Dah cukup setahun lebih tak menulis
kat sini. Dulu-dulu rajin jugak aku melayan blog yang tak seberapa ni, tapi
lama-lama rasa macam aku ni tak ada bakat nak menulis. Jadi dengan rendah hati, saya mengundurkanlah
diri dari arena ini. Hahaha. Sebenarnya sekrang pun aku masih tak ada bakat
menulis rasanya. Setakat nak tulis yang entah-apa-apa-mengarut tu bolehlah kot.
Tapi nak jadi penulis novel, owh, mungkin bukan takdirku ke arah itu. Haha.
Jadi sempena comeback aku ni, biar
aku kemaskini perkembangan terbaru aku. Baaaaaanyaaakkklah sangat yang dah
jadi, berubah dan berkembang sejak setahun lebih yang lepas. Tapi aku kemaskini
ala-ala kadar je la rasanya, sebab aku malas nak pikir in detail apa yang terjadi sebab nanti aku terberangan melayan
emosi pulak. Jadi aku rumuskan dalam bentuk tanda peluru dibawah (bullet point). Macam harem pulak buat direct translation (bullet point – Tanda
peluru)
- Status
- Aku dah tak bergelar wanita single.
Status aku dah naik taraf sikit kepada tunangan orang. Ye. Saya dah bertunang
kepada seorang lelaki yang saya berdoa semoga dia adalah yang terbaik untuk
saya. InsyaAllah, tunang saya dan saya bercadang untuk bernikah pada hujung
tahun ini. Semoga segala urusan kami dipermudahkan.
- Kerja
– Masih bekerja di tempat lama. Di Shah Alam Bandar sejahtera ini.
- Status
mengundi – telah berjaya mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke 13
yang lepas.
- Pendapatan
– sedang berusaha meningkatkan pencapaian diri dan pendapatan. Saya sedang
mencuba mengusahakan perniagaan kain English
cotton. Sesiapa nak beli sila beli
dengan saya ye.
Itu je kot. Yang lain-lain perkembangan yang detail tu
biarlah aku simpan dalam hati. Malaslah nak tulis panjang-panjang ni, sebab
bukan ada orang nak tahu pun. Hahaha.