Kena setadi balik pasal mikrobiologi, proses fermentasi, dan semua subjek-subjek Bioteknologi yang lain. Owh. Marilah membaca buku-buku tersebut dengan penuh minat dan khusyuk kembali. Kerana sekarang rasa macam dah agak terlupa tentang semua itu. Maka haruslah dikaji kembali agar dapat menjalankan kerja-kerja seharian dengan cemerlang.
Kenapa???
Sebab hari ni bila diskas dengan my collegue pasal semua aspek-aspek bioteknologi ni, saya berasa seperti
Dan bila menghubungi orang-orang yang betaraf Prof./Dr. dan yang sewaktu dengannya, haruslah menjadi seorang yang penuh dengan pengetahuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan dengan yakin.
Dan orang-orang ini serta rakan-rakan sekerja di sini adalah kebanyakkannya dalam golongan yang mana umurnya adalah dalam lingkungan umur Dr Jualang/Dr Zaleha/Dr Roziah yang mengajar subjek-subjek Bioteknologi dulu. Maka mestilah mereka sangat berpengetahuan dan berpengalaman. Jadi kesimpulannya, saya perlu/harus/mesti menjadi seperti mereka!
************************
Pagi ni ada seseorang makhluk yang akhirnya memberitahu saya tentang sesuatu.
Rupa-rupanya saya telah ditipu hidup-hidup, mati-mati oleh orang itu selama ini. Telah ditipu sejak hampir setengah tahun yang lalu. Tak tahu harus bereaksi seperti apa. Marah? Geram? Sedih? Dah tak berperasaan agaknya. Tak pe, saya maafkan anda. Tapi kalau tak tipu pasal benda tu pun tak apa sebenarnya. Tak faham kenapa anda harus menipu tentang itu. Dan tak tahu saya akan percayakan anda lagi atau tak selepas ini. Maaflah!
************************
Ada orang yang mengaku kerja yang saya buat tu adalah kerja dia. Tapi sebenarnya saya yang dah berpenat-lelah buat kerja itu. Dan dia cuma tambah sikit je, kemudian berkata bahawa dialah yang buat semua tu bila ada orang atas sikit yang bertanya. Tak patut ok. Bukan nak suruh puji orang yang buat, tapi sekurang-kurangnya itu masih hasil kerja tangan saya. Tak pe, nanti bila orang atas sikit tu tanya saya, saya akan pertahankan hak saya. Harap maklum. Terima Kasih.
**************************
Saya bukan sombong! Bukan saya tak mahu tegur, tapi saya akan tegur bila perlu. Saya tak mahu mesej sebab saya rasa tak ada apa-apa yang penting yang memerlukan saya mesej atau telefon. Saya tak mintak tolong, sebab saya tak nak menyusahkan. Sebab selagi saya rasa saya boleh buat, saya akan buat. Harap maaf kepada mereka-mereka yang rasa saya sombong. Mungkin saya malu. Memang saya malu! Mungkin anda rasa saya sombong tapi saya rasa saya dah senyum seikhlasnya pada semua. Juga pada anda. Tapi saya rasa malas nak berborak lama dengan anda-anda kerana saya rasa seperti tak perlu. Maaflah. Inilah saya. Tak semua orang kenal saya, dan mungkin orang-orang yang kenal saya pun tak kenal saya yang sebenarmya. Tak pe. Biar saya je yang kenal diri saya.
********************************************************************
TERIMA KASIH