Wednesday, June 16, 2010

Saya nak, nak, nak, nak, naaaaaaaakkkkk

Saya nak tulis apa yang saya rasa saya nak. Nak? Korang xnak? Xkisah. Saya tetap Nak jugak. Ha.Ha.Ha

>> Saya nak berlari-lari riang kat padang rumput yang luas cam kat New Zealand ni. Walaupun cam ngengade jek, tapi xkesah, NAK jugak.Best kan? Hu.Hu.Hu.

>> Pas dah penat berlari2 riang nak berehat-rehat sambil makan kat bawah pokok Pohotukawa ni and tengok pemandangan alam yg santekkk. SERONOK!


 Pokok Pohotukawa yang berbunga tyme awal musim panas

>> Saya nak buat luncur ais dengan penoh bergaya kat kutub selatan besama2 penguin kat sana.


Mungkin boleh jumpa Pingu ngan family dia jugak kan nt. Owh, Pasti sangat gembira. Ki.Ki.Ki

>> Saya nak buat SkyDiving cam ni pastu nak sentuh awan dengan tangan and taw camane rasa awan yang sebenarnya.


>> Saya nak makan banyak2 semua makanan yang sedap3 dan saya suka pastu xyah risau yang saya akan jadi gemuk. Owh. Ha.Ha.Ha

Nak makan makanan yang sedap camni, makan dan terus makan tanpa berfikir berapa banayk kalori, kolesterol or lemak didalamnya. 

Nyum.Nyum. And walaupun makan sebanyak2nya, saya xkan jadi macam ni.
Ngeh.Ngeh.Ngeh. Xtaw la gamba anak sape ni haih. Sile diet ye dik. Hik.Hik.Hik.

>> Saya nak maintain cun je camni xkiralah berapa pinggan nasik pon yang saya makan sehari. Hi.Hi.Hi

Ahaks. Cun ke. Aah. Memang cun pun. Biarlah wapaupun nmpk cam perasan je. Kih.Kih.Kih.

>> Saya nak kereta AUDI ni. Nak sangat!!!
Audi TTS Roadster ni. Sapa boleh tolong belikan satu. NAK!.

Pastu boleh meluncur laju kat jalan raya cam kete lumba kat litar sepang tuh dan x kena saman cam cik wani. Kih.Kih.Kih.

Kalau xdapat Audi ni, dapat BMW ni pon ok gak.
  BMW M6 Coupe. Lalala. menyanyi riang kalau dapat drive kereta ni.

Tapi kalau dapat Myvi je sekarang ni pon saya akan terima. Ok Mak? Kih.Kih.Kih. Apa2 pun masih berazam dan akan berusaha gak nak dapatkan kereta kat atas ni. Uhuk.

>> Saya nak benda ni. Nanti boleh ambik gambar banyak3. Ngee~

EOS D5 Canon. 

Tapi harga anda wahai en kamera adalah sangat mahal. Mungkin kena tunggu lama lg baru kita boleh dapat bersama ye.

>> Saya nak tolong semua orang yang hidup susah dalam dunia ni kalau boleh. Kalau xdapat semua dalam dunia ni pon sape2 yang saya nampak depan mata. Owh. sangat kesian pada mereka. Bila tengok pakcik2 tua yang masih kerja berat2, rasa sangat sedih dan kesian. Tengok cerita Bersamamu ni sangat sedih kat mereka2 ni. Huuu~

>> Saya nak jaga mak and ayah saya elok2. Saya nak jadi anak yang baik dan lebih baik. Mami and dadi. I Heart You Damn much~ I was very touched by Hazira's story dalam cerita BersamaMu ni.

>> Saya nak pegi Haji ngan mak and ayah saya. Hik.Hik. I'll be prepared for this one. Soon.

>> Saya nak melancong seluruh dunia.



>> Saya nak shopping banyak2 tanpa perlu berfikir duit saya akan habis.

Shopping dan shopping dan shopping terus dan terus shopping. Wow

>> Saya nak berjalan-jalan di tepi bendang sambil angin bertiup sepoi2 bahasa, macam dalam muvi tu. Kih.Kih.Kih.
 Cam dalam cerita kat tv la plak. Hik.Hik

>> Saya nak jadi sangat pandai, kuat cam ada super power. Boleh baca banyak2 buku dengan xmengantuk, xbosan dan faham semua fakta2 yang ada dalam tu. Nak jogging 10 round and xrasa mengah lepas tu.

SuperGirl. Tengtereng. Kih.Kih.Kih. Tapi bukan la SuperGirl yang camni.


>> Saya nak dating dengan Robert Pattinson ni. Owh en RobPat, silalah ajak saya dating. Hik.Hik.Hik

He is my obsession since i watched his Twilight movie and read all the twilight saga novel. Saya suke die. Wahh.

>> Saya nak pergi tengok World Cup pastu melawat zirafah2 kat Afrika.

Lepas tengok England menang WorlCup 2010 pergi tengok zirafah2 ni plak.  

 Tunggu saya datang ye en zirafah.

>> Saya nak buat semua2 yang saya nak buat, saya nak semua2 yang saya nak. Banyak lagi sebenarnya yang saya nak.Ha.Ha.Ha. Nak.Nak.Nak.


>> Saya nak kahwin. Kih.Kih.Kih.


