Thursday, May 27, 2010

Jom Balik Kampung

.,.,.,.,.,.



Ok, Aku dah x emo hari ni..Yeyeh. I'm back babeh.
Sebabnya, sebabnya kan, aku nak balik kg malam ni.Hurey.Seronok.
Macam xpenah balik kg je kan.
Padahal bukan dok jauh mane pon. 2 jam je sampai dah. Kalau drive sendiri la. Kalau ada driver lama sikit la. Driver bas kan. He.He.He.
Tapi kan.Aku cuti lama sikit. Aku amek cuti 2 hari Isnin, ngan Selasa depan.

Sebenarnya dri malam tadi lagi aku dah x emo dah. Malam tadi teman member aku p dating jap kat Serdang-Seri Kembangan ngan sorang lagi member aku budak UPM.
Pastuh jadi la mende2 yang xtrpikir pon nk jadi, antaranya ialah:

>>>Member aku kena saman trafik
Sebab buat u-turn kat double line. Sebenarnya die tersilap masuk lorong, masuk jalan lain. so kne la pusing balik masuk highway. Dan2 la kan ada pak Polisi trafiko di situ. Apa lagi, kena saman la derr. RM300 kot saman trafik, tapi member aku memang la terer kan. Die memang nak nanges dah time tuh. Pastuh die menagis and cakap yang kiteorg memang xpenah lagi lalu kat situ, tuh yang xtaw jalan sangat, pak polisi tuh kesian kot, die kate die tolong la kurangkan saman tuh, tapi still la kena saman. Saman xpakai tali pinggang, jadi daripada RM300 duit berterbangan jd la RM80 jer. Baikla jugak kan pak polisi tuh kalau xkira dari segi etika dan polisi kepolisian trafiknya itu. Hu.Hu


>>>Kiteorg sesat sampai ke Cyberjaya pastuh Putrajaya
Gara2 aku sebagai penunjuk arah terlepas satu simpang yang sepatutnya nak ke Serdang tuh. Pastuh bila dah sampai Putrajaya, aku pon dah blur2 pastuh tanya la kat member aku sorang lagi kat UPM yang kiteorng nak pergi jemput cara2 nak sampai ke UPM. And member aku ni tanya;
''Korang kat mana dah"
''Kiteorg kat Putrajaya, camne ek nak p UPM kalau dari alamanda?, ko mesti tau kan, ko kan selalu dating sana"
''Ok, skang ko kat mane, Alamanda ada sebelah kiri ke kanan ko??"
Aku Blur. "Jap2, skang Alamanda ada kat sebalah kiri"
''Ok, Klau alamanda sebelah kanan ko, ada trafik light depan tu, ko terus je, pastu bla bla bla..."
''Tapi alamanda kat belah kiri ni..camne?" "Ok2, Alamanda dah kat sebelah kanan, pastuh camne, terus ek?, pastu bla,bla,bla"

Akhirnya sampai la jugak kiteorg kat kolej member aku tuh. Masa kat tengah jalan tuh ada satu kereta ni, tanya kiteorg sesat ke, gaya mcm pensyarah, orang baik la, suami ngan isteri, dieorg tanya and tunjuk jalan sebab kiteorg cam x taw nak pergi kolej member aku tuh.
Mencabar sungguh nak ke UPM je pon. Siap boleh guna Alamanda kat kiri ke kanan as penunjuk arah. Sebenarnya lepas dah masuk simpang ke alamanda barulah Alamanda ada kat sebelah kanan, barulah boleh ikut arahan yang seterusnya.Ha.Ha.Ha.


>>>Aku asyik silap je bagi arah kanan ngan kiri
Aku selaku penunjuk arah bagilah arahan kat member aku yang drive ni, tapi, aku asyik silap jek, aku nak suruh dia pergi kiri tapi aku cakap pergi kanan sambil tangan aku tunjuk arah kiri. Member aku pon pening ngan aku. Ha.Ha.Ha
Cam sengal je kan aku. Kanan kiri pon dah xleh beza.
Balik malam tuh ada la dalam pukul 12 lebih baru lah aku sampai rumah.
Balik2 tuh online jap pastuh golek2 dan tido la derr.

