh nak sokong haram ke x. Pada aku, kalau xada bukti2 kukuh pasal tu and korang masih boleh kawal diri dan menggunakan fesbuk tuh untuk tujuan kebaikan, Xsalah kot nak berfesbuk, tapi tuh la, jangan la sampai leka kat hal2 yang lain sebab dok sebok melayan komen, bercucuk tanam or memasak dalam fesbuk kan. Ha.Ha.Ha. [sila ingat untuk diri sendiri ye cik eja]
HUh..Ok lah, aku dah agak penat menekan2 papan kekunci ni, kesimpulanya, kita kenalah tahu asal usul jati diri and yang paling penting agama Islam yang kita junjung ni dalam apa2 hal pun. As long as kita berpegang pada Islam, InsyALLAH, kita memang xkan sesat. Kan Rasululah s.a.w dah bagitaw dalam sabda baginda:
“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu semua tidak akan sesat selepasku selagi kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitab Allah(Quran) dan juga Sunnahku"-maksud hadith
Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri and sapa2 yang baca, mehla kita sama beramal dengan Al-Quran dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dilimpahkan rahmat oleh Allah. insyaALLAH.
Panjang ke karangan saya ini. Mungkin plot xberapa tersusun ye. Harap maaf. Saya dah lupa cara membuat karangan seperti yang diajarkan oleh chegu BM saya dulu, Cikgu Hanizah yang ajar BM ngan komsas BM Dihadapan Pulau.Saya rasa dia xkan taw. Heeeh. Nantilah, ada masa saya study balik cara membuat karangan. (@__*)
p/s: Camne la agaknya budak2 zaman akan datang ek. Risau ngan bakal anak2 daku plak nanti. Hmm, patutla h mak ayah aku selalu dok risau pasal aku kan. Untuk kebaikan. Saya dah FAHAM-
Comel.Dah plan nak masukkan bakal anak2 aku ke pre-school tahfiz. He.He.He. Pembentukkan peta minda untuk perancangan masa depan itu perlu ok?. =')
Thursday, May 27, 2010
Something is There Somewhere For Someone
Are the grammatical orders correct?
Never mind, I’m not going to write an essay anyway.
Warning for all:
This is an emotional post. Parental guidance needed for readers below 13. [while wondering, I don’t think anyone would bother to read what I‘m writing in here.] But if u’re reading this, thank you. (^_______^)
Did u ever, once in ur life thought that u have no one with u. Suddenly u felt that u re all alone in this whole2 universe, no one by ur side, just NO.
NOTHING.
.
.
.
BLANK
.
.
EMPTY
And… sadness is all around
Sorrow inside u keeps building
Feels like crying it out loud
But too tired to think of it
Yup. That’s me now
Damn
Don’t ask why as I didn’t even know why
Too much to be written here
And I guess no one would understand me
Yes. I’M COMPLICATED
I’M PATHETIC
Aaaarrrrrggghhhhhhhhhhhhhh
should I feel this way???
or should I act like I'm happy but deep inside i was very2 torn by every words that I said, things that I heard, things that I saw, and even thought i have in mind.
EVERYTHING!
Sometimes i just want to take it out off my mind and throw all those "trash" away. Put it in the dust bin and Taaadaaa.
Its all over. They won't return to me and I can be a normal girl again..
But no matter how hard i try, how hard i hit my head to the wall, still, it stuck inside my head.
Huh
What I really want to do now is to go far2 away, to a place where no one knows me and I can start all over again.
would I?? Hmmm~
Not that I don't like who I am now, or I hate my life today, its just, there is time where I felt like I don't know where do I belong, and what i'm looking for in this life.
When u have tried and do ur very best, but still, u're not good enough for everything. Would u just give up or keep trying and trying till end of time.
HHuh~
ENOUGH maybe.
.
.
.
STOP
Positive thinking babe. Come on. Don't be such a looser.
What's with all this sad2 things?? There are sooo many good things in life. U don't need a reason to be happy.
Positive mode, activate ur self please. Where are u???
I want u NOW
Ok, Hmm.on the positive side, I don't care if others don't like the way I am as long as I'm happy being myself.
Go.Go.Go
Yeah.
And I do believe that Allah has destined what's the best for me and yet I have to be patient and go through all this with faith that He will always be by my side as long as I am in the right path.
Yup. I believe that there is something for me somewhere. Have faith, not giving up, try my very best and wait. Success and happiness will come to me. InsyaAllah.
~~I couldn't give a damn what you say to me I don't really care what you think of me 'Cause either way you're gonna think what you believe There's nothing you could say that would hurt me~~
......lalalala.....
Told u right. This is an emotional post.
A very emotional post though.
he.he.he
Sorry..(^_^")
Thursday, May 20, 2010
PESONGAN EMOSI
emosi perlukan makanan
emosi mahukan ketiduran
emosi yang membuak-buak tanpa arah tujuan
owhh...
aku beremosi ketika ini
emosi yang tidak diketahui asal usulnya
entah dari mana arah datangnya
entah apa yang dimahukannya
ya. ini memang cerita tentang emosi
jangan beremosi berlebihan jika kau tidak suka membacanya
tutupkan saja emosi itu
kerana
ikut aku punya sukalah
mahu menulis tentang emosiku
lihat
aku sudah beremosi
aaaahhhhh
p/s:emo.emo.emo
ha.ha.ha
emosi mahukan ketiduran
emosi yang membuak-buak tanpa arah tujuan
owhh...
aku beremosi ketika ini
emosi yang tidak diketahui asal usulnya
entah dari mana arah datangnya
entah apa yang dimahukannya
ya. ini memang cerita tentang emosi
jangan beremosi berlebihan jika kau tidak suka membacanya
tutupkan saja emosi itu
kerana
ikut aku punya sukalah
mahu menulis tentang emosiku
lihat
aku sudah beremosi
aaaahhhhh
p/s:emo.emo.emo
ha.ha.ha
Labels:
beremosi,
ikut suka hati,
puisi kah yg dnamakan ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)