>> Saya rasa nak makan aiskrim sekarang pastu tido dan saya nak jadi rajin pergi kerja esok. Harap sangat saya nak rajin ke opis esok. Silalah nak ye cik Eja. Huh

Tulisan pon boleh jadi satu doa kan?

Ok.

Saya nak berhenti disini. Nak!

**Lagi satu yang saya nak. Nak balik rumah Jumaat ni. Yeay!

Monday, June 14, 2010

Ada apa dengan hujung jari telunjuk ??


Ini bukan post berunsur pembebelan secara melulu mahupun tidak bertempat. Percayelah. Kih.Kih.Kih.

Pernah x korang rasa cam yang aku tengah rasa sekarang ni?? Pernah?Pernah? Apa la yang korang rasa? Boleh tolong bagitaw aku? Sebab aku pon xtaw perasaan deria rasa aku sekarang. Ouh. Rasa cam nak lempang diri sendiri nyamuk yang berkeliaran ni kerana bertanya begitu.Hu.Hu.Hu.

Oppss.   [Ni la jawapan kat surprise yang aku buat kat tajuk tadi. Ada apa dengan hujung jari telunjuk?? Ada nyamuk.] Ha.Ha.Ha. Sorry la ya nyamuk yang berkeliaran sebab ko dah termati di hujung jari telunjukku. Sape suruh ko ajak aku maen Sep2 Tom2, kan dah tersepit kat 2 jari telunjuk aku malam2 ni. Ishh. Tapi xpe, sebab kat hujung jari aku tu banyak informasi berguna. Info's at you finger tips kan. Kira ko bertuah la. Tapi bertuah ke?? Hmmm. Xsangat kot. Ko dah mati, jadi apa la function all the info's tu kan. Haihh. Aku dah mula bersimpati ngan ko nyamuk. Apa la nasib anak bini ko kan. Eh2, tapi ak xtaw pon ko jantan ke betina, aku x sempat nak cek, ko dah terpenyek layu. Sekali lagi Sorry ye en/cik/pn nyamuk. Jangan risau aku akan tetap doakan kau. Terima kaseh sebab sudi maen Sep2 Tom2 ngan aku walaupun cuma satu round. And terima kaseh sebab bagi aku menang. Cayalah. Aku memang selalu je menjuarai acara Sep2 Tom2 ni kalau maen dengan nyamuk2 sekitar kawasan perumahan ni. Yes2.Ha.Ha.Ha

Korang xyah la rasa pelik, aku memang bergaul mesra ngan nyamuk2 kat area ni. Owh, tapi nyamuk Aedes or nyamuk laen yang terkenal ngan kejahatan mereka mnyebarkan virus2 tu aku xkawan a. Lagipun dieorang ni selalu dah terkorban dalam acara menyedut asap fogging berjadual kat sini. Kalau ada yang selamat pon aku xnak kawan ngan dieorang. Jadi nyamuk2 jahat diluar sana, sila jauhkan diri anda daripada saya ok.

Ok2. Aku bukan nak buat iklan ubat nyamuk ke Ridsect or Shiedltox.

Jangan salahkan aku kalau korang rasa masa korang terbuang begitu saja baca kisah menyayat hati sang nyamuk atas ni. Sapa suruh korang baca pun. Ha.Ha.Ha.

Aku sebenarnya, sepatutnya, seharusnya, dah tido pada waktu ini, tapi, mungkin ada butir2, zarah2 kafein yang tertusuk kat celah2 neuron aku hasil pengambilan sihat Nescafu tadi. Jadi mata aku xdapat signal yang sepatutnya bagi membolehkan ia merasa bahawa ia perlu berehat sekarang. Mata aku dah jadi cam kapal terbang yang xdapat signal untuk mendarat dan terus berlegar2 diruang udara walaupun dah sampai landasan yang sepatutnye ia mendarat. Tapi sebab orang yang keje kat landasan and sepatutnya bagi signal suruh kapal terbang tu mendarat saket perut dan pergi-toilet-pastu-sesat-mencari-jalan-pulang-, maka terpaksa lah kapal terbang tu berlegar2 lagi di angkasa raya sampai kehabisan minyak dan akhirnya terpaksa mendarat. Ada ke orang yang boleh faham penjelasan saintifik aku ni. Ha.Ha.Ha. Aku bukan chegu Sains, jadi kalau korang nak taw fakta sebenar silalah cari sendiri ye. Ngeh.Ngeh.Ngeh. Kalau chegu Sains aku baca ini mungkin dia akan suruh aku duduk diam2 je dalam autoclave. Tapi aku yakin dia xkan tahu. Ha.Ha.Ha.

Mungkin aku dah mula merepek pada baris terakhir perenggan di atas. (Perenggan atas2 yang laen tu aku maseh xsedar diri ketika menulisnya. Aku cuma sedar bila dah sampai sini)

Ok.Aku kembali ke segiempat 1 (Back to Square 1).