.,.,.,.,.,.,


5.30 Pagi Hari Khamis

Aku bangun dah, sebelum tuh lagi aku dah sedar, tapi 5.30 baru betul2 sedar ke alam nyata lah kan
Bangun2 aku sembahyang.
Bagus kan, sembahyang sunat dulu bangun2. Memang lah calon isteri pilihan terbaeekkk den ni. Ha.Ha.Ha.
[Jika anda lelaki hensem dan baik serta single, boleh mintak no phone I ok?]
Ngah.Ngah.Ngah


Tapi...sebanarnya aku tipu. Ha.Ha.Ha. Kena tipu. Part aku sembahyang sunat je aku tipu ye. Memang la bangun2 tuh aku pergi sembahyang terus, tapi sembahyang sunat Hajat ISYAK. Cam hampeh kan, Dah nak dekat Subuh baru sembahyang Isyak. Ish.Ish.Ish

Bukan apa, malam tuh aku mengantuk sangat sampai lupa aku belum sembahyang Isyak, sebab selalunya aku sembahyang dulu sebelum keluar.

Last2 aku sembahyang la pagi tuh, and abes je bagi salam, aku dengar la tok imam punya suara azan Subuh.

Bagus cik Ja. Memang bagus. Lain kali boleh buat lagi ye.
Hishhh. Apa la nak jadi aku ni.
Xpe2. Xbuat lagi dah pasni. Insaf.
He.He.He

Sebab bangun awal, maka, perjalanan aku ke opis juga bermula awal. Dan aku buat satu lagi benda sengal pagi2 tadi.

Aku naik bas dangan gembira dengan harapan boleh sampai awal la hari ni, tapi, punya la pandai aku xreti nak tekan loceng yang tersedia kat bas tuh masa nak turun, dan dengan selamba je la pakcik pemandu bas tuh meluncur laju depan tempat yang sepatutnya aku turun.

Maka terpaksa lah aku turun kat hentian lepas tuh yang jauh dari opis aku. Aku dok tanya semua pakcik2 pemandu bas yang lain mana bas yang sepatutnya aku naik. Lepas 3 bijik bas lalu, dapatlah aku naik bas yang sepatutnya, and dalam bas tuh aku jumpa member setempat kerja aku. Gelak2 dia dengar cerita sadis aku di pagi hari.

Ha.Ha. Ha.

Dan satu lagi adalah, aku baru je berjaya beli tiket bas balik kampung ni. Beli online. Akhirnya berita gembira pada hari ini adalah, aku akan balik rumah dan bercuti 5 hari sampai Selasa depan.
Ha.Ha.Ha.Ha. Yes2. SUKE!

Ok, jadi, aku nak menyeru kepda korang semua, Jom balik kampung. He.He.He.

Home Sweet Home, wait for me Ok..?

Dah

p/s: Bas kedua yang aku naik tuh, aku xbayar pun tambang, sebab aku consider itu sebagai tumpanng saja. Ha.Ha.Ha. Suka Hati aku je kan. Tapi aku rasa pakcik pemandu bas yang baik itu juga berfikiran sedemikian. Jadi aku xbersalah.

Something is There Somewhere For Someone

Something is there somewhere for someone.

Are the grammatical orders correct?
Never mind, I’m not going to write an essay anyway.

Warning for all:
This is an emotional post. Parental guidance needed for readers below 13. [while wondering, I don’t think anyone would bother to read what I‘m writing in here.] But if u’re reading this, thank you. (^_______^)

Did u ever, once in ur life thought that u have no one with u. Suddenly u felt that u re all alone in this whole2 universe, no one by ur side, just NO.

NOTHING.
.
.
.
BLANK
.
.
EMPTY


And… sadness is all around
Sorrow inside u keeps building
Feels like crying it out loud
But too tired to think of it


Yup. That’s me now
Damn

Don’t ask why as I didn’t even know why
Too much to be written here

And I guess no one would understand me
Yes. I’M COMPLICATED

I’M PATHETIC

Aaaarrrrrggghhhhhhhhhhhhhh
should I feel this way???
or should I act like I'm happy but deep inside i was very2 torn by every words that I said, things that I heard, things that I saw, and even thought i have in mind.
EVERYTHING!

