Matahari pelita terang benderang
Menenggelamkan bulan dan bintang siang
Awan bergerak laju
Menurunkan hujan bila kelam pekat
Menurunkan hujan bila kelam pekat
Angin menerpa seperti mahu memberitahuku sesuatu
Aku
Menoleh laju
Lalu tertancap pandanganku
Pada sesuatu
Disitu
Kamu !
Ya ! Kamu.
Kamu
Manis mengukir senyuman
Dan aku,
Cuma mampu tersenyum sepintas
Walaupun hati memberontak seperti mahu kupeluk kamu
Tapi aku masih berada di atas tunjang kewarasanku
Terpaku aku kaku seketika
Sebelum kaki melangkah dan terus berlalu
Walaupun sebenarnya aku masih mahu terus disitu
Walaupun sebenarnya aku masih mahu terus disitu
Bersama kamu
No comments:
Post a Comment