Sebelum itu. Maaf diatas penggunaan bahasa yang mungkin kalau ada chegu bahasa terbaca menyebabkan mereka rasa nak bersara awal. Maaf Ye (*____*)


Point pertama ni yang sebenarnya ada kaitan ngn nyamuk yang aku cerita kat atas tu tadi. Haa, kan xsia-sia aku cerita pasal nyamuk tu kan. Ok2. Nyamuk tadi kan mati kat hujung jari telunjuk aku yang penoh dengan informasi kan, tapi xguna gak la info2 tu semua kat nyamuk tu sebab dia dah mati. Haa, lebih kurang gak la ngan manusia ni kan. Xguna dah korang punya alasan nak cover salah korang kalau dah terang2 kantoi buat salah, Xyah la nak guna dah korang punya gosip2 ke cerita2 yang korang buat sendiri tu kalau semua orang dah tahu fakta yang sebenarnya. Sama la cam xgunanya bila mati xsempat taubat. Iskk. Opps. Ngeee~

Kalau dah buat salah, apa la salahnya mengaku je. Kan senang. Xyah susah2 pikir and menyusahkan orang laen pikir and tambah dosa nak kaver bagi pihak korang. Ishh2. Semua orang pun buat salah, jadi xada la salahnya dengan buat salah tu if ianya adalah secara xsengaja kan. Tapi ada gak orang2 yang xnak mnengaku pernah buat salah pastu buat salah lagi dengan menipu yang konon2nya xpernah buat salah. (Sape2 pening baca, sorry la a. Hik.Hik.Hik)

Hee. Bukan apa cuma pengajarannya ialah, jangan la takut sangat ngan salah. Sebab, takde sape yang xpernah buat salah. Confront it, accept it but never repeat the same mistake again if possible. Xyah la nak mengcomplicatedkan lagi hidup yang penuh sesak dengan kenderaan dan laluan trafik ni. Kalau buat salah, sila terima dan bertaubat segera ye. Kalau nak kaver2 pun nanti the truth will reveal itself, if not here, in the hereafter.

Owh. Kapal terbang tadi dah kehabisan minyak. Jadi rasanya, dan akhirnya ia akan mendarat bagi membolehkan penumpang2 menuju ke destinasinya. Dan destinasi yang sepatutnya sekarang utk aku adalah ke tempat tido sebab esok perlu menuju puncak ke tempat kerja. Ouchhh..Mungkin aku akan sambung cerekarama ini esok ye.

-------------------------------------
Lalala  ♫♫♫.


Owh. Hari adalah hari isnin yang segar. Sesegar sayur organik yang ditanam oleh petani sayuran organik yang makan panadol bila die rase sakit. Cam dalam iklan panadol tu. Ha.Ha.Ha.

Hari seperti xberapa percaya yang aku boleh sampai sangat awal ke opis setelah melihat Podolski, Klose and sape sorang lagi ntah name dia memasukkan bola ke dalam gol. I suka ok, walaupun Ballack aku xada. Ki.Ki.Ki.Sape xcaya aku boleh tengok bola tu xyah la berusaha nak pecaya ye. Ha.Ha.Ha. Tapi sebenarnya aku dah tertido lepas Jerman dapat 3rd gol tu. Pastu bangun baru taw skor sebenarnya adalah 4. Ok2. Aku sedar diri sekarang ni yang aku bukan pengulas sukan, so ak nak tukar topik. Ha.Ha.Ha. Owh, tapi sebelum tu, dari malam tadi sampai pagi ni ak masih tertanya2, xmelecet ke kaki en Klose tu bila die seret lutut dia atas rumput lepas dia meletakkan bola dalam gol semalam. Mungkin xkot. Ha.Ha.Ha.

........................preview on welkap end here.....................

Ok. Mungkin bukanlah preview kot yang atas tu. Ki.Ki.Ki

To be cont...

Wednesday, June 9, 2010

Berpantang2 an

Cop. Toksah dok penat2 pikir, apsal aku berpantang. Aku bukan berpantang sebab bersalin ye. Aku cuma bersalin pakaian baru je setiap hari. Tapi aku masih ada pantang2 yang perlu dijaga. Jadi hari ni naklah aku listkan senarai kepantangan aku. Bukan apa, aku bengang kot kalau dok tension  pasal menda2 kecik yang maybe ada orang rasa cam xpenting, tapi pada aku benda tuh sangat penting dan boleh menyebabkan mood swing aku pagi2 hari bila ianya terjadi. Husshh.

For those yang xtahu pantang tuh hape, pantang tu adalah sejenis kuih muih tradisional, berbentuk lonjong ke segitigaan dan bersudut tepi 120 darjah. Ok. Aku tipu. Pantang tuh lebih kurang macam list of Dont's la. Perkara2 yang korang xsuka buat atau dibuat oleh orang lain. Ada satu lagi gak jenis pantang yang macam pantang pas bersalin bagi golongan wanita2, tapi yang ni korang cari la sendiri, aku pon xtahu sangat sebab aku xada live experience lagi untuk diri sendiri. Ngeh.Ngeh.Ngeh.