Sometimes i just want to take it out off my mind and throw all those "trash"  away. Put it in the dust bin and Taaadaaa.
Its all over. They won't return to me and I can be a normal girl again..
But no matter how hard i try, how hard i hit my head to the wall, still, it stuck inside my head.
Huh

What I really want to do now is to go far2 away, to a place where no one knows me and I can start all over again.
would I?? Hmmm~

Not that I don't like who I am now, or I hate my life today, its just, there is time where I felt like I don't know where do I belong, and what i'm looking for in this life.

When u have tried and do ur very best, but still, u're not good enough for everything. Would u just give up or keep trying and trying till end of time.

HHuh~

ENOUGH maybe.
.
.
.
STOP

Positive thinking babe. Come on. Don't be such a looser.
What's with all this sad2 things?? There are sooo many good things in life. U don't need a reason to be happy.
Positive mode, activate ur self please. Where are u???
I want u NOW


Ok, Hmm.on the positive side, I don't care if others don't like the way I am as long as I'm happy being myself.
Go.Go.Go

Yeah.
And I do believe that Allah has destined what's the best for me and yet I have to be patient and go through all this with faith that He will always be by my side as long as I am in the right path.
Yup. I believe that there is something for me somewhere. Have faith, not giving up, try my very best and wait. Success and happiness will come to me. InsyaAllah.


~~I couldn't give a damn what you say to me I don't really care what you think of me 'Cause either way you're gonna think what you believe There's nothing you could say that would hurt me~~

......lalalala.....
Told u right. This is an emotional post.
A very emotional post though.
he.he.he
Sorry..(^_^")




Monday, May 24, 2010

Entry Yang Tidak Tahu Nk diBerikan Tajuk apakah.

Tik Tok
Tok Tik

................................... . . . . . . .    .   .   .    .    .

11:29 am


Sekarang dah pukul 11:38 am dah. Sebenarnya aku dah siap taip dah untuk post ni tadi. Tapi... time  aku nak post tetiba browser hang. haihh. memula tuh rasa xpe la. msti ada draft. Kalau kena edit pon sikit2 je. Tetiba bukak balik nak edit. Mak aihh. Tinggal yg due baris kat atas tuh je. Hampeh sungguh. Jadi post aku yang ni memang la sangat xsama macam post aku yang sebelum ni. Xada mood dah nak taip benda yang sama 2 kali. Huh.

Tapi aku xada idea sebenarnya nak merepek pasal apa ni. Apa yang aku nak repekan ni ek??
Aku rasa sekarang ni otak aku macam lambat jek. Xmacam selalu. Adakah sebab hari ni hari isnin lepas 2 hari cuti dengan penuh riang ria hujung minggu. Hhmm.Sebab tuh kot. Aku rasa macam neuron2 dalam otak aku ni lambat je nak transfer dan memproses maklumat. Owhh.Xboleh ni. Neuron2 sekalian, silalah bekerja degan lebih keras ye. Aku sangat memerlukan bantuan anda2 semua untuk menjadi pekerja cemerlang hari ini. Yeah.


Pagi tadi sesampai je kat opis, aku rasa mengantuk sesangatnya. Rasa macam nak tido je. Menaip pon dah macam orang menaip brail. Nak p buat air Nescafu aku dah niat puasa hari ni. Baguskan aku. Rajin puasa sunat ganti. Memang calon isteri yang terbaiklah. [kepada lelaki2 hensem lagi baik yang masih single  diluar sana sila take note  ya] Ha.ha.ha.

Ok, aku sambung balik cerita kemengantukkan aku tadi. Sebab aku mengantuk jadi aku pon berusaha la dengan bersungguh2 sedaya upaya menahan diri aku daripada terus menaip brail. Aku pon pergi tanya pakcik Google apa yang menarik hari ni.

'' Mengantuk'' aku tanya pakcik  Google
'' Google Would like to have acces to your location. The google toolbar will periodically use the network to keep your location up to date'' Nilah yang pakcik Google bagitau kat aku.

Xada kuasa lah aku nak melayan pakcik Google ni. Ntah hape2 je kan. Jadi aku pun terus berusaha tanya dan tanya dan tanya lagi dan akhirnya, aku jumpa sesuatu. haaaa. Menarik benda yang aku jumpa ni. Tau x apa dia??? Kalau korang tau memang korang tipu la kan. Camne korang boleh tau sebab aku x cerita pon lagi. Huh.

Aku dapat idea nak cari cerita2 lawak yang ada di alam maya ni. Sebabnya bila mengantuk, salah satu cara nak bagi mengantuk tu pergi dok diam2 dalam bilik dia dan x kacau kita adalah dengan bergelak ketawa. Jadi aku pon bukak la cerita2 lawak dan jokes2  yang ada disediakan oleh pakcik Google  tadi. Salah satunya adalah yang ni. meh aku share dengan korang.

Cerita dia camni:

::::::::

One day Lion summoned all the other animals in the jungle. "Each of you must tell a joke," he said. "But if anyone fails to laugh, I'll kill the person who told it. Monkey, you go first."


Monkey began "Two men go into a bar . . ." When he delivered the punch line, everyone roared with laughter, except Tortoise. So Lion pounced on Monkey and killed him.

Next up was Elephant. He told his joke and, again, everyone laughed except Tortoise. So Lion pounced on Elephant and killed him.

The animals were furious with Tortoise, but no-one dared to move.
Tiger began his joke, but when he was about one sentence in, Tortoise suddenly rolled over and began kicking his feet in the air, giggling his head off.

"What's wrong with you" roared an irate Lion. "Tiger isn't even finished with his gag yet!"

"I'm sorry," said Tortoise, gasping between laughs, "but Monkey's joke was simply too funny!"

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Ha.ha.ha.Apa punya lambat la si Tortoise  tuh. Orang lain dah sampai Jordan nak transit pergi Egypt die baru nak Check in  kat KLIA. Keisan kat Monyet dengan Gajah tu mati sia2. ha.ha.ha.Kelakar kan? Aku pon baca sambil tergelak sorang2. Dan. Gelakkan aku itu telah berjaya menghalau incik mengantuk pergi main jauh2. Yes. Padan muka dia. Sapa suruh dia ajak aku main2 pagi2 camni. ha.ha.ha.
 
Tapi sebab aku gelak sorang2 mungkin ada orang2 dalam opis ni yang kata aku ni da xbetul agaknya sebab keje sangat banyak tiada. Xpe. Aku memang xkisah. Ada ke aku kata aku kisah? xada kan. Ok.
 
Sebenarnya ketika post ini ditaip sisa2 rasa incik mengantuk masih ada lagi. Bukan apa, aku x sampai hati nak halau semua sekali, nanti incik mengantuk ni merajuk pulak dengan aku, xdapat aku nak tido tengahari yg mulia ni nanti. Jadi aku pon menghabiskan sisa rasa mengantuk yang ada dengan menaip di dalam sistem Benda-yang-dinamekan-BLOG-ini. Dan inilah hasilnya yang x seberapa. Mungkin sebab aku masih xberapa nak produktif efisyen dan efektif walaupun sekarang dah jam 12:35 pm. Haishh, apa la nak jadi dengan aku ni kan. dah tengahari2 pon xproduktif efisyen efektif lagi. Huhh sambil menarik nafas panjang supaya oksigen sampai sepenuhnya ke otak dan aku akan jadi lebih bertenaga. Jom tarik nafas dalam2 sambil menghidu bau ekon. yeahhh. Memang segar sekali. Bila 2 kali dah xsegar dan buat hidung aku sakit. Ok. aku dah cukup merepek untuk saat ini. Sekian Terima kaseh!

Friday, May 21, 2010

::SELAMAT HARI raya::


Bila Tiba Hari Raya

Semua Insan Bergembira

Tetapi Bagiku Hanya Kesedihan

Yang Menyelubungi Hidup

 
Ayah dan Juga Ibuku

Telah Pergi Selamanya

Terbiarlah aku Ibarat Musafir

Yang Haus Di Padang Pasir

 
Siapakah Yang Sudi

Menghulurkan Simpati

Kepada Nasibku Ini

Agar Dapat Kurasa

Nikmat Di Hari Raya

Seperti Insan Yang Lain

 
ku Meminta dan Berdoa

Kepada Yang Maha Esa

Tabahkan Hati Berilah Pedoman

Cahaya Di Aidil fitri


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Korang Ingat aku dah buang tebiat ke wish Hari Raya hari ni.
X sebenarnya ye rakan2. Tidak. Aku sihat hari ni.Alhamdulillah.
Ye la..kan hari ni hari Jumaat. Hari Jumaat kan adalah hari raya bagi orang islam.
Tp mungkin ramai yang xtahu or xnak ambik tahu..hmm. -No Comment-