Sakit x mata korang bace tulisan warna warni pelangi atas ni. Korang pantang ke baca tulisan berwarna warni camni, kalau ya sorry la ye. Haaa, camne korang rasa bengang je baca tulisan kaler2 atas tu, camtu la aku bengang and  rasa cam nak makan orang durian bila pagi2 pas mandi aku tengok orang  xreti nak kemas katil aku pas tido atas tu, baju yang dia pakai malam before mandi dok sangkut sepah2 and aku tengok hanger kosong sangkut merata-rata, xreti nak simpan iron pas dia guna sedangkan dia dah selalu nampak camne aku kemas bilik tu tiap2 hari, kemas katil pas bangun, simpan hanger dalam almari, susun baju elok2 and simpan balik iron pas guna. Hishh. Memang la aku sangat xsuke ok. Lagi bengang bila aku balik joging penat, tengok bilik ditinggalkan dengan baju kotor longgok je atas lantai, almari xreti nak tutup balik and tengok hanger and baju dok tersangkut kat tepi2 almari dan merata2. Aku sangat la rasa nak makan orang durian di saat itu. Xlalu nak makan durian dah saat itu. Hu.Hu. Maybe ada orang rasa cam benda2 tuh kecik je and kata e'ele, benda2 cmtu pon nak kecoh. Tapi pada aku benda2 tuh boleh mempengaruhi mood aku ok. Aku memang sangat mengambil berat pasal benda2 tuh sume, and aku sangat particular pasal hal2 berkaitan kebersihan, kekemasan, ketersusunan, and apa2 yang sewaktu dengannya. Sapa xnak caya, sudah. Malas nak layan.

Penat and sangat geram ok bila aku dah elok2 kemas pastu ada plak makhluk2 yang xpaham or buat2 xpaham dan dengan sesuka hati dia je wat sepah balik. Kalau budak kecik xpe kot, tapi kalau dah nak jadi mak budak memang la aku patut rasa bengang kan. Aku xpaham la dengan orang2 yang cmni, bukan xnampak pon aku dok susah2 kemas, basuh bilik air pastu dia sedap2 je wat kotor. Haa. Kan aku dah meluahkan perasaan kat sini. Haish. Xsuka!

Lagi satu yang aku xsuka is bila ada rambut2 bersepah kat lantai and kat lantai bilik air. Sangat XSUKA. P la tanya memember aku camne aku kutip rambut2 kat lantai bilik aku masa kat kolej dulu.   Sebab aku xsuke jadi aku akan sapu xpun aku kutip selai2 rambut tuh. And try tanya kat mak aku camane aku membebel bila aku dok kemas uma time nak raya sebab aku jumpa banyak sampah2 xguna time tu.Pelik ke? Xkot sebab aku memang sangat mementingkan kebersihan ok. Sila la ambil perhatian tentang itu ya. Aku akan cuci xpun make sure dulu toilet and bilik air bersih every time nak guna. Sebabnya aku rasa xbersih kalau mandi kat tempat yang xbersih. Sebab tuh la aku xsuka share bilik air or toilet. Ngeh.Ngeh.Ngeh. Kecuali la orang2 yang boleh diharap menjaga kebersihan cam aku. And aku xsuka orang yang kata konon2nya xsuka gak kotor2 ni tapi dia pon sama je xreti nak bersihkan and jaga kebersihan. Cam haram hampaeh ok.


Hmm. dah termenggumpat kat cni plak. Eh2, bukan2. Bukan mengumpat. Ki.Ki.Ki. Aku tulis kat sini so xdek la orang tuh baca kan. Bukan apa, just nak melepaskan kebengangan aku jek. Ok dah. K lah. Nak p buat keje yang sepatutnya. pesanan akhir, Silalah menjaga kebersihan! (=_____*)


Ada kena mengena x? Ki.Ki.Ki

Monday, June 7, 2010

Saya Nak Menyatakan Bahawa...

Saya memang adalah seorang yang pemalu sebenarnya. Hah.

                                       
Saya pemalu. wink3* 

Ye. Janganlah pertikaikan statement aku ni. Ha.ha. Kalau korang rasa nak muntah, lantak korang la. aku tetap nak mempertahankan kenyataan yang sahih ini bahawa aku adalah seorang yang pemalu. Ye.Silalah percaya. Walaupun korang tengok aku ni macam xmalu sangat and kadang2 mengeluarkan kata2 atau ayat yang boleh berunsur xtahu malu sangat, tapi jauh di sudut hati aku ni, aku amatlah pemalu. Xnak pecaya gak lg, xnak caya sudah.
Xpe.Meh aku buktikan yang aku ni memang pemalu. Xtipu. Okey, jom aku cerita satu2 kenapa aku cakap aku ni pemalu. Haih.. Nak mulakan pon aku dah malu nih. Lagi korang masih xnak caye. Xpaham sungguh.



 Gambar hiasan.Malunyeeee  (sapa cakap ni macam aku memang mintak nak kena sekeh ye)


  1. Aku akan jadi pendiam bila aku jumpa orang yang aku xkenal sangat. Kenapa? Sebabnya aku MALU. Aku akan amek masa sikit then dalam 20-30 minit aku akan okey. Tapi selama mana masa yang aku amek untuk jadi kurang malu tu bergantung gak kat jenis orang yang aku jumpa tuh. X dengan semua orang kot aku akan jadi malu sangat2 camtu. Ada certain2 orang je. Ok, mungkin korang akan rasa, ni xcukup sifat lagi nak bg aku kata aku ni pemalu kan, and sume orang pon camtu kan, jap, aku xabes storyline lagi. Jom kita tengok next point.