Tapi bila tiba je hari Jumaat ni..aku mesti rase gembira je..gembira lain macam.hahaha.
Bukan sebab hari ni jumaat aku yang terakhir (InsyaAllah, semoga aku dipanjangkan umur lagi),
tapi sebab bila Jumaat, esoknya adalah hari Sabtu. Bila hari Sabtu, maknanya, CUTI. Itu yang membuatkan hati aku berbunga riang je.. he.he.he. Biasalahkan bagi mereka2 yang bekerja Isnin-Jumaat, memang akan rasa seronok nak bekerja hari Jumaat ni, sebab kerja pon berapa jam je lah. Cuba bagitau aku sape yang x suka bila sampai hari Jumaat. Sape2 yang x gembira tu mungkin mereka kekurangan hormon endorphin yang mempengaruhi tahap kegembiraan kita. Mungkin dieorang2 ni gembira tahap kanak-kanak yang haus nak minum susu tetapi diberi lolipop. Xsama macam aku yang gembira tahap tinggi sikit sebab plan nak makan sarapan mihun kafe je tapi dapat pulak mee udang free habuan selepas meeting tadi. ngeh.ngeh.ngeh. Memang la aku gembira tahap tinggi kan.

Ok. aku rase aku dah agak merepek. Aku dah tinggalkan hari Jumaat ntah kat mana ntah. Meh2, kita berbalik kembali kepada cerita hari Jumaat aku tadi. Bila hari Jumaat, maka, waktu rehat di pejabat aku ni adalah 2 jam dan 15 minit. ye. Dan kadang2 boleh berlanjutan 2 jam setengah. he.he.he. Biasalah tu. Jadi disebabkan waktu rehat yang tidaklah lama sangat tu, aku selalulah berlegar2 disekitar shopping complex disekitar pejabat aku yang tidaklah perlu dinyatakan dimana kot kan.

Aku expect, sebab hari Jumaat, maka, lelaki2 Islam akan pergi sembahyang Jumaat, maka tiadalah aku akan berjumpa dengan mereka2 ini di shopping complex tersebut, tetapi, eh3, tiba2, aku tetap jumpa jugak mereka2 ini. Kadang2 aku yang xpaham, aku cuba nak tanya kat dioerg agak2 zuhur masuk pukul berapa ekh?? Bukan apa, sebab, aku dengar dah tok imam masjid negeri ni punya suara yang sedap laungkan azan, tapi mereka2 ni selamba je dok melantak lagi, oder makanan, dan dok berlegar2 lagi. Xreti2 ke nak pergi masjid negeri ke masjid mana2 yang cantik2 tu pergi sembahyang Jumaat??? hah?? Hmmm. mungkin mereka2 ni ada alasan2 tersendiri kot. mungkin mereka ada gastirk, jadi wajib jugak makan dulu walaupun khutbah dah nak mula. Ataupun mereka2 ni berlegar2 sebab nak menjaga keselamatan kaum2 wanita awek2 mereka yang sedang membeli belah kat shopping complex tu. Relevan kot alasan ni. Apa2pun, aku bukan la nak mengutuk mereka2 ini, cuma, aku pelik, curious, rasa nak tahu yang membuak2 je. KENAPA?
Ada sape2 nak jawab, angkat tangan. Ok. turun balik, jawab la ikut suka korang. Anda2 pikir la sendiri.
Owh, yang aku nak tahu ni bagi mereka2 yang tidak mempunyai alasan yang kukuh la. Bukan kepada mereka2 yang ada sebab2 tertentu yang xdapat dielakkan. Harap maklum.

Yang penting hari ni. aku tetap nak merayap ke shopping complex berdekatan aku ni. Bagi megisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah. he.he.he

p/s: Nanti aku kira berapa orang yang aku jumpa hari yang xjumpa jalan pergi masjid ye. ngee~

Thursday, May 20, 2010

BerSUKA-seSUKA-menSUKA-kan hati

Saya rasa suka hati.. kerana kerja banyak tiada. yeay..memang patut pon aku rasa suka hati kan.kan?kan?

Kalau xpatut pun suka hati aku la nak ber SUKA hati kan.
Hati ni pun satu. suka2 die je nak bersuka2. xpasal2 aku yg suka hati sekarang. Jadi bukan salah aku la kan aku suka hati. Sebabnya aku cuma ikut apa yang hati aku suka je.
hah.hah.hah.

Disebabkan oleh HATI ak yang suka ni, maka aku post 3 entry hari ni. Lagi pula, benda-yang-dinamekan-BLOG-ini- baru je aku ciptakan tadi. Seperti seorang ibu yg baru bersalin pakaian la kiranya. Jadi benda-yang-dinamekan-BLOG-ini- bolehlah dikira sebagai pakaian baru yang baru disalinkan oleh ibu yg disebutkan sebentar tadi.

Aku agak dah aku memang mengarut. Maaf lah ya. Bukan salah aku kan? Hati aku kan tengah SUKA. Mungkin itu penyebabnya. Sekali lagi- HATI juga yang berSALAH.
Owh. Aku minta maaf ya HATI. Janji xbuat lagi dah lepas ni.

Sekali jalan-  Mahu share sesuatu:
Rasul Allah pernah bersabda: Dalam diri setiap manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk daging itu, maka buruklah anggotanya yang lain. Seketul daging itu adalah HATI. Jadi, marilah kita sama2 menjaga HATI agar bersih selalu ya.

p/s:berHATI2 dijalan dan ketika di hari raya @di jalan raya. =)


atau HATI ini    
yang sedang berSUKA ya??

hari ini hari khamis


hari ini hari apa??


haish..kan aku dah bagitau hari ini hari KHAMIS

ye..kenapa dengan hari khamis??

ada apa2 kah dengan hari khamis.

of course la ada sesuatu dengan hari khamis ini.

hari khamis mengandungi:

  1. 24 jam bermula daripada jam 12 am - 12 am hari seterusnya iaitu hari jumaat. (isi kandungan hari jumaat akn dihuraikan dalam post seterusnya bila tiba masanya. harap bersabar)
  2. kerja2 yang perlu dilakukan pada hari khamis seperti hari2 khamis yang laen
  3. apa2 je la yang anada semua mahu lakukan di hari khamis yg cerah ini..xkan la hari khamis aku kena sama dengan hari khamis korang kan..isshh..ntah hape2 je



hahaha..ok.cukup2 la gelak tu..aku taw memang sangat kelakar hari khamis ni. hahahahahaha.sdah kan aku kata jangan gelak lagi.ishh!

Dush3.ok. xyah susah2 nak lempang aku sebab aku da tumbuk diri sendiri. sama2.ye.aku taw korang nak ucapkan terima kaseh atas itu.

aku rase tujuan sebenar tulisan aku ni sepertinya sudah lari topik. aku bukannnya nak cerita apa pun.cuma aku nak bagitau yang hari ini hari khamis. maka esok adalah hari raya! ye.hari jumaat kan adalah hari raya bagi orang islam.

jadi aku nk ucapkan selamat hari khamis kepada semua dan selamat hari raya in advance untuk esok. peace =)

(semua = aku; sebab aku taw mana ada orang baca repekan aku yang erkk, bolehkah-dipanggil-BLOG-ini-??-)

PESONGAN EMOSI

emosi perlukan makanan
emosi mahukan ketiduran
emosi yang membuak-buak tanpa arah tujuan

owhh...
aku beremosi ketika ini
emosi yang tidak diketahui asal usulnya
entah dari mana arah datangnya
entah apa yang dimahukannya

ya. ini memang cerita tentang emosi
jangan beremosi berlebihan jika kau tidak suka membacanya
tutupkan saja emosi itu
kerana
ikut aku punya sukalah
mahu menulis tentang emosiku

lihat
aku sudah beremosi
aaaahhhhh


p/s:emo.emo.emo
ha.ha.ha