  2. Aku jarang nak tegur orang kadang2, sebabnya aku malu, tapi maybe ada orang akan kata aku sombong, tapi sebenarnya aku bukan sombong, aku malu jek. Lagi satu aku kadang2 susah sikit nak approach orang dulu, tapi bila orang tuh da approach aku, aku akan ok je. Hu.Hu. Selalunya aku akan senyum and kalau sapa pon maybe just untuk greet je. Aku MALU ok. Bukan sebab aku xcukup sifat ke hape nak malu2, tapi dah memang aku camtu, aku pon xtaw kenapa la aku malu sangat, tapi nak wat camane, aku memang PEMALU. kekadang aku dah try dah nak cuba kurangkan malu yang xberapa nak bertempat sangat tuh, tapi xkurang2 jugak, tapi, maybe ada kurang sikit la kadang2.

  3. Aku malu ngan lelaki. Haaa. sape2 yang baca and rasa cam nak muntah ke terkua bijik mata baca statement ni, jap, sabar dulu yerp. Aku memang malu tapi kadang2 aku akan buat2 cam biasa jek, tapi korang xtaw yang sebenarnya aku sangat2 la malu ketika itu, and kadang2 aku akan jadi pelik, aneh dan jadi cam awkward je. Tapi aku cuba berlagak macam xada apa2. Wahh, tapi sebenarnya, aku je taw cammane tawww, sampai kadang2 tuh aku saja xnak join or lari daripada join. Kenapa ek agaknya?? Huh. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam suasana makhluk spesis lelaki yang xbanyak populasinya. Sebabnya, dalam family aku ayah aku sorang je ahli lelaki asal sebelum ditambah dengan abang2 ipar and my nephews. Kekadang aku rasa pelik gak, sebabnya, aku perasan yang aku ni malu cam xberapa bersesuaian je tempat dia. Ntah la, susah nak describe camne. Haihh

  4. Mungkin kat point ni aku xkan pertahankan hujah yang aku ni pemalu, tapi maybe aku jadi malu sebab aku selalu akan fikir pasal orang lain, aku akan sentiasa pikir apa reaksi orang kat aku, sebab tuh aku akan jadi malu. Adakah ini masuk dalam kategori PEMALU??? Sekarang aku pon dah konfius adakah aku masih layak menjadi ahli dalam istilah pemalu ini. Korang rasa??? Huh.

  5. Kadang2 aku rasa aku ni cuma xmatang, xberapa nak betul, agak senget gak, matang kadang2 ikut masa, unpredictable, dan aku manja kot sebab aku sangat manja kat mak aku, and aku pon xpaham ngan diri aku sendiri kadang2. Hish. Mungkin aku sangat penuh komplikasi. Ya. Aku memang sangat COMPLETECATED. Jadi saya memerlukan my soulmate; bakal husband utk mengcompletekan saya. Owh, maaf. Lari tajuk. Tapi biarlah tajuk tuh nak berlari bebas ke mana saja. Jangan disekat perjalanannya.Ia juga sama seperti kita yang tidak suka disekat, ditahan, dikongkong, kerana akhirnya nanti akan memberontak, membelantak. Ya. Membelantak, perkataan yang aku pon xtaw wujudkah atau tidak, tapi biarkan je. Dia pon nak bebas jugak. Ok. Aku dah sangat xterkawal dari segi penulisan yang agak merepek ni. Mungkin aku terpaksa pergi dulu. Selamat kepada semua ya?.Ha.Ha

 Ni masuk x dalam kategori PEMALU???. Ahaks.

p/s:boleh ke terima yang aku ni pemalu? Aku terima. korang xnak terima? xpe, xada paksaan dalam beragama di sini. Islam tetap pilihan ok?.
(*_=)



Thursday, June 3, 2010

Craccckkk

(T_______T)


Xtaw nak describe apa my feeling right now.

Sedih? Sedih ke ni?
Offended? Ntah la.
Putus asa? Xbaek putus asa. Xboleh sebenarnya. Jadi bukan putus asa. Semoga sesekali xkan. Huh.
Dah tu. Apa yang aku rasa sekarang??
Yang pasti bukan GEMBIRA.
Sangat pasti.

....................


Beku, Sejuk, Kaku
Berduyun-duyun manusia dikeliling aku
Tapi.
Aku masih membatu
Terpaku dua tapak kakiku
Tak berganjak
Terpacak

Kenapa?
Aku pun tak punya jawapannya
Masih teraba-raba

Wednesday, June 2, 2010

Dunia,Dunia.

Saya nak buat entry  yang panjang

.
Silalah minum Nescafu atau Alicafe kalau korang nak sebab takut korang tertido sambil baca entry ni.
Kalau nak baca sambil tido pon boleh, aku xmarah punya. Silalah. 


Kalau korang nak wat camni pon boleh, patah riuk laptop xleh claim insurans la tapi kan. Ngeh.Ngeh.Ngeh






Ok, Saya mula sekarang
 Ready?
Sedia?
TengTeReeeng
.
.
Korang ada ikut perkembangan semasa x?
Mesti la korang taw kan apa isu hangat membara sekarang.
Kalau korang xtaw, memang korang ni lebih terceruk daripada katak bawah tempurung la kan.
Sebab aku rasa katak bawah tempurung pun dah pasang astro taw and taw apa yang tengah jadi kat dunia sekarang ni.

Kalau korang xtaw silalah baca surat khabar ok, xpon bukak la kejap berita kat tv ke baca la Berita Harian ke Kosmo! online k.

Oklah, cukup.

Stret to the point

Aku nak komen la sikit atau lebih tepat meluahkan apa yang aku rasa pasal isu dunia yang sangat panas sekarang ni iaitu isu Israel yang sangat bodoh, kejam and segala bahasa yang paling teruk ah dalam dunia ni utk menggambarkan jahatnya dieorang ni.
Ish. Aku dah beremosi ni.Sangat vavi la kan Israel ni. Huh

Ok, masih beremosi, tapi xpe, Kita akan teruskan dengan perasaan yang segar dan sihat ya walaupun masih beremosi. =)

Kapal yang bawak sukarelawan dari Malaysia dan negara lain yang join  misi bantuan untuk Gaza telah diserang oleh Israel yang cam memang Haram tuh walaupun dieorang dah declare yang dieorg adalah volunteer yang cuma bawak barang makanan, selimut dan mainan untuk penduduk Gaza. Nampak sangat kan yang Israel ni memang saja nak carik pasal  and memang niat dieorang xnak ada bantuan untuk Gaza. Sangat2 la damn Bullshit kan mereka itu.

Kapal Mavi Marmara yang dinaiki 12 rakyat Malaysia tu diserang komando Israel masa misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dieorang semua kena tahan and baru disahkan selamat. Kalau korang dengar apa yang diceritakan mangsa tahanan Israel nikan, (aku tengok kat berita tv3 td) memang Israel yang haram tuh saja je xnak bagi dieorang masuk Gaza  and kalau boleh maybe  dioerang nak je letupkan kapal tuh sebenarnya kot kan. Dahlah serang kat perairan antarabangsa, pastu PBB and Amerika yang dulu dok sebok nak serang negara orang lain yang kononnya hebat sangat nak menentang pengganas tuh pon boleh buat xtaw and senyap jek. Gile cam haram ok!
Aku sangat la marah dan geram.Hishh

Hmm, kalau korang nak taw berita selanjutnya pasal isu nih, korang baca la kat paper ye. Karang aku dok cerita lebih2 salah info ke hape ke plak, and  nanti aku lebih beremosi dan terkeluar plak perkataan2 lain yang kena strikethrough plak nanti contohnya cam @#$^$^&%%.Ek'Eh.Ooopss.He.He.He.

 #$%%@#%. Erk. Ini bukan mencarut ye. Ni adalah rengekkan baby ni. Dia jadi @#$%^6 camni sebab aku pun xpaham dia cakap apa


Ok. aku sambung kesinambungan yang kat atas nun.Hmm.Bila pikir balik kan.Ini lah kan salah satu tanda akhir zaman, nampak sangat dunia dah nak kiamat. Dieorang sebenarnya tengah cuba nak jatuhkan Islam. Isu kutuk Nabi Muhammad s.a.w la, pasuh menda ni la. Nampak sangat orang Yahudi ni memang nak hancurkan Islam. Tapi yang lebih sedihnya, orang Islam sendiri xsedar and  boleh lagi terkinja-kinja nak ikut budaya barat.


Korang p la Times Square ke  Bukit Bintang ke, tengok la camane dress up budak2 sekarang. Bukan la aku nak kata yang aku ni baik sangat, aku pon kadang2 terlupa gak, tapi aku harap and nasihatkan diri sendiri supaya xjadi camtu. Hu.Hu.Hu
Kita ni sebenarnya dah banyak sangat ikut budaya barat yang memang ntah hape2 je tapi kita rasa itulah yang paling up-to-date. Sapa yang fesyen xala2 Miley Cyrus tuh memang xikut peredaran zaman la kiranya. Kepala hotak! Ingat hebat sangat ke Miley tuh kalau setakat pakai baju xcukup kain yang koyak sana sini. Tapi dia xpela kan. Dah memang sah2 lahir2 mak dia ajar pergi church. Tapi orang islam yang lahir2 dulu bapak korang iqamatkan kat telinga pon nak pakai camtu apa kes? Xsalah nak minat lagu dia or nak ikut perkembangan dia, tapi jangan la jadikan dieorang tuh idola pulak bagi mereka2 yang Islam.Pada aku, xsalah nak nyanyi lagu dia kat bilik air time mandi or nak carik lirik lagu dia pastuh nyanyi sampai hafal, cuma jangan la sampai benda tuh melekakan dan melalaikan kita daripada tanggungjawab kan. Islam xhalang kot if nak berhibur, tapi yang ikut syarat la. Hafal lagu, lagu gak, tapi jangan la sampai surah2 dalam Quran tuh dilupakan. [Ngee~Pesanan untuk diri sendiri juga ye]


Ok2. Aku bukan nak bagi tazkiranh ke hape2,. Xlayak kot, cume ni adalah apa yang aku rasa tentang perkembangan negara dan dunia sekarang dari segi sosialnya. Mengikut sudut kecik pandangan aku la kan. Korang yang baca jangan rase teroffended plak. Ini tidak merujuk kepada sape2 pon ok. Aku taw, aku pon kadang2 buat gak, leka gak ngan benda2 cmni kan, biasalah, setan2 dok pujuk2, aku ni dah la iman xkuat mana, kadang2 tersesat gak, tapi terima kasihlah kat mak ayah aku yang dah bagi aku and akak2 aku asas agama yang cukup. Sekarang ni kena pikir la sendiri mana yang betol and mana yang salah. Susah kan rupanya bila dah baligh and dewasa ni. And bila trend berkadar songsang dengan jalan yang sepatutnya. Aku pon dah tungang terbalik kadang2.He.He.He.Eh2, aku dah DEWASA ke ek? Ikut umur sepatutnya ye la kan, tapi perangai, hmmm. cam hampeh gak kadang2. Orang soh buat keje kat opis, dok melayan fesbuk sampai sembahyang zuhur pon tyme dah nak pukul 4. Nak jadik hape la ni.Ish.Ish.Ish. Mesti ada orang yang rasa cam nak sekeh je kepala aku tyme  ni kan? He.He. Kan aku dah cakap, aku pon manusia biasa gak yang ada fesbuk sampai kadang2 terlupa and leka. Tapi tuh la, aku tulis semua ni untuk nasihatkan diri sendiri gak and sapa2 la yang baca kalu korang rasa nak baca kan. Xnak sudah. I xkesah U. Ngee. (^__^")


Tapikan, sekarang saya dah xada fesbuk ye. Sebab saya dah deactivate account. He.He. Kenapa ntah, rasa serabut ngan benda alah tuh.Masuk hari ni dah semingu hidup aku tanpa fesbuk. Nampaknya xada la mati ke sesak nafas ke walaupun dah seminggu x bukak fesbuk tuh. Maknanya fesbuk memang x berkadar langsung dengan kemandirian spesis mahupun kesihatan dalaman dan luaran seseorang. Jadi, sesiapa yang rasa nak deactivate fesbuk korang tuh xyah la risau korang akan jatuh sakit atau diserang lemah jantung sebab dah xbukak fesbuk. Memang TIDAK ye.


Owh,pasal pengharaman fesbuk sebab fakta yang hasil dari fesbuk ni digunakan dalam dana membantu Israel tuh aku xnak komen apa2. Aku pon xtaw. Xleh nak sokong haram ke x. Pada aku, kalau xada bukti2 kukuh pasal tu and  korang masih boleh kawal diri dan menggunakan fesbuk tuh untuk tujuan kebaikan, Xsalah kot nak berfesbuk, tapi tuh la, jangan la sampai leka kat hal2 yang lain sebab dok sebok melayan komen, bercucuk tanam or memasak dalam fesbuk kan. Ha.Ha.Ha. [sila ingat untuk diri sendiri ye cik eja]


HUh..Ok lah, aku dah agak penat menekan2 papan kekunci ni, kesimpulanya, kita kenalah tahu asal usul jati diri and yang paling penting agama Islam yang kita junjung ni dalam apa2 hal pun. As long as kita berpegang pada Islam, InsyALLAH, kita memang xkan sesat. Kan Rasululah s.a.w dah bagitaw dalam sabda baginda:

“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu semua tidak akan sesat selepasku selagi kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitab Allah(Quran) dan juga Sunnahku"-maksud hadith 


Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri and sapa2 yang baca, mehla kita sama beramal dengan Al-Quran dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dilimpahkan rahmat oleh Allah. insyaALLAH.


Panjang ke karangan saya ini. Mungkin plot xberapa tersusun ye. Harap maaf. Saya dah lupa cara membuat karangan seperti yang diajarkan oleh chegu BM saya dulu, Cikgu Hanizah yang ajar BM ngan komsas BM Dihadapan Pulau.Saya rasa dia xkan taw. Heeeh. Nantilah, ada masa saya study balik cara membuat karangan. (@__*)


p/s: Camne la agaknya budak2 zaman akan datang ek. Risau ngan bakal anak2 daku plak nanti. Hmm, patutla h mak ayah aku selalu dok risau pasal aku kan. Untuk kebaikan. Saya dah FAHAM-



Comel.Dah plan nak masukkan bakal anak2 aku ke pre-school tahfiz. He.He.He. Pembentukkan peta minda untuk perancangan masa depan itu perlu ok?. =')

lalalala

Hari ni aku baru masuk opis balek lepas cuti 5 hari yang penuh ketenangan.
Ya. Memang tenang je rase bila dok umah, tido atas katil empuk aku tuh, pastuh bangun pagi2 xyah pk pon nk pakai baju apa nak p keja. Fiuuhh. Memang syiok beb. Lebih2 lagi bila kalendar menunjukkan yg hari tuh adalah hari Isnin. Ha.Ha.Ha. pas semayang Subuh, p jalan kat depan umah, uuuhh. kembang kempis hidong aku menghirup udara segar kat kampung ni. xdek la cam kat bandar tuh. Segar gak udara kat bandar tuh sebenarnya pepagi, sesegar karbon monoksida yang kua dari enjin kete bapak aku. SEGAR sungguh!


 
Alam sekitar yang nyaman. Kan?


Aku ni memang pencinta alam atau orang putih kata apa ''Nature Lover" . Haa. Aku memang sangat suka pada alam sekitar ni. Tapi member aku dulu selalu gelakkan aku bila aku kata ak ni  nature lover.
Ceh, cam hampaeh je gelakkan aku ek. Yela, time2 jalan nak p kafe tuh angin kuat je sepoi2 bahasa, aku pon sebagai seorang yang linguistik konon2nya berkatalah kepada alam semesta;

''Wahh, seronoknya angin ni, Best nye" sepoi2 bahasa je'' sambil menghirup udara itu dengan penuh excited
Kawan aku pun mereply
''Eiihh, Ko ni, angin pon boleh seronok?? pelik la ko.Hahahahahaha''

Suka hati die je gelakkan aku.
Memang seronok la angin tuh, aku tau la die seronok ke x, kan die bertiup sepoi2 bahasa, aku paham owh bahasa die. Tuh aku taw die seronok. Ha.Ha.Ha

Tapi memang betullah, aku ni memang pencinta alam semula jadi, xcaya, p tanya mak aku.
Mesti mak aku pun xtaw nak jawab apa. Kah.Kah.Kah
Nak dijadikan bukti kecintaan aku yang tahap tinggi kepada alam sekitar ni, meh aku revealkan salah satu hobi aku.
Jeng.Jeng.Jeng. Haaa. Mesti korang xtaw kan yang aku ni suka tanam pokok a.k.a bercucuk tanam. Seyes weyh, aku suka tanam pokok bunga xpun apa2 pokok la yang hijau atau berbunga yang aku rasa lawa dan cantek dan segar dan seterusnya. Aku rasa seronok je tengok pokok tuh besar, berbunga, aku rasa hepy.
Xcaya mai datang umah aku. Pokok2 bunga kat keliling umah tuh semua hasil tanaman aku taw. Bangga sikit disitu ya. Lalala.  Cuma, aku ni x berapa nak sabar sangat, kalau boleh pagi tuh aku tanam, petang tuh jugak aku nak dia berbunga. Memang x la kan, unless  la aku tanam bijik kacang ajaib cam dalam citer Jack and the beanstalk tu kan. Tapi aku xjumpa lagi la bijik benih kacang tuh, kalau x mesti aku dah kaya raya ngan harta2 benda gergasi besar dalam citer tuh kan. Haihh, terberangan plak.

Hmmm.Nak dijadikan cerita la kan, dulu kecik2, adalah dalam sekolah rendah darjah 6. Kecik lagi ke?? kecik lagi la klau dalam kes aku zaman budak2 dulu kan, xcam darjah 6 sekarang ok. Dulu darjah tuh still naif lagi la. Budak2 tulus kan. Eh3, panjang plak citer pasal budak2 darjah 6 ni. Ok2, sambung balek tadi, haaa, tyme tuh aku baru first tyme  nak berjinak2 ngan aktiviti tanam2 pokok la ni kiranya, aku nak tanam pokok bunga ni, Bunga keembong. Korang taw ke? Ala yang biji benih die boleh letup2 tuh. Nanti aku tunjuk gambar ek.

Haa, nilah dia, orang putih panggil Balsam. Taw? Nak jugak bahasa omputih baru taw. Ishh. Ha.Ha
Nilah bunga yang memula aku tanam dulu. Hari2 aku siram dan belai dengan penuh kasih sayang sampailah dia besar, berbuah dan berbunga. Sebelum pergi sekolah, aku tengok dulu hasil tanaman aku ni, balek sekolah petang tuh, aku siram plak . Camtu la hari sebab nak makesure pokok first  hasil tanaman aku ni berjaya. Pastuhhh, satu hari yang aku x ingat hari apa la kan, tyme  tuh balek sekolah agama, Petang a camtu, aku nak p siram pokok bunga aku ni, tetibe, aku tengok pokok yang aku belai manja setiap hari tuh dah xada.. Owh. Aku dah cemas. aku pon p dapur carik mak aku, aku terus tanya kat mak aku.
''Mak mana pokok bunga yang kat tepi tuh, yang org tanam tuh?''
"Pokok bunga keembung tuh?" Tanya mak aku
"Haaa, pokok bunga keembung tuh la, mana mak? apsal dah xada?"
''Owh, mak buang dah, mak cabut pokok2 tuh pagi tadi, adik tanam ke?"
Mak aku bertanya dengan innocentnya
''Semak je mak tengok pokok2 tuh, kan banyak dah pokok bunga keembung tuh kat belakang rumah, wat apa adik tanam kat tepi tuh lagi?"
Aku diam je pasrah.
...................

Ha.Ha.Ha
Sebenarnya, pokok bunga keembung tuh dah cam pokok liar kat uma aku dulu, sebab ada je kat merata2, sebabnya dulu aku ngn anak jiran aku suka amek bijik benih die yang boleh letup2 tuh kiteorang maen letup2 tabur kat keliling umah aku, patut la mak aku kata semak je pokok tuh. Hu.Hu.Hu
And sekarang spesis pokok tuh dah lenyap dari rumah aku.

Nak tambah lagi bukti yang aku ni pencinta alam, masa balek umah hari tuh, pas subuh aku dok bersiar2 kat depan umah aku ni, sambil2 tuh aku jenguk2 la gak umah jiran aku dari jauh, pastuh, mak aku pon sound
''Dok jengah2 anak bujang cik Mis (Nama jiran aku) sebelah ke, baek p sidai baju ni hah"
Haish mak aku ni, potong line je. Pastuh sambil sidai baju aku pikir, eh, anak bujang cik Mis bukan baru form 2 ke. Yang besar tuh kan dah kawen. Ishh3. Ada ke mak aku kata macam tuh, padahal betullah tyme tuh aku tengah berseronok menikmati alam sekitar. Ha.Ha.Ha


p/s: Rasa nak p joging  sambil menikmati alam sekitar la petang ni. Jom
He.He.He. Pastu kan, aku rasa aku cam sengal je dan sangat la xmatang kan dulu. Kuang.Kuang.Kuang